Assalamualaikum

Saya nak share, krim pelembab muka yang saya guna sekarang. Krim pelembab Vitamin C Moisturizing Cream with Spf 30 by Annona. Saya share sebab saya dah guna dan sangat-sangat berpuas hati dengan hasilnya.  Krim ni bukan sekadar melembabkan kulit, bahkan melindungi kulit dari sinaran UV merbahaya. Kalau baca kat packaging dia, antara fungsi utama krim ni adalah merawat, melindungi dan memperbaiki keadaan kulit. Ha..gitu.

Untuk yang berumur 30an++ macam saya ni, yang  bulan depan dah 35 tahun, kulit kering adalah perkara normal. Kulit dah tua namanya.  Kalau tak pakai pelembab, memang terasa kulit tu tegang dan perit.

Packaging vit c moisturizing cream

Packaging vit c moisturizing cream

Penting ke pakai pelembab?

Ya, penting. Perlu pakai pelembab. Kalau nak awet muda, rajin-rajin kan diri pakai pelembab muka hari-hari. Kulit kering antara faktor yang buatkan kulit kita nampak cepat tua tau. Tu fungsi asas pelembab muka lah. Istimewanya pelembab muka Vitamin C Moisturizing Cream Annona ni, krim ni mempunyai kandungan Vitamin C yang tinggi yang sememangnya sangat elok dan bagus untuk kulit. So, krim ni bukan sekadar melembab, tapi juga bekalkan vitamin C untuk kulit muka.

Vit c moisturizing cream by Annona

Vit c moisturizing cream by Annona

 

Antara ciri-ciri dan kelebihan Vitamin C Moisturizing Cream with Spf 30 ni::

☑ Pelembap muka jenis krim, light weight dan tinggi Vitamin C.

☑ Mempunyai SPF 30 untuk lindungi kulit anda dari sinar Matahari 🌞.

☑ Dengan khasiat Argan Oil, Pomegranate, Niacinamide & Hyaluronic Acid yang sangat elok untuk kulit.

☑ Tidak melekit dan cepat meresap dengan sedikit urutan wajah.

☑ Sesuai untuk kulit normal, kering dan kombinasi.

Krim Vitamin C Moisturizing Cream with Spf 30 ni tekstur dia halus, lembut dan ringan. Sangat mudah disapu pada kulit dan cepat meresap. So far lepas pakai krim ni, memang terasa kulit jadi lembab dan lembut jer tau. Bau dia pun just nice. Tak ada bau sangat pun sebenarnya..  Ada sesetengah krim ni kan, wangi sangat bau dia. Krim yang bau wangi ni biasanya ada haruman sintetik yang sebenarnya tak elok untuk kulit. Saya sendiri tak suka krim bau wangi..pening kepala. Ada jugak krim muka yang bau pelik, bau tengik. Krim macam tu lagilah saya tak suka.. Tapi bau krim Vitamin C Moisturizing Cream ni memang sangat ok. Odorless. hehehe

Krim dia macam ni

Krim dia macam ni

Memang ada banyak pelembab muka yang lebih kurang sama jer dipasaran. Tapi saya pilih krim Vitamin C Moisturizing Cream with by Annona sebab ia mengandungi kandungan Vitamin C yang tinggi. Nak tahu apa khasiat Vitamin C pada kulit?

Kulit cerah sekata.
🍊 Vitamin C terbukti membantu mencerahkan kulit anda melalui mekanisme pengurangan penghasilan melanin.

Kulit muda & tegang.
🍊 Vitamin C terbukti meningkatkan penghasilan kolagen yang seterusnya akan menegangkan kulit anda.

Kulit cantik & sihat.
🍊 Vitamin C terbukti bertindak sebagai antioksida yang melawan radikal bebas yang merosakkan kulit anda.

Kulit lembab & lembut.
🍊 Vitamin C terbukti bertindak sebagai mild exfoliant yang menanggalkan sel-sel mati dari kulit yang seterusnya akan melembutkan kulit anda.

Kulit bebas jerawat.
🍊 Vitamin C terbukti mengurangkan masalah pori tersumbat yang menjadi punca utama kepada penghasilan jerawat.

Kulit bebas jeragat.
🍊 Vitamin C terbukti mampu memudarkan jeragat dan tompok gelap dengan penggunaan konsisten.

Faktor lain yang buat saya suka dengan krim Vitamin C Moisturizing Cream with Spf 30 ni, dia ada pelindung sinaran UV. Spf  tu jumlah bilangan masa berapa lama krim ni boleh lindungi kulit kita dibawah pancaran matahari. 1 spf = 5 minit. 30 spf = 150 minit. Jadi kalau setakat keluar rumah pergi makan atau beli barang, cukup saya sapu krim ni dan pakai bedak. Tapi saya memang pakai krim ni hari-hari tau. Walaupun duduk rumah sajer, saya tetap pakai krim ni hari-hari. Macam yang saya bagitahu tadi, kita kena pakai krim pelembap hari-hari. Cuma kalau setakat keluar sekejap tu, saya dah tak perlu pakai krim lain dah. Cukup dengan Vitamin C Moisturizing Cream with Spf 30 dan sedikit loose powder. Siap.

Krim ni keluaran tempatan tau. Local product. Bila sebut jer local product, memang ramai yang risau kan? Takut produk timbang kilo dari negara jiran, atau produk OEM. Tak semua local product tak elok tau. Sebelum saya guna produk ni, saya kaji betul-betul produk ni datang dari mana, siapa pengeluar, apa bahan-bahan yang digunakan. Saya sayang kulit saya.

Pengasas produk ni Puan Ony Nurhusni. Puan Oni ni ahli farmasi tau. Jadi beliau memang ada ilmu tentang perubatan dan kesihatan. Beliau tahu bahan apa yang elok dan tidak elok untuk kulit. Untuk hasilkan produk yang elok dan bagus untuk kulit bukan senang tau. dan puan Ony sendiri pastikan produk yang dihasilkan guna bahan semulajadi dan bebas bahan kimia merbahaya.

Puan Ony Nurhusni, Co founder produk Vitamin c Annona

Puan Ony Nurhusni, Co founder produk Vitamin c Annona

Bahan-bahan Vitamin C Moisturizing Cream with Spf 30 by Annona ni semuanya selamat dan elok untuk kulit. Dan paling penting ada kelulusan KKM.

Bahan yang digunakan dan kululusan KKM

Bahan yang digunakan dan kululusan KKM

Bila dah yakin produk ni elok dan selamat, barulah saya berani guna dan share kat blog ni. Kalau produk tu tak elok, saya memang tak akan guna. Tak sanggup nak ambil risiko. Saya sayang kulit saya.

Harga Vitamin C Moisturizing Cream with Spf 30 by Annona ni pun sangat mampu milik. Cuma RM39 sahaja. Tapi tak termasuk kos postage lah yer. 1 bekas 15g. Tahan 1-2 bulan bergantung pada penggunaan. Saya guna krim ni siang jer. Tapi kalau nak pakai krim ni waktu malam pun boleh. Kalau guna siang dan malam cepat sikit lah habis. Kalau guna siang sahaja, lambat habis. Sebab tu saya guna waktu siang jer. Nak jimat. Hehehe.

Selain Vitamin C Moisturizing Cream with Spf 30 ni, Annona juga keluarkan pencuci muka Vitamin C Gentle Cleanser dan juga Vitamin C Serum. Dua-dua produk ni pun ramai yang kata elok dan bagus untuk kulit.

vitamin c gentle cleanser

Vtamin C Gentle Cleanser by Annona

Vitamin C Serum by Annona

Vitamin C Serum by Annona

Harga Vitamin C Gentle Cleanser 60ml RM39. Vitamin C Serum 15 ml RM90. Kalau tak mampu beli serum yang 15ml, boleh beli yg 5ml. Harga Vitamin C serum 5ml cuma Rm39. Info lengkap tentang Vitamin C Gentle Cleanser dan juga Vitamin C Serum ni saya akan cerita kat post yang lain yer.

 

Untuk dapatkan Vitamin C Moisturizing Cream with Spf 30 by Annona atau produk Vitamin C by Annona yang lain, boleh klik link kat bawah ni yer.

www.wassap.me/zilamahadi

www.wassap.me/zilamahadi

www.wassap.me/zilamahadi