Assalamualaikum

Selamat Tahun Baru semua..

Selamat Tahun Baru

Selamat Tahun Baru

Biasanya orang buat azam atau matlamat baru setiap kali tahun baru kan.. Tapi saya tak pernah ada azam atau matlamat setiap kali tahun baru. Bagi saya,errmm.. tak perlu. Kalau saya rasa nak buat, saya buat jer.. Tak perlu tunggu tahun baru. Saya tak kata buat azam baru atau teruskan azam lama setiap kali tukar tahun tu salah.. Benda ni subjektif. Lain orang..lain caranya kan.. Terpulanglah cara masing-masing.

Cumanya, tahun ni agak berbeza bagi saya, sebab tahun ni saya kembali pindah ke Jitra. Suasana, persekitaran semua berubah. Jadi saya kena adapt dengan keadaan baru, cabaran baru. Bisnes saya pun agak slow (slow sangat)  sebenarnya tahun lepas. Jadi saya ingin cuba benda baru pula.

Antara benda baru atau projek saya tahun ni adalah Video Journal atau Vlogging. Eh..ni bukan azam baru tau. Benda ni saya dah plan nak buat dari tahun lepas lagi. Dah banyak kali sebenarnya En Suami cadangkan saya buat video. Cumanya..saya segan. Ada la sesekali saya buat video live kat facebook tu.. Tu pun video live pendek sangat. 2,3 minit jer rasanya. Hahahahaha.

Sampailah saya tengok video jornal Aida Azlin.  Ada banyak benda yang dia kongsi dalam setiap video journal dia. Ada video tentang pengalaman peribadi dia, tentang pendapat dia, tentang prinsip dia, tentang cara kerja dia, dan paling saya suka sikap dan kata-kata positif dia. Gaya, bahasa dan personaliti dia pun saya suka. Humble dan down to earth.  Dan saya rasa sangat-sangat terinspirasi. Rasa teringin nak buat jugak video journal. Mungkin hasilnya tak sebaik, tak sebagus  Aida Azlin, tapi saya perlu cuba. Kalau ada yang belum pernah dengar atau lihat video journal Aida Azlin, boleh follow dia kat sini. 

Jadi sejak Disember tahun lepas, saya cuba beranikan diri dengan merakam video. Video pergi makan dan video pergi jalan-jalan. rakam guna handphone jer. Saya edit video pun guna handphone jer, edit guna apps Power Director. Tu pun yang Free Version. Hahahahaha. Ada video yang ok, ada yang kurang ok.. ada yang memang langsung tak ok. Biasalah, baru start buat kan.. masih banyak benda kena belajar.

Dari banyak-banyak video yang saya rakam dan edit, baru 1 yang saya publishkan dekat facebook dan youtube. Video kami pergi jalan ke Makam Tunku Anum.

Boleh tengok video tu kat sini


Masih ada banyak benda yang perlu diperbaiki. Paling ketara, dari segi kualiti video dan sound. Saya rakam bukan guna kamera, rakam pun guna handphone jer.. Handphone biasa jer, bukan handphone yang mahal-mahal tu. Jadi memang sedia maklumlah kualiti dia tak setanding kamera. Takperlah, buat guna apa yang ada dulu. tak perlu terburu-buru beli handphone baru atau kamera baru.

Harapnya.. saya dapat teruskan momentum buat video journal atau vlogging nih. Bukan setakat hangat-hangat tahi ayam. Wish me luck. 🙂