Assalamualaikum

Kenapa asyik citer pasal milk booster je? Takder citer lain ke? Isk..isk..isk..

Before this kan saya citer, baby Adam susah tidur, pastu berat dia naik tak banyak. My family and friends kata, maybe baby lapar..sebab tu susah tidur.. Bila baby tak cukup tidur, dia meragam pulak. Macam mana dia nak gemuk?

Tak cukupkah susu badan saya untuk Adam? Padahal bra ngan baju saya asyik basah ngan susu jer.. Mungkin susu kurang zat agaknya..sebab tu baby cepat lapar.. Tu yg saya dok minum susu Anmum Lacta hari-hari, konon-konon nak tambah zat. Tak cukup lagi gamaknya.

Last month, baca status fb kawan saya Bonda Hariz; baby dia umur 1 bulan naik 2kg.  Terkagum sungguh saya nih! Dengan pantas saya korek rahsia dia. Dia kata dia amik supplements. Salah satunya, Shaklee. Shaklee ada set khas untuk breastfeed. Set produk Breatsfeeding Shaklee  ni khas untuk tambah susu dan menambah zat dalam susu badan.

Baca blog sana sini, ramai kata produk Shaklee ok, and one of my friend pun kata ok, jadi saya pun nak jugak cuba tambah susu badan dengan Shaklee. Saya beli yg trial set dulu..  Kalau supplements ni betul-betul boleh tambah susu dan zat dalam susu badan, baru order yang full set.

Shaklee Breatfeeding Supplement (Set B) -Trial Pack

Kecik comel jer botol-botol dia. Saya beli kat kedaiibu (macam biasa, beli online.) Harga RM80.00. Free postage. Trial pack ni untuk pengambilan 30 hari sahaja.

Besar-besar pil supplements Shaklee nih. Time telan tu macam nak tersangkut kat anak tekak. Erk!!

Colourful sungguh pil dia. Yang pil bulat tu Alfalfa, kaler hijau tu Vita-Lea with Iron, kaler kuning tu B-Complex, dan yang kaler putih cream tu Vitamin C (500mg). Hopefully supplements ni boleh bantu tambah zat dalam susu untuk baby Adam.. InsyaAllah.

Owh..sempena nak raya ni, kedaiibu bagi sampul raya free. Yeay! Saya suka benda-benda free nih. 🙂

Comelnyer sampul raya free.

Ceh! dapat sampul raya free pun nak kecoh. Kah kah kah.  😛

Iklan:

Selain Shaklee, saya juga ambil Ephyra untuk tambah susu. Kalau nak cuba Ephyra, boleh klik  sini.