Sudah 34 minggu. Total berat bertambah since disahkan mengandung = 13.9kg. Saya sudah gemuk.  Haih~~

Nurse kata, by 40th weeks, total berat yg naik sepatutnya  12.5kg sahaja, tp saya baru 34 minggu dah terlebih berat macam nih. 6 weeks to go before bersalin. Agak-agak baper la berat saya time nak bersalin nanti.. Patutla jalan sikit jer dah mengah, dah nama pun overweight!

Nurse risau tengok berat saya naik banyak and kaki pulak makin menggebu dan kembang.Bila nurse risau, saya lagi risau. So, dia suruh saya check bp 2 kali seminggu. Mengadap la saya ke KK setiap hari selasa ngan khamis sbb nk check bp sahaja. huhu. Seb baik tak kena minum air gula. Ngeh ngeh ngeh.

Ramai yang kata, normal la berat naik bila mengandung.. But for me, still pelik sebab saya makan tak banyak. Serius la..sama jer macam before kawin dulu. Saya species yang makan sikit, sebab tu dulu-dulu saya ni dikategorikan underweight. Then how come sekarang leh jadi overweight?? Mana datang berat berlebihan ni haaa?? Punya la takut naik berat badan berlebihan, kadang-kadang saya sanggup tahan lapar. Bila En suami tahu, sure kena paksa makan sebab dia kata nanti baby lapar!Yer..baiklah. Takperlah saya gemuk, yang penting baby dalam perut kenyang. Jadi marilah kita melahap banyak-banyak.

Apart from saya sudah gemuk, alhamdullillah, baby sihat kat dalam ni. Baby dalam perut ni macam berat sikit tapi tak confirm sebab doktor kata mesin scan kat KK tu tak berapa accurate. Ada ralat. Plus minus 300gm. Takper-takper, nanti by 36th weeks nak gi scan kt PMC, nak wat scan 3D sekali sebab nak intai muka baby. Before this dah buat, tapi baby tutup muka ngan tangan dia pulak. malu ke baby?? Next scan harap-harap baby tak tutup muka lagi. I really wanna see ur face la baby.