Assalamualaikum

Saya nak share kat sini, hotel yang kami duduk masa pergi Krabi hari tu. Hotel Seashell Resort.

welcome

Welcome to Seashell Resort

Kami check in 3 bilik. Satu bilik ada dua katil queen, muat untuk 4 orang dewasa. Memang luas bilik dia.

Tapi masa booking tu, kami silap sikit. Kami register untuk 6 orang dewasa jer. Padahal yang pergi 8 orang dewasa. Walaupun 3 bilik yang kami book tu sepatutnya boleh memuatkan 12 orang dewasa, tapi sebab kami book untuk 6 orang dewasa jer, extra 2 orang tu kena pulak bayar asing.

1 extra dewasa 300 baht. 2 orang dah jadi 600 baht. Kami menginap untuk 2 malam. Jadi kami kena bayar extra 1200 baht = RM153.00. Mahal jugak lar kena bayar extra tu..padahal bukan terlebih orang pun.. cuma time booking tak register lagi 2 orang. Tak sangka pulak hotel tu kira macam tu, padahal 3 bilik tu boleh muat 12 orang kan… Nasib baik kanak-kanak dia tak caj, sebab Adam ngan Aiza pun kami tak register masa book bilik. Children under 12 stay for free katanya.

kaunter check in check out

Tengah bincang isu booking kat kaunter check in

lobi hotel

Adam dah kebosanan tunggu kat lobi

Korang kalau pergi Krabi, masa book hotel tu, pastikan register bilangan orang yang akan menginap kat hotel tu. Diorang memang akan kira ikut kepala betul-betul. Kalau bawak budak, bagitahu awal-awal. Sebab ada hotel yang budak pun dia kira jugak sebagai extra guest.

Ini lah dia bilik kami kat Sea Shell Resort tu.

Bilik Sea Shell Resort

Bilik Sea Shell Resort

Setiap bilik lebih kurang sama jer. Yang beza jenis jubin lantai, lampu hiasan ngan bantal. Hahahaha.

Basic facilities: mini fridge, kettle, cermin, hanger, air minuman

tv

Basic facilities: TV, aircond, towel

Bilik air dia luas. Jamban dia ada pili. Toilet kat Thailand ni memang ada pili air. So memang mudah nak beristinjak.

Kami dapat bilik kat tingkat bawah. Semua bilik mengadap kolam renang. Tapi kami tak mandi pun kat kolam renang tu. Sebabnya tak sempat. Amik -amik gambar tepi kolam jer lah.

lompat tepi kolam

Nenek, makcik, anak dara, mak anak dua.. sepesen jer perangai

pool

Bilik kami betul-betul tepi tangga

Murah jer harga bilik Sea Shell Resort ni. Kami sewa 3 bilik untuk 2 malam cuma RM600 lebih jer. Termasuk extra caj yang kami kena bayar sebab salah register, tak sampai RM800 pun. Ni harga untuk 3 bilik tau. 2 malam. Memang murah kan. Tapi harga ni tak termasuk breakfast lah. Breakfast kat hotel ni tak halal. Kami book hotel ni online jer. Mertua yang book bilik. Guna booking.com rasanya.

Biasanya, kalau berjalan ke Krabi, orang akan pilih hotel kat sekitar Aonang Beach. Tapi hotel area pantai Aonang mahal. Oleh sebab kami nak berjimat, jadi kami menginap kat hotel Sea Shell ni. Hotel ni masih kat dalam Krabi, cuma bukan tepi pantai.  Jarak hotel ni dengan Pantai Aonang tu lebih kurang 15 minit jer.

Korang kalau cari bilik hotel yang murah dan selesa kat Krabi, memang saya rekomen hotel Seashell Resort ni. Tapi, Seashell Resort ni sesuai untuk yang ada kenderaan sendiri. Sebab kedudukan hotel ni agak tersorok dari jalan besar dan tak ada kedai kat sekitar hotel ni. Nak beli apa-apa memang kena keluar naik kenderaan. Kalau korang berjalan ke Krabi naik flight, sewa motor atau tut tut, better menginap kat area pantai Aonang jer. Kat Aonang, walaupun hotel mahal, tapi kat situ memang kawasan pelancong. Jadi ada banyak kedai.  Nak makan atau beli apa-apa barang pun senang.