Assalamualaikum
Ada yang tanya pasal set bersalin Tanamera. Ok ke tak? Jujurnya, saya tak leh nak bagi review penuh pasal produk ni sebab saya tak ikut cara penggunaan produk-produk Tanamera tu 100% and ada yang saya tak guna langsung. Reason: tak sempat. Sebab,16 hari pertama lepas bersalin, saya berpantang sendiri dengan bantuan En Suami sahaja. So, this is our first experience. Memang kelam kabut, huru hara. Wakakaka.
Namun begitu, ada dua produk Tanamera yang saya betul-betul suka. Brown Formulation Soap dan Boreh Body Scrub. Dua produk ni memang saya guna sampai habis sebab dia best! Betul-betul rasa segar dan bersih bila guna dua produk ni. Terutamanya Brown Formulation Soap. Penat dan letih macam mana pun, bila mandi guna sabun ni, Blink! Terus segar. Magik! I Like!
2 produk feveret Tanamera:
Teh dia pun ok..Rasa hangat jer badan ni. Kalau tak rasa sejuk-sejuk jer.. Maklumlar, lepas bersalin, badan mudah masuk angin. Malangnya, saya asyik lupa minum teh tu. Masa pantang sendiri, sempat minum 4 kali and masa pantang umah mak (hari ke 17-hari ke 30), sempat minum 3 kali jer. Pastu tertinggal kat umah mak pulak. Malas nak mintak tolong ayah pos teh tu. So biar jer la.
Set bersalin ni pun ada minyak urut. Minyak ni memang saya gunakan time berurut. Lepas berurut memang badan rasa best lar kan..tapi tak sure sebab bidan yang urut tu ke or sebab minyak. But I think, mesti lar sebab tangan bidan yang mengurut kan.. hihi. Anyway, bau minyak tu sedap..bau serai. And minyak ni tak panas.
For the Minyak Kelapa Dara Tanamera lak, saya start guna sebulan before Adam lahir. Saya sapu dan urut minyak ni kat bahagian perineum 2 kali sehari. Minum minyak ni (satu sudu teh) sehari sekali.Saya buat semua ni dengan harapan laluan bawah untuk Adam keluar tu cepat terbuka dan minimumkan koyakan. Malangnya, laluan tempat Adam keluar tak memberi kerjasama. Adam lahir ikut ‘tingkap’. Nampaknya, minyak kelapa dara tak dapat membantu saya. Lain orang, lain kesannya kan.
Pilis, sekali jer saya guna. Pilis tu kena tepek di dahi dan biarkan selama sejam..Tapi, tak sampai sejam, baby Adam dah nangis mintak nenen. Time breatsfeed baby, berterabur pilis tu kat badan baby. Kesian baby. Lepas tu dah malas nak guna sebab waktu tidur baby Adam sangat unpredictable. Tataw bila waktu sesuai nak pakai pilis. Kalau pakai time tidur, kang berterabur atas bantal dan katil pulak. Eh! buasnya tidur? 😛
Yang lain-lain, anggap jer lar saya sempat guna 3-4 kali and tak taw nak komen macam mana. Ada lagi produk-produk tu dalam kotak.
Anyway, saya memang nak beli lagi Brown Formulation Soap dan Boreh Body Scrub Tanamera nih. Tapi tak boleh beli sabun and scrub sahaja. Saya dah tanya customer servis Tanamera and diorang kata, minimum pembelian untuk loose item, RM100. Leh campur-campur produk tapi jumlah dia mesti RM100.00. Sabun tu RM 15 seketul..scrub tak sure sebab tak tanya harga scrub. Takkan nak beli 5 buku sabun and 5 kotak scrub pulak sebab nak cukupkan RM100.00 Uih..banyak tuh… Anyone nak share tak? Leh kita tong-tong. hihi.
Sekian, review set bersalin Tanamera yang tak berilmiah dan tidak membantu dari saya, Mummy Adam Zafrie. Maaf ya.
26 Comments
mama
thanks zila atas review.. sy boleh jadikan rujukan.. maklum lee.. sy tgh ngndung anak pertama n belum merasa lg penglman melahirkan anak.. huhu.. ade pe tips2 utk zila kongsikan tk utk menghadapi hari kelahiran nnti.. nebes ni.. takut pun ade..
zila
Thanks again for reading my blog. 🙂
Tips and petua?? Sy pun first time jadi mak orang nih. Blur2 lagi nih. Kalau ada apa2 yg boleh sy share, saya akan share dalam blog nih.
Hope it will helps.
Anyway, tiap pengalaman setiap ibu yang melahirkan ni berbeza, harap semuanya dipermudahkan untk awak. InsyaAllah. So, don’t worry, ok.
Hazairin
haha.. terima kasih untuk sedikit ulasan yang membantu juga.
saya sudah link kan blog anda ke
http://www.postnatalcareset.blogspot.com
oke terima kasih 🙂
zila
hihi..thanks kembali for reading my blog:)
siti
thanks mummy adam untuk review. saya pun baru first time nak sambut. tak sure lagi macam mana. ada gak baca review2 berkenaan produk lain. pening nak buat keputusan. anyway, semoga baby adam membesar dengan sihat 😉
zila
thank you.. 🙂
salhah suhot
wah..ada yang tak pakai langsung?bengkung,firming paste,herbal wash, n feminine wash ape cerita pulak ek? kalau tak pakai langsung jual kt sy lah..
zila
Bengkung ngan firming paste mmg tak sentuh langsung. herbal wash ngan feminine wash baru guna 2,3 paket jew… nak ke? kalau nak..sy jual kt awak lah… hihi.
salhah suhot
alahai..baru je beli full set..kalo x mmg nk bli kat awak je, sbb memule cdg nk loose item..huhu
Sue
Salam Zila, brapa awk nk jual bengkung ^ firming paste tu yer?
Saidah
Assalam zila, ada lg loose item yg awk xguna? sy tgh tgg kelahiran jgk ni, mmg nk guna produk tanamera bli pon loose item xbli set sbb ada brg yg dlm tu sy dah ada…tp mcm firming paste tu kalo awk xgune nak jual brape?
zila
sorry lambat reply komen..if ada yg berminat nk beli bengkung dan firming paste, pls email saya: zilamahadi@gmail.com.
shamyto85
hey..juz nak share..sekarang dah boleh beli loose pack..i pun baru beli brown soap tu..
try check
http://www.tanamera.com.my
zila
lar..yer ke? i baru beli brown soap through their reseller..not directly from tanamera. tp, bau dia lain sikit, tak sewangi yg kt dlm set bersalin tuh. Dah tanya reseller tu (which owns one of tanamera’s spa), she said sabun tu mmg dr tanamera..tp naper ntah bau tak sama…huhuhu..
Sue
kena reg dulu ke kalo nk li kat http://www.tanamera.com.my nie? min oder brapa ringgit yer?
zila
Sy try order brown formulation soap through http://www.tanamera.com.my. Pastu kt situ tulis:
“FREE delivery for purchase of RM 100 total value and above.
* RM12 flat rate will be charged for orders of RM99 total value and below.
You must sign in or register with us to continue with your purchase”
So mmg kena register and kalau kita beli produk less than RM100, kos penghantaran RM12.
Qyla
🙂
cpludmiera
As salam zila. sy pon beli tanamera ni. camne rasanya berpantang sendiri tu? sy pon mungkin akan berpantang sendiri about 1 week nnt then baru balik kg. Semoga dipermudahkan segalanya. Amin
zila
salam kembali…
mcm mana rasa berpantang sendiri? rasa nak meroyan. huhu
5 hari pertama lepas bersalin tu, saya dok kat wad teman baby adam..jaundice. Time ni yang rasa teruk sangat sebab dok kat hospital kerajaan, suami tak leh nak teman. So apa-apa hal memang kena buat sendiri.. lepas baby dah ok baru balik umah sendiri, pantang sendiri dengan bantuan en suami sahaja. walaupun en suami ada, tp still payah jugak sebab dia pun keja.. Makan minum, en suami beli kat kedai jer.. rasanya saya memang takder pantang sangat pun..cuma mandi memang air suam, pastu saya tak minum air sejuk, stoking kadang2 jer pakai sebab saya gerak kesana kemari, leceh nak pakai stoking 24 jam sudahnya samapi sekarang kaki kebas2. padan muka saya. huhuhu..
FARISHAH
salam, zila. saya nak minta izin untuk link kan blog u untuk brown formulation soap review.
zila
wsalam..boleh jer nak link..no problem.. 🙂
zimie
salam zila. nak beli sabun tu jugak! kalau awk nak beli tong-tong, ajakla saya. serius ni. ape2 leh email ye 🙂
LISA
kalau zila nk jual pilis kat saya boleh jugak…. kalau nk mnx saya tlg belikan brown soap n boreh pun boleh . sbb kat tempat saya ni boleh beli satu2….
zila
Owh….pilis dah dijual. mana2 produk tanamera yg saya tak guna semua sy dah jual dah. hehe.
if sy nak beli sabun n boreh, i’ll let u know k. 🙂
salwa
sy nk beli brown soap 2.. berapa yer seketul n cmner cara nk belinya?
LISA
facebook : Lisa Edrianna