Assalamualaikum..

Tiba-tiba saya rasa nak share rutin penjagaan kulit dan kecantikan yang saya amalkan sekarang. Tak rumit pun sebenarnya. Rutin kecantikan biasa jer.

Setiap hari, saya akan cuci muka dengan pencuci muka kegemaran saya, Bee Liv Bee Venom Beauty Bar Secretleaf. Memang best sangat sabun ni.  Lepas jer cuci muka dengan sabun ni, kulit akan rasa lembut, licin dan tegang. Ini serius. Tak tipu tau.

37192fe6-e195-4e4b-800f-e579375f8d4d

Sabun feberet saya Bee Liv Bee Venom Beauty Bar Secretleaf

Lepas cuci muka, saya akan buat skin icing guna ice cube tomato pulak

Skin icing guna kiub ais tomato

Skin icing guna kiub ais tomato

Petua skin icing ni saya dapat dari Puan Mary.

Cara nak buat ais kiub tomato: Blend jer tomato guna blender, pastu tuang dalam tempat buat kiub ais tu. Dah beku, simpan dalam tupperware, letak dalam freezer.

Masa nak buat skin icing, amik jer satu kiub, dan gosok ke seluruh muka.  Memang gigil-gigil jari pegang ais kiub, tapi ku tahan. Nak kulit cantik punya pasal. Lepas gosok muka dengan kiub ais tomato tu, biarkan seminit dua, lepas tu bilas. Mudah kan? Hehehe. Skin icing ni saya buat sehari sekali, waktu siang jer. Lepas buat skin icing, kulit rasa segar jer tau.

Muka yang segar

Kulit segar lepas skin icing

Waktu malam pulak, sebelum tidur, saya akan cuci muka dengan sabun feberet bee venom, lepas tu tepek muka dengan toner feberet dari Secretleaf jugak.

a5fdab29-985c-4ece-970c-5c81b332434a

Toner Feberet: Herbawhite Natural Lightening Toner Secretleaf

Ha.. tu jer lah rutin penjagaan kulit saya. Cuci muka dengan sabun bee venom- skin icing dengan tomato ice cube (siang) – toner (malam). Simple jer kan.

Makeup saya pun sama. Simple jugak. Saya cuma pakai foundation (Secretleaf), loose powder (Secretleaf), eyeliner (maybelline), dengan cheek & lip tint (PbSO). Ni jer makeup yang saya ada.

Ni jer barang makeup saya

Ni jer barang makeup saya

Kalau rajin, saya pakai empat-empat item ni. Kalau time malas, atau nak cepat, saya pakai lip tint tu jer. Gambar bawah ni, masa saya tengah rajin tepek makeup.
0934c1ea-148c-48d6-a5ce-c148bdfa522a

Simple jer kan. Saya suka makeup simple. Nak bersiap pun cepat. Nak cuci pun senang.

Ha.. tu jer lah rutin kecantikan saya. Ikutkan, memang tak lengkap.. Sepatutnya bila umur dah 30an, kena rajin sapu serum, krim siang, krim malam, pakai mask dan scrub seminggu sekali. Sebelum ni, memang saya buat semua tu.. tapi ada anak kecik ni, tak sempat nak buat semua tu. Sedih tau tengok bintik-bintik hitam jeragat kat pipi. Tak hilang-hilang. Degil betul.

Nanti lah, tunggu Aiza besar sikit, saya akan cuba buat balik rutin penjagaan kulit yang lebih sempurna. Bagi saya, penjagaan kulit tu penting. Kulit yang cantik lebih penting dari makeup yang cantik. Tak gitu?

Hampir kesemua produk skincare dan makeup saya adalah produk dari Secretleaf. Dah 2 tahun saya gunakan produk Secretleaf. Alhamdulillah, memang puas hati. Kenapa saya  pilih produk Secretleaf? Produk Secretleaf dihasilkan menggunakan bahan semulajadi, organik dan bebas bahan kimia merbahaya.

Walaupun nampak macam saya ambill ringan jer pasal penjagaan kulit, tapi sebenarnya saya cerewet bila pilih produk penjagaan kulit ni tau. Sebelum beli dan guna, saya akan kaji bahan-bahan dan ambil tahu produk tu dari mana. Tak nak lah semata-mata nak kulit putih melepak,  kulit putih gebu dengan cepat,  main guna jer apa-apa produk. Pastu nanti lepas setahun, kulit rosak. Pastu menyesal.

 

Iklan: Kalau ada yang nak beli produk Secretleaf (sabun, toner, serum, dan krim arbutin) boleh sms/whatsapp saya yer. Saya pengguna dan penjual produk Secretleaf 

Sms/whatsapp sahaja tau. 012. 692. 2025. NO Phone Call