Assalamulaikum,

Bulan lepas Family Fun Day GBSB. Sepatutnya saya sekeluarga join sekali, tapi terpaksa tarik diri last minit sebab saya masuk hospital, operate apendiks.

Walaupun tak join, tapi saya still dapat jugak goodies dan gift Family Day tu.  Alhamdullilah, rezeki. Antara gifts dan goodies yang saya dapat:

Flower Bouquet

Flower Bouquet from beautee.me

Flower Bouquet from beautee.my

Dah lama tak dapat bunga tau. Bila pikir balik, rasa macam tak pernah jer dapat fresh flower bouquet ni…Kalau bunga sekuntum tu, pernah lah. Tapi kalau dalam bentuk bouquet macam ni memang tak pernah. Kesian saya kan. Huhuhu. Bila dapat jambangan bunga segar ni, perasan tu..huii..memang berbunga-bunga sangat tau. Flower bouquet ni dari beautee.my.  Thank you so so much.

Foot soak 

Foot Soak Dunia Aura by Shinawan

Foot Soak Dunia Aura by Shinawan

Foot soak ni pulak, untuk rawatan kaki ala-ala spa gitu lah.  Foot soak ni ada campuran essential oil Geranium, Lemon dan Rosemary. Jadi bila kita rendam kaki guna foot soak ni, bukan setakat kaki, dengan badan sekali akan rasa segar sebab essential oil tu dh meresap masuk dalam badan. Hari tu gi shopping baju raya, berjalan pusing shopping complex naik turun naik turun, sampai rumah kaki lenguh gila macma baru lepas marathon jer. Terus jer saya rendam kaki dalam foot soak ni. Legaaa… Kalau ada yang nak dapatkan foot soak ni, boleh cari di Dunia Aura by Shinawan

Dermatouch  Balm and Baby Bath Gel

Ekzema Balm dan Shower Gel

Dermatouch Balm dan Baby Bath Gel dari Eczy

Balm dan bath gel ni dari Eczy. Kalau anak ada masalah kulit sensitif,  ekzema atau ruam memang sesuai guna produk ni. Macam Adam tu lah. Ekzema. Dekat pelipat siku dia tu mudah kering sampai berkeruping. Bila kering jadi gatal dan Adam akan garu sampai berdarah. Grrrr. Kalau saya nampak Adam start garu jer, laju-laju saya sapu balm tu. Bila dah sapu, lega lah agaknya sebab Adam akan stop menggaru. Kalau kena gigit nyamuk pun saya sapu balm ni. Takder lah Adam ngan Aiza menggaru-garu lagi.

 

Happy Belly Balm

Happy Belly Balm dari Wellness Mama

Happy Belly Balm dari Wellness Mama

Happy Belly balm ni kegunaan dia untuk sapu kat perut. Kalau perut masuk angin ke, kembung ke, boleh sapu balm ni. Happy Belly Balm ni pun boleh bantu masalah sembelit. Macam Aiza tu, memang ada masalah sembelit. Agak-agak dia macam senak perut, tapi tak boleh membuang, memang saya sapu terus balm ni.  Tak lama lepas tu, elok jer Aiza membuang. Dulu, memang kesian sangat bila Aiza sembelit. Meraung-raung tiap kali membuang sebab sakit. Lepas guna balm ni memang nampak dah kurang masalah sembelit Aiza tu. Memang sangat membantu. Kalau ada yang nak beli, boleh hubungi Wellness Mama

Tudung dan Hoodie Sweater

Tudung dan Hoodie dari Pen Merah

Tudung dan Hoodie dari Pen Merah

Tudung dan sweater hoodie ni dari butik PenMerahdotcom. Tudung tu tudung bawal tau. Senang sangat nak bentuk. Elok terletak jer kat muka. Hoodie tu pulak, saya bagi En Suami pakai sebab saiz dia besar. Hehehe. Cantik tau sweater hoodie tu.

Selain tu, ada jugak goodie beg untuk budak-budak. Adam ngan Aiza dapat sorang satu goodie bag.

 

Goodie Bag

Goodie Bag

Dalam goodie beg ni ada activity book, pensel warna, crayon, biskut, coklat ngan roti. Semua ni disponsor oleh geng GBSB. Terima kasih banyak-banyak tau  Sambal Hitam Cik Na, Element Organik, YLByDolceryna, dan Keyrul. Seronok Adam ngan Aiza main warna-warna sambil maka roti ngan biskut.

Tiap-tiap tahun memang macam-macam gifts dan goodies yang saya dapat masa Family Day GBSB. Cuma yang sedihnya dah banyak kali jugak saya tak dapat join Family Day GBSB nih. Ada jer halangan. Tak ada rezeki.

Harapnya tahun depan dapat lar join Family Day GBSB. InshaAllah.