Assalamualaikum,

3 Jun 2015 yang lepas, Adam Zafrie genap 3 tahun. Dah 3 tahun dah manja Mummy ni.. Cepatnya!! Tak lama lagi dah nak jadi abang dah..  Sobs!! Saya memang sebak lah tiap kali tengok Adam membesar.. Ntah apa-apa jer kan..

Nowadays, Adam kemain manja ngan daddy dia. Sikit-sikit daddy, apa-apa hal daddy.. Time tidur jer nak ngan mummy. Memang sejak preggy ni, saya kurang layan Adam sebab tak larat lah. Adam main lasak sangat. Risau jer terkena perut. Sebab saya kurang layan Adam lah, makanya Adam dah tak berapa manja ngan saya..Dia manja ngan daddy jer.

Risau jugak, lepas baby lahir, mesti saya akan spend masa lebih kat baby. Takut time tu Adam dah tak nak ngan saya. Huwaaaaa!! Nanges mummy  ni nanti Adam, Adam tak nak kawan mummy lagi. huhuhuhuhu

Eh..apa pulak saya merepek ni. Jom lah sambung kisah birthday Adam.

Untuk birthday Adam kali ni, saya belikan hadiah Robocar Poli. Order online. Sehari sebelum birthday Adam,  robocar poli dia tu sampai. Maka,  Adam merasmi hadiah birthday awal sehari.  Hadiah Adam ni saya beli kat geng gojes jugak. Kedai online dia nama Fingertips Shops.  Tapi masa saya beli tu pre-order. Tak sure sekarang ada ready stock ke tak. Kot ada yang nak beli robocar poli untuk anak, boleh pm kat page fingertips tu lah yer. .

Adam tak sabar bukak hadiah

Adam tak sabar bukak hadiah

Set Robocar Poli untuk Adam

Set Robocar Poli untuk Adam

Suka betul dia dapat robocar poli tuh. dah banyak kali dia mintak, sajer jer tak layan sebab memang plan nak bagi time birthday dia. Bila dah dapat tu, memang tak lepas lah. Kemana-mana dia bawak robocar poli tuh. Gi mandi, gi jalan, time tidur pun dia angkut robocar poli tu naik atas katil.

Pegi kedai makan pun bawak robocar poli

Pegi kedai makan pun bawak robocar poli

Untuk birthday Adam pulak, kitorang celebrate simple jer.. Plan asal nak celebrate ramai-ramai kat rumah mak saya, tapi last minit atas sebab yang tak boleh dielakkan. ..terpaksa celebrate sendiri jer. Kesian Adam.. huhuhu.

Kat rumah mak saya, ada ayah saya jer. Jadiklah. Kita makan kek ngan atuk yer Adam..

Kek Birthday Angry Bird untuk Adam

Kek Birthday Angry Bird untuk Adam

Tema untuk birthday Adam kali ni, Angry Bird..Oleh sebab sambut ala kadar, makanya beli kek Angry Bird jer lah. Deko-deko semua takder, cancel.  Kek ni tempah kat jiran kampung En Suami. Sebenarnya saya nak design lain, tapi dapat design gini pulak. Takperlah, cantik jugak. Cuma agak kecewa, saya order kek moist choc cake with choc ganache filling. Tapi kek yang kitorang dapat, kek coklat biasa, filling whipped cream biasa. Mungkin miscommunicate kat mana-mana. Huhuhu. Malas nak panjang citer. Lagipun dia bagi diskaun, so terima jer lah.

Birthday Boy, Adam Zafrie

Birthday Boy, Adam Zafrie – 3 years old

Jom potong kek

Jom potong kek

Adam kemain seronok tengok atas kek dia ada Angry Bird. hehehe. Tahun lepas, celebrate birthday, Adam meragam, mengamuk. Tahun ni, alhamdullilah, dia seronok. Walaupun tak meriah, Adam still enjoy makan kek suap-suap ngan atuk kan. hehehe

InshaAllah next year, kita buat meriah sikit yer Adam yer. Kalau ada rezeki lebih, kita leh ajak ramaaaai orang datang birthday Adam.