I am already 38th weeks pregnant. Bak kata orang..dah tengah tunggu hari je ni. Tapi rasanya, lambat lagi baby keluar. Sebab, lom ada tanda-tanda nak bersalin.  Maybe baby lom sedia and seronok dok dalam perut. Takperlah. Yang penting baby sihat. Selagi doktor kata lom overdue, saya ok jew.

Checkup kat KK pun, nurse kata ok..so far so good. Berat badan saya naik, owhhh itu bukan perkara baru.  Makan sikit, naik banyak. Nyampah! Huh!

Bila kandungan masuk jer 35th weeks hari tu, seminggu sekali saya akan jalan-jalan pusing taman. Bukan taman rekreasi/ taman tasik tuh. Tapi jalan pusing taman perumahan ni jer. Dah habis pusing taman sendiri, gi jalan taman perumahan sebelah pulak. Jalan ngan En Suami. Biasanya kami jalan-jalan pusing taman ni dalam 20 – 30 minit. Tu pun dah mengah-mengah. Jalan pun slow jer. Sakit pinggang, sakit kaki, sakit bontot. Tapi tak pedulik..tetap nak exercise. Kan orang kata, kalau dah dekat nak bersalin tu, banyakkan berjalan, so that senang bersalin.. Bak kata omputih: Exercising is good to your health and to prepare your body during/after labor. Jadi, mari la kita jalan-jalan. Tapi tak sanggup la nak buat hari-hari.. huhuhu…

Ala..wat kerja umah hari-hari pun kira exercise jugak kan (alasan orang malas exercise nih) Hihihi. Eh..penat tau wat kerja umah time mengandung ni…kan kan kan…