Assalamualakum

Sejak dari bulan lepas, Adam asyik la mintak nak main snow… nak main snow. Ntah la mana dia dapat idea nak main snow ntah. Selagi tak bawak, selagi tu lar dia mintak nak main snow. . Pagi petang siang malam. Selagi tak dapat, selagi tu lah dia mintak. Memang macam tu perangai Adam.  Macam biasalah, En Suami akan mengalah bila Adam dah merengek-rengek macam tu, jadi dia bawaklah pergi Snow Walk I City Shah Alam tu.

Kami pergi I City hari Khamis. Sampai sana lebih kurang pukul 12 tengah hari. Mula-mula kena beli tiket dululah kan.

Harga Tiket untuk Snow Walk I City

Sebelum 6 petang

Dewasa: RM25.00

Kanak-kanak: RM20.00

Selepas 6 petang

Dewasa: RM35.00

Kanak-kanak: RM30.00

Kanak-kanak bawah 90cm: PERCUMA

Kat I City Shah Alam tu, kalau nak masuk apa-apa tempat atau permainan, atau nak beli apa-apa barang atau makanan, kena guna kad I City. Konsep dia macam kad Touch n Go tu la. Beli kad, pastu kena top up duit dalam tu. Kad I City tu RM2. Pastu boleh top up duit dalam gandaan 10. Maksudnya kalau nak top up, boleh top up kad tu RM10, RM20, RM30… dan seterusnya lah.

Harga Kad RM2. Harga tiket untuk saya, suami dan Adam RM70. Aiza FREE. Total semua sekali RM72. Tapi sebab kena bayar dalam gandaan 10, maka En Suami kena lah bayar RM80. Baki tu kita tak boleh mintak refund tau. Orang kat kaunter tu kata baki tu boleh buat beli makanan atau minuman sebab semua transaksi kat dalam I City akan guna kad tu jer.

Lepas dah beli tiket semua, kami pun terus lah pergi Snow Walk tu. Suhu kat Snow Walk tu -5°C. Memang sejuk beku dalam tu. Oleh sebab sejuk beku, jadi I City memang dah sediakan baju sejuk (winter coat). Baju sejuk ni dia bagi pinjam tanpa bayaran. Kat dalam tu pulak, kena pakai kasut. Kalau tak pakai kasut, confirm kaki akan kebekuan.

Kitorang memang dah pakai kasut siap-siap dari rumah. Tapi elok jer sampai I City tu, tapak kasut saya tercabut. Hampagas betul. Dalam kereta ada sandal jer. Jadi terpaksa la saya sewa kasut kat situ.

Tapak kasut tercabut

Tengah jalan tiba-tiba tapak tercabut

Ada keluarga Arab masuk Snow Walk tu pakai sandal jer, memang nampak lar diorang melutut peluk kaki sebab kebekuan. Kalau agak-agak kaki jenis tak ada deria sejuk boleh lah masuk Snow Walk tu tak pakai kasut. Hehehehe. Kasut yang disediakan kat Snow Walk tu kena sewa. Caj sewa untuk sepasang kasut RM10.

Kaunter kasut. glove, ear muff dan topi

Kaunter kasut, glove, ear muff dan topi

Nak sewa kasut, kena bayar kat kaunter lain pulak.. tak boleh bayar kat kaunter kasut tu. Adoyai..leceh betul la I City ni tau.  Caj sewa kasut RM10. Tapi kena bayar deposit RM10. Total RM20. Masa pulangkan kasut, dia akan refund balik deposit RM10 tu.

Dah sewa kasut, dah pakai baju sejuk, maka kami pun masuk la dalam Snow Walk tu. Baru jer 5 minit dalam tu,  kitorang terus keluar. Sebabnya tangan sejuk beku oi… tak pakai glove kan.

First round dalam snow walk

First round dalam snow walk

Kat Snow Walk ni memang boleh keluar masuk banyak-banyak kali. Kalau rasa tak tahan sejuk dalam tu, boleh keluar rehat kejap kat lobi dia.

Ruang lobi Snow Walk

Ruang lobi Snow Walk

Adam tak puas lagi main dalam tu, jadi kami beli la glove untuk Adam ngan topi untuk Aiza. Glove, ear muff ngan topi tak boleh sewa. Kena beli. Nak beli topi ngan glove ni, kena pulak pergi kaunter lagi sekali, sebab nak top up duit dalam kad I City tu . Pastu dah top up duit, baru boleh beli glove ngan topi. Sangat-sangat leceh kan. Haih.

Pastu masuk la lagi sekali, Kali ni berjaya la jalan jauh sikit. Pastu keluar lagi sekali sebab Aiza dah gelisah dalam tu. Kesejukan agaknya. Tangan saya pun kebekuan. Sejuk menggigit sampai ke tulang! Keluar kali kedua ni, En Suami pulak beli glove. Sebab nak masuk lagi dengan Adam. Saya ngan Aiza jer dok rehat kat lobi jer lah.

Lepas second round, tangan dah tak tahan sejuk, rehat kat lobi jer lah

Lepas second round, tangan dah kebekuan, rehat kat lobi jer lah

Dalam 20 minit lepas tu, Adam ngan En Suami pun keluar. Diorang berjaya la pusing habis Snow Walk tu. Main semua benda dalam tu. Tapi Adam tu kata nak main lagi. Jadi saya pulak bawak Adam masuk sekali lagi. pinjam glove En Suami siap-siap.

Saya masuk kali ketiga, Adam masuk kali keempat

Saya masuk kali ketiga, Adam masuk kali keempat

Nama jer Snow Walk, tapi dalam tu tak ada snow pun sebenarnya. Yang ada cuma ais sahaja. Dalam tu ada gelungsur ais,  ukiran-ukiran ais dengan ais yang dah dihancurkan kecik-kecik, berteraburan sana sini konon-kononnya salji. Tapi serius tak ada salji pun. Patutnya nama tempat ni Ice Walk, bukannya Snow Walk.

adam main ais hancur

Adam main baling salji tipu

Banyak ais jer dalam ni

Ada ais jer dalam ni

Adam main gelongsor ais

Adam main gelongsor ais

Saya try jugak gelonsor ais tu. Syok la jugak. Tapi bontot rasa sejuk lah. hahahah.

Bibir dah sejuk beku masa nih

Bibir dah sejuk beku masa nih

Kali ketiga saya masuk Snow Walk ni, sekerat jalan jer lah saya sanggup dok dalam tu.  Walaupun tangan pakai glove, kaki pakai stoking pakai kasut, tapi kaki ngan tangan tetap rasa pedih sebab sejuk sangat sangat.  Bibir pun dah kebas. Eii..Dah lar Adam oi..Mommy dah tak sanggup dok dalam ni. Terus jer ajak Adam keluar.

Budak tak tahu sejuk

Budak tak tahu sejuk

Kalau ikutkan Adam, memang dia nak dok lama-lama tu. Tak tahu sejuk betul la adam tu. Pelik betul.. Tapi saya ngan Suami memang dah tak sanggup nak masuk lagi. So kami ajak balik ajer lah.  Payah jugak nak pujuk Adam balik. Pujuk dia beli Happy Meal, baru lah Adam ok nak balik.

 

Tips pergi Snow Walk I City Shah Alam.

  • Harga tiket waktu siang lebih murah. Jadi pergilah waktu siang.
  • Pakai/bawa kasut siap-siap dari rumah. Jimat duit tak payah sewa kasut. Lagipun kasut sewa kat Icity tu jenis but getah, tak memerangkap haba, Jadi tak panaskan kaki pun. Tetap rasa sejuk bila pakai kasut sewa tu. Tapak dia licin pulak tu. Banyak kali nak tergelincir kat dalam Snow Walk tu. Tak berbaloi sewa kasut kat situ.
  • Pakai/bawa stoking tebal
  • Kalau ada glove, bawak glove siap-siap dari rumah
  • Pergi toilet siap-siap kat luar I City (petrol pump). Dalam tu toilet dia semua share lelaki perempuan. Kotor pulak tu

 

Iklan

Secret Skin White Kawaii Collagen

Secret Skin White Kawaii Colagen- Set jihan

Secret Skin White Kawaii Colagen- Set jihan

Artis Jihan Muse antara pengguna setia Secret Skin White Kawaii Collagen. Dan lihatlah sendiri perubahan yang berlaku pada diri beliau. Semakin cantik dan cerah berseri setelah mengamalkan pengambilan Kawaii Kolagen setiap hari.

Jadi, tunggu apa lagi. Dapatkan Secret Skin White Kawaii Collagen – Set Jihan dengan harga diskaun sekarang

Sms/whatsapp: 012-692 2025 (NO PHONE CALL)

Sms/whatsapp: 012-692 2025 (NO PHONE CALL)

Sms/whatsapp: 012-692 2025 (NO PHONE CALL)