Assalamualaikum

Pernah dengar tak 10 step Korean Skincare Routine? 10 langkah penjagaan kulit Korea? Kalau biasa tengok cerita Korea, memang nampak kan kulit pelakon Korea sangat-sangat cantik, halus mulus bersih jer kan? Bukan pelakon jer, artis K POP diorang pun majoritinya kulit cantik-cantik. Orang korea terutamanya artis dan selebriti sangat pentingkan penjagaan kulit. Cara diorang jaga kulit sangat teliti. Tu yang sampai jadi 10 langkah penjagaan kulit tuh. Nak tahu apa benda yang sampai 10 langkah tu? ha.. ni dia

  1. Makeup remover/ Oil Cleanser  – mula-mula bersihkan muka dengan makeup remover / oil cleanser
  2. Cleanser – Lepas tu cuci muka guna pencuci muka (cara ni dipanggil double cleansing)
  3. Exfoliator – Buang sel kulit mati gunakan scrub (exfolitor). 2 kali seminggu. Bukan setiap hari.
  4. Toner – Sapu toner lepas guna Cleanser / Exfoliator
  5. Essence – Lepas sapu Toner, sapu Essence pulak
  6. Serum / Ampoule / Treatment – Lepas Essence, sapu Serum atau Ampoule. Kalau ada jerawat, sapu krim jerawat kat step ni (Treatment).
  7. Sheet Mask – Lepas sapu serum , pakai sheet mask pulak. Biasanya pakai waktu malam sebelum tidur. tak boleh pakai lama-lama. Max 20 minit. 2 kali seminggu dah mencukupi.
  8. Eye Cream– Krim mata ni sapu kat mata jer lah.
  9. Face Cream/ Moisturizer  – lepas tu baru sapu  moisturizer.
  10. Spf – akhir sekali tapi paling penting, kena pakai pelindung spf (siang sahaja)
10 langkah penjagaan kulit Korea

10 langkah penjagaan kulit Korea

Ha.. ni baru skincare sahaja. Belum makeup lagi. Kalau termasuk makeup, boleh bayangkan tak betapa lamanya diorag duduk depan cermin. Hahahahahaha. Tapi tak semua 10 skincare step tu kena buat hari -hari. Step no 3 (Exfoliator) dengan step no 7 ( Sheet Mask) tu 2 kali seminggu jer. So..kiranya untuk harian 8 step jer lah..  2 kali seminggu baru 10 step.

Sekarang saya memang cuba ikut 10 langkah penjagaan kulit Korea ni. Sebabnya saya teringin sangat nak kulit cantik halus mulus bersih macam artis Korea.  Tapi… tak mampulah saya nak follow semua. Step 5 dan step 8 tu saya tak buat lagi. Step 1 tu saya buat kalau saya pakai makeup jer. Kalau saya tak pakai makeup, saya terus buat step 2.   Tapi rasanya macam nak kena buat jugak step 8 (eye serum)  tu. Mata dah jadi mata panda nih sebab tiap-tiap malam tidur lewat tengok cerita online. Hahahahaha

Ni lah produk penjagaan kulit saya.

Produk skincare yang saya guna sekarang ni

Produk skincare yang saya guna sekarang ni

  1. Makeup remover/ Oil Cleanser  – Saya guna wet tissue jer untuk buang makeup sebab makeup saya sangat ringan dan simple.
  2. Cleanser – Vitamin C Gentle Cleanser
  3. Exfoliator – Pink Mild Cleansing Scrub
  4. Toner – Mamonde Rose Toner
  5. Essence – NONE
  6. Serum / Ampoule / Treatment – Vitamin C Serum & Simple Spotless Skin
  7. Sheet Mask – saya guna campur-campur. For now saya guna sheet mask jenama Etude ( Green Tea, Pearl dan Blackberry)
  8. Eye Cream– NONE
  9. Face Cream/ Moisturizer  – Vitamin C Moisturizing Cream with spf 30
  10. Spf – Vitamin C Moisturizing Cream with spf 30

Ada tambahan. Face mist. Saya guna face mist sebab kulit saya jenis kulit kering. Jadi bila rasa kulit kering, menggelupas jer, cepat-cepat saya spray face mist. Saya guna Vitamin C Beauty Mist. Skincare saya banyak guna produk Vitamin C Series by Annona sebab produk ni sangat elok untuk kulit saya. Vitamin C Series ni produk tempatan. Tapi produk ni sangat elok dan berkualiti.

Produk Vitamin C Series by Annona

Produk Vitamin C Series by Annona

Exfoliator, toner dan sheet mask tu pulak, memang produk Korea. Made in Korea. Saya suka guna produk Korea sebab produk sana berkualiti dan sesuai dengan kulit saya. Pink Mild Cleansing Scrub tu saya beli kat Watson jer. Mamonde Rose Toner  dan Sheet Mask tu beli kat Korea. Mak mertua dan makcik saya yang belikan masa diorang pergi berjalan kat sana.

Produk Skincare Korea

Produk Skincare Korea

Ada banyak website yang jual produk skincare korea ni, tapi harga dia mahal sikit. Kadang tu kos postage dah sama mahal dengan harga produk sebab pos direct dari Korea. Huhuhu. Sebab tu lah, asal ada yang pergi berjalan ke sana, memang saya kirim belikan skincare. Harga kat sana pun jauh lebih murah dari harga online.   Produk skincare korea memang sangat elok tau. Sebab orang Korea ni memang utamakan penjagaan kulit. Jadi produk diorang memang berkualiti.

Ubat jerawat Simple Spotless Skin tu saya beli kat Watson jugak. Bila ada jerawat, memang saya sapu krim ni jer. Cepat je kecut jerawat. Kalau ada parut, saya sapu pulak dengan Vitamin C Serum. Parut cepat hilang bila sapu serum ni.

Saya memang pentingkan penjagaan kulit. Bagi saya skincare first, makeup second. Saya lebih suka beli produk penjagaan kulit dari beli makeup. Barang makeup saya memang sikit sangat. Bagi saya, bila kulit dah bersih dan cantik, dah tak perlu dah pakai makeup sangat. Makeup simple jer dah cukup untuk tambah seri muka. Lagipun, kita bukannya pakai makeup 24 jam kan. Kat rumah muka togel jer kan. Terutamanya waktu tidur. Waktu tidur tak boleh pakai makeup sebab kulit akan cepat rosak.  Dah tu,  kalau kulit muka tak elok, macam mana nak hadap suami time kat rumah kan?

Muka bogel saya tanpa makeup

Muka bogel saya tanpa makeup

Ni muka saya tanpa sebarang makeup. Cuma pakai toner dan moisturizer jer. Nampak pucat lar sikit sebab bedak lipstik apa semua tak pakai kan. Nampak mata lebam dan parut jerawat kat tepi dagu. Tapi kira ok lah kan..untuk kulit muka tanpa makeup. Takder lah seram sangat En Suami tengok 24 jam kan?

Sebab tu pentingnya kulit cantik dan sihat, sebab bila tak makeup pun, takder lah nampak teruk sangat muka tu. Tapi kena pastikan, produk penjagaan kulit yang kita guna tu, produk yang betul-betul elok dan berkualiti. Jangan lah main guna jer asalkan kulit ‘nampak’ cantik padahal kulit tu sakit. Kena teliti betul-betul bahan apa yang ada dalam produk -produk yang kita gunakan. Macam produk Vitamin C Series tu, memang guna bahan yang elok untuk kulit. Tak ada bahan yang memudaratkan.  Tak perlu risau kesan sampingan. Ada kelulusan KKM. Pengasas produk ni seorang ahli farmasi bertauliah. So tak perlu risau bila guna Produk Vitamin C Series by Annoa.

Kalau ada yang nak cuba guna produk Vitamin C Series by Annona, boleh whatsapp saya sebab saya jual produk-produk Vitamin C Series tu. Untuk yang kulit kering macam saya, memang saya sarankan sangat guna produk Vitamin C Series sebab produk ni tak mengeringkan kulit dan ada hyaluronic acid yang sangat bagus untuk jaga kelembapan kulit. Untuk kulit normal, berminyak dan sensitif pun boleh guna produk Vitamin C Series. InshaAllah produk ni beri manfaat untuk kulit.

www.wassap.me/zilamahadi