Assalamualaikum

Selasa lepas  tadika Adam buat aktiviti lawatan ke Petrosains dan Kilang Vitagen. Saya, suami dan Aiza join sekali. Hehehe. Mula-mula letak nama Adam jer. Bila cikgu kata ada kekosongan, laju jer saya bagitahu cikgu nak join sekali. Sebabnya rasa macam tak yakin jer nak lepaskan Adam tu pergi sendiri. Adam tu baru 5 tahun. Kang kalau dia sesat ke apa.. macam mana?? Adam tu kalau kat tempat yang ada mainan, memang tak keruan sikit. Seronok sangat, pastu lari sana sini. Takut cikgu terlepas pandang. Maklumlah, budak kan ramai. Kalau tak bagi Adam ikut pergi rombongan, macam kesian pulak. Tu yang saya pun sibuk nak ikut sekali.  Tapi sebenarnya, kalau kami tak join pun, memang teratur sangat rombongan tadika Adam tu. Tak ada benda yang perlu dirisaukan.

Sebenarnya rombongan tadika Adam ni, bukan cikgu yang uruskan. Tapi travel agensi yang uruskan. Untuk rombongan tadika Adam ni, ada 2 orang tour guide yang guide budak-budak..  Diorang memang pandai handle rombongan budak-budak tahu. Budak-budak pun elok jer ikut instruction diorang. Dari awal lawatan sampailah tamat lawatan, memang diorang uruskan budak-budak tu semua. Cikgu-cikgu cuma ikut jer dari belakang sambil tengok-tengokkan budak-budak. So saya dan suami pun tak perlu nak pantau Adam sangat.

Berkumpul kat tadika

Berkumpul kat tadika

Berkumpul kat tadika pukul 7.30 pagi. Naik bas pukul 8.30 pagi.

Naik bas kena beratur elok-elok

Naik bas kena beratur elok-elok

Adam duduk depan

Adam duduk depan

Mommy daddy nga n Aiza duduk belakang sekali

Mommy daddy nga n Aiza duduk belakang sekali

Sampai KLCC lebih kurang pukul 10.. Lambat sampai sebab macam biasalah..jem sana sini. Turun bas, nak masuk KLCC pun kena beratur lagi. Kesana kemari budak-budak tu memang kena beratur. Senang tour guide tu nak kira dan pantau bila jalan dalam barisan ni kan. Tour guide tu jalan depan. Cikgu-cikgu dan mak bapak jalan kat belakang. So takder yang tercicir atau tertinggal. Selain ibu bapa, ada jugak abang ngan kakak-kakak kawan tadika Adam yang join sekali. Budak-budak besar ni lar yang banyak tolong jaga budak-budak tadika. Hehehe.

Beratur depan KLCC

Beratur depan KLCC

Beratur depan petrosains pulak

Beratur depan petrosains pulak

Kat dalam Petrosains, memang seronok la budak-budak tu semua main macam-macam benda. Memang budak-budak tu lari sana sini, semua bend anak cuba. Saya nga suami sibuk kejar Aiza jer. Pastu kami pun menyibuk nak cuba itu ini. Jadi gambar pun tak berapa banyak. Hehehehe

Ntah apa bend alar yang Adam tengok tu

Main kanta pembesar

Berebut naik jengkaut

Berebut naik jengkaut

Dalam simulasi angin ribut

Dalam simulasi angin ribut

Naik papan ski ramai-ramai

Naik papan ski ramai-ramai

Atas tu ada dinasour

Atas tu ada dinasour

Aiza pun nak naik jugak

Aiza pun nak naik jugak

Kami kat Petrosains sampai pukul 1 tengah hari lebih kurang. Lepas tu tour guide tu bawak kami pergi makan KFC kat Sentul. Makan minum sepanjang lawatan ni tour guide tu yang uruskan sebab bayaran lawatan termasuk pengangkutan, tiket masuk petrosains dan makan minum. So kami memang cuma perlu bawak badan jer. Hehehehe.

Adam makan KFC dengan kawan-kawan

Adam makan KFC dengan kawan-kawan

Cumanya kat KFC ni, budak-budak semua dapat air karbonat. Terus je En Suami beli air milo bagi kat Adam. Kami memang tak ajar Adam minum air gas. Dia ada gak cuba rasa, terus dia kata pedih lidah. Tak suka. Budak-budak lain tak sure la diorang minum ke tak air gas tu. Rasanya kalau minum pun sikit jer kot. Kat dalam bas, masing-masing memang bawak air kosong sendiri. Tour guide tu pun ada sediakan air mineral dalam bas.

Lepas makan, terus straight pergi kilang Vitagen kat Petaling Jaya. Kat kilang Vitagen ni, mula-mula dengan cerita pasal vitagen dulu.  Sebelum start taklimat, gambar ramai-ramai ikut kelas dulu.

Kelas 5 tahun

Kelas 5 tahun

Kelas Adam, kelas budak 5 tahun memang tak ramai yang join. Mungkin sebab mak bapak risau kot nak lepaskan anak pergi rombongan. Sama macam saya lar kot..risau sangat sampai menyibuk sekali rombongan tadika Adam. hehehe.

Belajar tentang vitagen

Belajar tentang vitagen

Masa dengar taklimat ni, Aiza lari sana sini tak tahu diam. Siap jatuh sondol kerusi lagi. Dapat telur seketul kat dahi. Orang bagi penerangan kat depan. Aiza meraung kat belakang. Lepas habis taklimat, baru masuk kilang. Tapi budak-budak bawah 4 tahun tak boleh masuk kilang. Jadi saya tak masuk kilang vitagen tu. Duduk jer kat bilik taklimat dengan Aiza.

Telur seketul kat dahi

Telur seketul kat dahi

En Suami ikut sekali masuk kilang. Nak masuk kilang kena pakai sarung kepala.

Sebelum masuk kilang

Sebelum masuk kilang

En Suami kata, kat kilang tu bukan produk vitagen jer yang ada, produk marigold pun ada. Rupa-rupanya Vitagen dan marigold ni keluaran syarikat yang sama. Lepas lawatan masuk kilang, ada jamuan ringan sikit. Merasa la kami semua produk Vitagen dan Marigold.

Produk Marigold dan Vitagen

Produk Marigold dan Vitagen

Ada jugak kuih muih yang dihidangkan. Sebelum minum vitagen, kena makan dulu tau. Tak boleh perut kosong. Bila perut kosong, dalam perut ada banyak asid. Jadi kena makan dulu, baru boleh minum vitagen. Kalau minum vitagen masa perut kosong, asid tu nanti akan cerna semua bakteria baik yang dalam dalam vitagen. Jadi rugi la kat situ. Sebab kita perlukan bakteria baik tu. Ingat, makan dulu baru boleh minum vitagen.

Sebelum balik, Vitagen bagi kami semua goodie bag. Setiap goodie bag dapat 1 pek vitagen (5 botol).  Adam, saya ngan En suami dapat goodie bag sorang satu. Jadi kami 1 family dapat 3 pek vitagen (15 botol). Jenuh lar nak habiskan. hehehehe. Selain tu dalam goodie bag tu ada note pad dan buku maklumat tentang Vitagen.

Goodie bag Vitagen

Goodie bag Vitagen

Bagus jugaklah kami sekeluarga ni join rombongan tadika Adam. Banyak pengalaman dan info yang kami dapat. Tahun depan Adam berkemungkinan tukar tadika kat Kedah pulak. Tak sure lah tadika sana ada buat rombongan ke tak.. tapi kalau ada, macam nak join lagi jer. Hehehehehe.