Alhamdullilah..Adam Zafrie dah 5 bulan dah..atau kata lainnya dah 5 bulan saya jadi mak orang. Kadang-kadang rasa macam tak percaya jer..Eh? Aku ni dah jadi mak orang? Tahun lepas baru jadi isteri orang, tup tup tahun ni dah jadi mak orang.  Eh? Hihi.

Anyway, this is the boy, the 5 months old Adam.

Makin lasak..Makin banyak akal. Makin galak main. Ni rupa dia atas riba dalam keta.

Tataw diam. Dalam keta pun dia boleh melasak sampai macam tuh. Balik umah mak saya baru-baru ni, dari Kedah ke KL, 7 jam jugak lar saya dok bergaduh ngan dia dalam keta suruh dak kecik ni duk diam. On the way balik Kedah pun macam tuh. Haih..letih.

Time breastfeed dia pun, dak kecik ni tataw diam. Kaki tu sibuk lar menendang-nendang. Kadang-kadang mulut pun tataw diam. Tengah menyusu pun nak berbunyik..Eemmm..emm..emmm.. Sedap sangat minum susu agaknya.

Tu baru dok atas riba, lom dukung lagi. Bila didukung, Adam cukup suka tarik rambut, tarik tudung. Takder makna nak pakai selendang lilit-lilit nih. Tak sampai 15 minit, selendang dah rupa kain buruk jer atas kepala. Selebet serabai. Hai la Adam..Mummy baru jer berangan nak berstyle ala-ala hijabster tau. hiks!

Apa lagi dak kecik ni suka buat? Ha.. dia cukup suka gigit tangan dia. Bukan hisap yer..gigit. Kalau dapat gigit tangan/jari orang lain, laagi dia suka. Dia gigit geram-geram.  Bagi teether, tak mo pulak dia gigit. Dia nak gigit tangan jugak. Macam dah gatal gusi nak tumbuh gigi jer. Bila check, takder pun nampak tanda-tanda gigi nak tumbuh.

Bila dia dah syok gigit tangan tuh, habis menjejeh-jejeh air liur dia keluar.  And Adam sekarang cukup suka main air liur,  kadang-kadang sajer jer dia sembur-sembur keluar air liur dia. Tak kisahlah Adam..janji kamu bahagia. Gosh..bila Adam dah besar nanti, sure saya akan rindu moment-moment macam nih.