Assalamualaikum

Aiza sekarang dah campur minum susu lain. Sebelum ni susu badan sahaja. Sekarang dia minum susu kurma. Tapi belum fully wean off. Saya bagi susu badan time nak tidurkan dia atau dalam kereta jer. Selain dari waktu tu, saya bagi Susu Kurma Farm Fresh untuk Aiza. Saya start bagi Aiza susu kurma ni masa bulan puasa hari tu.

Susu Kurma Farm Fresh

Susu Kurma Farm Fresh

Masa sebelum  puasa, saya risau susu badan drop time puasa. Aiza tu pulak tak nak minum susu formula.  Memang dia tolak terus susu formula. Tak kira lar brand apa pun.. Yang murah ke, yang mahal ke.. Semua dia tak nak. Huhuhu. Susu drop tu dah satu hal. Menyusukan anak masa bulan puasa memang sangat-sangat meletihkan. Memang menggigil badan. Tahun lepas saya tak posa 6 hari sebab terlalu lapar dan letih menyusukan Aiza sampai tahap menggigil, nak jalan pun tak boleh. . Jadi tahun ni kalau boleh, saya tak nak lah bukak posa sebab menyusukan anak.

Jadi saya ikhtihar, biar saya jer lah yang minum susu banyak-banyak. Untuk tambah susu badan. dan untuk tenaga sepanjang puasa. Jadi saya try minum susu kurma farm fresh tu. Susu dan kurma memang elok untuk tambah susu badan, dan untuk tambah tenaga.. So, bila start puasa jer, malam sebelum tidur, saya minum 1 mug susu kurma tu. Aiza tu pulak, pantang tengok saya makan atau minum, mesti dia nak jugak. Jadi saya bagilah dia rasa sikit susu kurma farm fresh tu. Eh…elok pulak dia minum. Siap mintak lagi dan lagi dan lagi.

Tapi saya tak berani nak bagi banyak-banyak kat Aiza. Umur Aiza masa bulan puasa hari tu baru 1 tahun 8 bulan. Takut perut dia belum ready lagi untuk digest susu segar. Pastu susu segar ni kan simpan dalam peti sejuk. Jadi sejuk lah susu tu kan.  Ada budak yang perut dia memang tak tahan dengan susu segar atau susu sejuk tau.  Takut pulak Aiza tu kembung perut atau sakit perut. Jadi tiap kali saya minum susu kurma farm fresh tu, saya share sikit jer dengan Aiza

Lama-lama, saya tengok, serasi pulak susu kurma farm fresh ni dengan Aiza. Tak ada sakit perut atau kembung perut pun. Berat badan dia macam naik. Aiza tu memang masalah berat badan tau. Kurus kering. Lepas minum susu kurma tu, badan Aiza macam berisi sikit. So, saya teruskan jer lah bagi susu kurma kat Aiza. Dah tak payah share dengan mommy lagi. Untuk permulaan, saya bagi sehari sekali jer. Tu pun 100ml.

Lepas seminggu, saya bagi 2 kali sehari. Tapi sekali bagi, masih lagi 100ml. Alhamdullilah, Aiza tak ada masalah minum susu segar farm fresh. Syukur sangat-sangat. Cuma, masalahnya dengan susu kurma Farm Fresh ni, susah nak dapatkan stok. Tak semua tempat ada jual. Cuma pasaraya Giant tertentu jer yang jual. Tu pun cepat habis.

Selain tu, kalau nak beli susu kurma Farm Fresh ni, kena cari Home Dealer dia. Home Dealer ni ejen yang jual susu ni dari rumah, kedai atau gerai jualan.   Jadi, kalau saya tak dapat beli dekat Giant, saya kena beli dekat home dealer. Kat tempat saya ni, home dealer farm fresh tu ada bukak booth kat Pasaraya Segi, Balakong. Dekat jer Pasaraya Segi ni dengan rumah. Jadi, biasanya saya beli kat situ jer lah. Tiap kali beli, memang beli banyak-banyak buat stok.

Beli banyak buat stok seminggu

Beli banyak buat stok seminggu

Cuma kalau nak berjalan jauh tu leceh sikit lah. Tak semua tempat ada home dealer Farm Fresh. Pastu kadang-kadang home dealer ni tak ada stok. Memang masalah betul la kalau tak dapat beli susu ni. Aiza tu dah pandai merengek mintak susu kurma ni tau.

Susu kurma Farm Fresh ni dijual dalam 3 saiz. 700ml, 1 liter dan 2 liter. Yang 700ml tu harga dia RM8. yang 1 liter tu RM11. Yang 2 liter tu RM22. Biasanya saya beli yg 700ml tu jer. Sekali beli 3 botol. Tahan lar seminggu.

Susu kurma farm Fresh 700g

Susu kurma farm Fresh 700g (700ml)

Sekarang ni Aiza minum susu kurma ni 3 kali sehari. Pagi, petang ngan malam. Aiza minum tak banyak pun. Paling banyak 150ml. Susu ni kalau kat luar peti ais, boleh tahan 2 jam jer. Jadi kena pastikan Aiza habiskan susu tu dalam masa 2 jam lah. Dia tu suka minum susu sambil main. Jadi kena ingatkan dia habiskan susu tu banyak kali. Tapi biasanya dalam masa sejam dah abis dah dia minum.

'Sopan' betul anak dara minum susu

‘Sopan’ betul anak dara minum susu

Bagusnya susu kurma Farm Fresh ni, susu dia tak ada gula tau. Semata-mata susu lembu segar dan ekstrak kurma. Rasa dia sedap. Macam cendol. Tapi tak manis sangat. Manis kurma tu jer. Saya pun suka sangat minum susu kurma ni tau.

Nutrisi dan kandungan susu kurma Farm Fresh

Nutrisi dan kandungan susu kurma Farm Fresh

Adam ngan Aiza sama jer dua-dua. tak nak minum susu formula. Adam dulu pun saya bagi susu farm fresh jugak. Ada saya cerita kat sini. Tapi masa tu, belum ada lagi susu kurma. Bagi susu segar biasa dia tak nak. Jadi bagi jer lah susu coklat farm Fresh kat Adam. Masa saya start bagi susu farm fresh ni, umur Adam dah 2 tahun. Aiza jer awal sikit.

Susu coklat untuk Adam, susu kurma untuk Aiza

Susu coklat untuk Adam, susu kurma untuk Aiza

Bagus jugak Adam ngan Aiza ni tak nak minum susu formula. Sebabnya susu segar lagi bagus dari susu formula. Khasiat dan kandungan nutrisi susu segar ni lebih banyak berbanding susu formula. Tak ada gula tambahan. Tapi kalau nak bagi anak minum susu segar, pastikan umur anak  setahun ke atas  yer. Pastu try bagi sikit-sikit dulu. Bawah setahun atau 12 bulan, memang tak boleh bagi susu segar (lembu/kambing). Sebabnya perut baby bawah 12 bulan  belum boleh cerna susu segar (kambing/ lembu).

 

Untuk info lain tentang susu Farm Fresh ni, boleh klik sini.