Assalamualaikum

Siang tadi saya pergi Jepun. Kejap jer pergi, sampai sana pagi, tengah hari dah balik dah. Ha.. hebat tak? Hehehe. Saya bukan pergi Jepun nun jauh seberang lautan tu. Tapi sebenarnya saya pergi Taman Jepun kat Eco Forest, Semenyih. Ada promosi melawat Jepun kat Eco Forest tu; ‘MISAKI—A Japan Affair’. Dekat jer Semenyih dengan rumah saya, tu yang sungguh-sungguh saya ajak En Suami pergi.

Keluar rumah pukul 9 lebih. Singgah  beli sarapan dulu lepas tu baru ke Semenyih tu. Sampai sana pukul 10 lebih. Taman tu pun baru bukak. Tapi dah ramai orang.

Mula-mula kena register dulu. Free jer pun register ni. Lepas tu dia bg wrist band. Dah pakai wrist band, boleh masuk pusing taman.

Nak masuk kena register dulu

Nak masuk kena register dulu

Pakai wirstband

Pakai wirstband sebelum masuk taman Jepun

Taman Jepun ni sebenarnya taman tasik Eco Forest yang dihias dengan dekorasi Jepun. Tapi memang cantik sangat deko kat sana. Macam kat Jepun. Nak pegi Jepun betul, ntah bila.. Dapat pergi taman acah-acah Jepun pun jadiklah. hehehehe

Taman Tasik Eco Forest

Taman Tasik Eco Forest

Taman Tasik Eco Forest

Taman Tasik Eco Forest

Japanese lantern lane

Japanese lantern lane

Acah-acah dah sampai Jepun

Acah-acah dah sampai Jepun

Ada food stall Jepun kat sini

Ada food stall Jepun kat sini

Dalam taman ni ada jugak rumah contoh Eco Majestic.  Ada 5 bijik rumah. Setiap rumah dihias cantik sangat. Yer lah, dah nama pun show house, memang cantiklah. Tapi tak boleh ambil gambar dalam rumah. Jadi kami ambil gambar luar rumah jer lah.

Rumah contoh Eco Majestic

Rumah contoh Eco Majestic

Lepas tengok rumah, sambung jalan pusing taman lagi, ambil gambar lagi. Paling banyak hiasan Jepun kat sana, telur-telur comel ni.

Telur Spiderman

Telur Spiderman

Telur Batman

Telur Batman

Telur Mario

Telur Mario

Patung kucing dan telur comel-comel

Patung kucing dan telur comel-comel

Telur comel di sana sini

Telur comel di sana sini

Telur comel lagi

Telur comel lagi

Lebih kurang sejam lebih jugaklah kami kat Taman Jepun tuh. Tu pun kami jalan laju-laju sebab panas. hehehe. walaupun panas, tapi berbaloi sebab dapat tengok taman cantik macam nih.

Taman sakura

Taman sakura

Mommy posing depan tanglung

Mommy posing depan tanglung

sake barrel

Daddy posing depan tong sake

macam musim bunga kat Jepun jer

Macam musim bunga kat Jepun jer

Bunga tepi tasik

Bunga tepi tasik

Lampu pelita jepun

Lampu pelita jepun

Tiang kimono namanya

Tiang kimono namanya

Kalau ada yang nak jalan-jalan sini, ambil gambar cantik-cantik sambil cuci mata tengok rumah lawa, boleh lah pergi Taman Jepun kat Eco Forest, Semenyih ni. Tapi sampai minggu depan jer rasanya.

MISAKI—A Japan Affair
Eco Forest, Broga Hill Semenyih, Sehingga 29 Oct (Every Sat & Sun)
10am – 6pm (Last admission 5pm)

Venue: EcoWorld Gallery @ Eco Forest
Waze: https://waze.to/lr/hw282wtmyg

Free entrance