Adam dah sunat

Assalamualaikum

Alhamdullillah, dah genap seminggu Adam sunat. Adam selamat berkhatan hari Ahad lepas, 21 Jun 2020. Lega rasanya bila dah sunatkan Adam ni tau. Sebab dah lepas dah salah satu tanggungjawab / amanah yang perlu mommy buat untuk Adam.

Dari tahun lepas lagi saya dan suami plan untuk sunatkan Adam. Tapi ada jer kekangannya. Lagipun tahun lepas Adam tu pun macam tak berapa ready lagi.. Everytime kami sebut sunat, memang dia cakap tak nak..kadang tu siap cebik-cebik nak menangis lagi.. So.. plan sunatkan Adam tahun lepas, kami tangguhkan dulu.

Then tahun ni, bila kerajaan umumkan PKP..ada kawan-kawan saya yang sunatkan anak masa PKP.. Yer lah, dah alang-alang tak ke sekolah, pastu tak boleh pulak berjalan kemana-mana..baiklah sunatkan jer anak, pastu duduk rehat jer kat rumah. So saya bagitau suami, jom lah sunatkan Adam tu jugak.

Adam bila tahu kata nak sunat, memang dia cakap tak nak.. Pujuk la macam mana pun..memang tak nak la jugak. Tapi sebab kami dah nekad nak sunatkan Adam.. jadi memang kami book appointment kat klinik. Kebetulan tarikh yang kami book tu, mertua balik Jitra..so mintak tolong Mak Tok Adam tu pujuk Adam sekali. Adam tu kan cucu emas Mak Tok dia..paling manja dengan Mak Tok.. so bila Mak Tok pujuk, dia ok la sikit..

Kami book appointment sunatkan Adam tu pukul 11 pagi. Tapi pukul 12.30 tengah hari, baru sampai giliran Adam.. Tak pasti lah apa fungsi book appointment tu sebenarnya, sebab end up kena tunggu lama. Dah macam walk in jer.

Kemain ramai yang iring Adam sunat

Bila dah sampai giliran Adam, bukan terus khatan yer.. Tak.. mula-mula doktor spray ubat kat zakar, nak bagi kebas dulu.. Bila dah start rasa kebas, doktor pun start explain apa dia akan buat… Doktor guna kaedah clamp dan laser untuk sunatkan Adam. So, dia tunjuk la macam mana dia akan buat proses tu. Bila dah explain semua, barulah dia start sunatkan Adam.

Sepanjang proses berkhatan ni, Adam main game jer kat handphone. Memang doktor suruh bagi Adam tu main handphone, untuk distract dia, tak nak bagi dia tengok proses sunat tu. Takut kang nanti dia panik, meronta-ronta, kang benda lain pulak yang terpotong pulak..

Sunat sambil main game snake

Mula-mula doktor cucuk ubat bius kat kawasan zakar tu.. Masa cucuk ni memang Adam jerit sekuat-kuatnya la.. walaupun dah spray ubat kebas, tapi masih lagi rasa sakit masa cucuk tu. Bila bius dah jalan, Adam pun dah tak rasa apa-apa, doktor pun start la proses berkahatan tu. Saya tengok dari jauh jer. Saya tak sanggup nak tengok dari dekat. Suami dan Mak Mertua jer yang tengok proses tu semua. Masa doktor potong guna laser, memang berbau macam daging kena bakar/ salai tau. Hui..ngeri sungguh rasanya

Lebih kurang 30 minit jugak proses berkhatan ni. Dah siap potong, kena jahit pulak.. Sepanjang jahit Adam tu asyik tanya dah ke belum..dah ke belum.. Haih… Siap jer jahit, nurse pun pakaikan underwear khas untuk khatan. Underwear ni ada cup kat bahagian depan..so takder lah luka tu bergeser dengan kain. Bila dah pakai underwear ni, boleh terus sarung seluar. Tak perlu dah kain pelikat. Tak perlu nak gantung kain pelikat lagi.. Hehehe

Underwear khatan
Lepas sunat, bergambar dengan doktor

Sampai rumah, bila bius dah start hilang..Adam merengek-rengek kesakitan. Walaupun doktor ada bekalkan ubat tahan sakit, tapi ubat tu tak boleh bagi selalu kan.. Malam tu, Adam memang susah nak tidur sebab sakit.. Jenuh pujuk dia tidur.. pukul 1 pagi baru tertidur..tu pun sebab kepenatan sangat. Esoknya baru lah Adam tu ok sikit..

Sementara nak tunggu luka sunat tu sembuh, En Suami yang uruskan Adam pergi bilik air.. Tak kira la, Adam tu nak kencing ke, berak ke, mandi ke..semua En Suami uruskan. Setiap kali lepas Adam guna bilik air, luka sunat Adam tu kena spray dengan antiseptic dan sapu ubat. Tu semua En Suami yang buat. Saya ni jangan kata nak sapu ubat,nak tengok pun tak sanggup. Ngeri nau.

Ubat spray dan ubat sapu

Adam tu pun ngeri tengok luka sendiri. Tu yang tiap kali kencing ke berak, En Suami yang basuhkan. Time mandi, Adam tu siap pakai goggle sebab dia tak nak tengok luka sunat dia. Pelik nau perangai dia tu tau

Nak mandi pun kena pakai goggle

Now dah hari ke 7, luka sunat dia masih belum kering lagi..tapi Adam tu asyik la ajak keluar, ajak beli hadiah sunat dia.. Dah tak sakit katanya.. Tapi time nak kencing, nak mandi, semua suruh daddy yang buat.. sebab sakit…. Haih.. kalau sakit, duduk diam-diam jer la kat rumah Adam oi… tak lari mainan kat kedai tu lahhhhh. Geram betul tengokkan.

Total caj untuk Adam berkhatan RM299. Caj ni termasuk servis khatan, bius, ubat dan sehelai underwear khatan. En Suami tambah lagi 2 helai underwear khatan, jadi total semua sekali RM339. Ada jer klinik lain yang tawarkan harga lagi murah, tapi servis khatan kat klinik tu , hujung tahun sahaja. Takperlah bayar lebih kat klinik ni, janji Adam tu dah settle sunat.

Hujung minggu ni, ada family trip ke Lumut. Tak tahu lah luka Adam tu sempat sembuh ke tak… Kalau belum sembuh, tak payah mandi laut lah Adam oi.. duduk tepi pantai jer main pasir ngan Aiza. Heheheheh

Adam Zafrie lepas seminggu sunat. Muka terpaksa ambil gambar.