Sabtu lepas, 31 Mei 2014 celebrate Birthday Adam yang kedua. Birthday Adam 3 June sebenarnya, celebrate awal sebab 3 June tu Selasa.. Laki ku koroje. Lagipun nak sambut kat umah mak..kalau boleh biar lar semua ahli keluarga ada… hehehe. Takperlah Adam yer..kita sambut awal 4 hari. Boley je…

Buat majlis kecik jer..memang family members jer ada. Maaf sangat, tak dapat nak jemput kawan-kawan..sebab bajet ciput. InsyaAllah jika ada rezeki lebih, tahun depan upgrade sikit majlis Harijadi Adam, leh jemput ramai-ramai datang makan-makan.

Malam before birthday Adam, kena call mak dulu..to make sure semorang ada kat rumah.

Saya: “Hello mak, esok nak sambut birthday Adam umah mak yer.”

Mak: “Ha..yer lah”

Saya: ” Mak masak bihun goreng tau”

Sebelum letak phone, harus lah order makanan dulu.  Takkan nak makan kek ngan cookis jer.  Kek dan cookies pun beli sebab saya adalah malas masak. Lagipun mak saya masak sedap. saya masak tak sedap. Hehehehe.

Nak taip panjang-panjang mcm malas (hari-hari malas jer Mummy Adam ni). Jadi layan gambar jer lar yer.

Kek Birthday Upin Ipin Khas untuk Adam

Kek Upin Ipin Khas untuk Adam

Kek Birthday Adam - Tema Upin Ipin Rainbow

Kek Birthday Adam – Tema Upin Ipin Rainbow

Kombinasi luar Rainbow, dalam coklat.

Luar Rainbow, dalam coklat. Heaven.

 

Deko birthday yang simple. Tahund epan leh recycle decoration nih. hehehe

Deko birthday yang simple. Tahun depan leh recycle decoration nih. hehehe

Mummy, Daddy and Adam Zafrie

Mummy, Daddy and Adam Zafrie

Mummy, Daddy and Adam Zafrie

Kami bertiga

Pujuk Adam Potong Kek

Pujuk Adam Potong Kek

Sebenanrnya di hari kejadian, Adam bad mood. Sebab kena bangun pagi.  Dah tu Mummy nak kena gi amik kek Adam wei.. Dah janji ngan Acik kek tu nak ambik pagi, jadi kena lar bangun awal pagi. Saper suruh tidur lambat..

Birthday Boy Cranky

Ala..buat muke sedih cebik-cebik

Birthday Boy Cranky

Birthday Boy Cranky

Jenuh nak pujuk. Hehehe. Seb baik cranky tak lama. Once mood okay, elok je rmain belon..maka kitorang bersenang lenang melantak dengan jayanya. hahaha.

Apsal gambar kitorang jer yang ada? Yang lain tak mo bergambar, sebab memasing tak pakai tudung, muka selebet pastu belasah makan kek, makan bihun. Dah, tak yah amik gambar, kang terkejut orang tengok. Hehehe

In case ada yang nak tempah kek sedap untuk apa-apa majlis, saya memang rekomen tempah kek kat Sedap-Sedap Belaka.   Harga pun berpatutan. Bagi saya kira murah lah untuk kek custom made macam ni. Design kek ni memang saya request nk macam ni, Saya request kek UPIN IPIN. Nak kek coklat, hiasan rainbow. Hasilnya: memang memenuhi permintaan, Rupa cantik, rasa pun sedap. Puas hati sangat-sangat. Even my mom yang cerewet tu pun kata kek cantik kek sedap. Kek tebal. kenyang makan. My family pun semua kata sedap lah. Hehehe.

Sekian lah update ringkas birthday Adam Zafrie yang kedua. InsyaAllah jika panjang umur, murah rezeki.. akan ada lagi birthday Adam yang ketiga dan seterusnya… Aaamiinn.

Adam is 2 years old now. Budak terlebih manja dengan Daddy.

Adam is 2 years old now. Budak terlebih manja dengan Daddy.