Assalamualaikum

Ahad lepas, 3 Jun 2018 Adam Zafrie genap 6 tahun. Hari Ahad tu Aiza tiba-tiba demam panas, jadi saya dan En Suami fokus kat Aiza, terus tak teringat hari tu birthday Adam. Malam tu baru saya teringat. Tapi sebab saya dan sumai memang dah plan awal nak sambut birthday Adam lepas raya jer, jadi saya diam jer lah.

Esoknya, Isnin, balik tadika, Adam tu tanya kat daddy dia. “Eh daddy, hari ni birthday Adam kan?  Mana kek Adam. Pastu Adam nak play Angry Bird dengan Transformers. Bila nak beli kek nih?”

Lepas tanya daddy dia, dia tanya saya pulak. Kek dia mana. Ah sudah.. ni nampak gayanya kena beli kek jugak lar nih. Cuma yang pelik, cemana dia tahu birthday dia nih? Budak tu bukan faham sangat konsep tarikh lagi. Bila tanya saper bagitahu birthday dia, dia kata tak tahu. Adam tahu sendiri lah. Eh.. tak percaya pulak mommy nih. Takkan cikgu dia bagitahu? Tak logik pulak kan.. Kenapa pulak cikgu dia nak remind birthday time bulan posa ni kan..

Oleh sebab Adam dah tahu birthday dia, jadi petang lepas Asar, kami pun keluar beli kek. Ingatkan nak beli kek kecik jer lah.. sebab nak makan 4 beranak jer kan. Sekali tu kat kedai kek tu ada kek Lightning Mcqueen pulak. Kek tu besar ok. 1.5kg! Beria saya pujuk ambil kek kecik yang 0.5kg jer.. tak mahu jugak budak Adam tu. Padahal ada jer kek kecik yang hiasan dia comel-comel. Dia nak jugak kek besar Lightning Mcqueen tuh. So, macma biasa, daddy kalah ngan anak, jadi dia belikan lah jugak kek besar gabak tuh

Kek Birthday Lightning Mcqueen

Kek Birthday Lightning Mcqueen

Lepas berbuka dan solat maghrib, kami pun celebrate la birthday Adam walaupun lewat sehari. Pasang lilin, nanyi lagu happy birthday lepas tu tiup lilin.

Pasang lilin 6 batang

Pasang lilin 6 batang

Tapi lilin tu pelik ok, tak mahu padam. Bila ditiup, dia padam. 2 saat lepas tu dia menyala balik. Berkali kali jadi macam tu. Saya geram, saya cabut jer lilin lilin tu, campak dalam sinki, terus siram ngan air. settle.

Lepas tiup lilin, potong kek, makan kek. Kek coklat strawberry. Sedap jugak kek tu, cuma saya tak suka sangat kek strawberry.

Potong kek

Potong kek

Kek strawberry coklat

Kek strawberry coklat

Sambil makan kek,  budak-budak tu berlari kesana kemari main benda tiup-tiup. Baru makan dua tiga suap, Adam tu dah sibuk ajak main bunga api pulak. Ni kek banyak-banyak saper yang nak habiskan? Haihh..

Tak cukup satu, dia tiup sekali dua.

Tak cukup satu, dia tiup sekali dua.

Lepas potong kek, main bunga api lar pulak

Lepas potong kek, main bunga api lar pulak

Aiza pun join sekali main bunga api

Aiza pun join sekali main bunga api

Ha.. tu jer lah cerita birthday Adam tahun ni. Oleh sebab dah celebrate birthday dia bulan puasa ni, jadi plan asal nak celebrate birthday dia lepas raya kat tadika kena direview semula. Tapi..Adam tu ada juga sebut sebut nak potong kek kat sekolah. Sebab kawan kawan dia celebrate birthday kat tadika. Tu yang dia nk celeberate jugak kat tadika tu. Tengoklah nanti macam mana.

Tapi Adam tu sejenis yang tak lupa benda-benda macam ni. Jangan lah memandai berjanji itu ini dengan Adam. Memang dia tuntut. Bulan lepas, dia dah habiskan baca buku 8 siri Bacalah Anakku tu.. jadi dia tuntut nak beli Optimus Prime sebab daddy dia janji habis buku 8, beli mainan. Kat Alor Setar kami pergi 3 shopping complex. Tak ada Otimus Prime yang Adam dan Daddy berkenan. Ada yang Adam suka, tapi harga mahal sangat tak masuk akal. Tak jumpa kat Alor Setar, Daddy sanggup lah bawak pergi cari kat Sg Petani pulak. Kat Sungai Petani, kami pergi 2 shopping complex. Sama jugak. Tak ada yang daddy berkenan (sebab mahal sangat).

Sudahnya, pergi Tesco jer. Ada jer Optimus Prime, tapi yang tiruan lah. Last-last Adam tu ambil robot lain jer. Ntah la apa nama, tapi robot Transformer la jugak. Bukan Optimus Prime. Nasib baik dia dah tak tuntut lagi sebab dia sendiri dah kepenatan cari Optimus Prime.

Makin besar, entah kenapa Adam makinnnn menguji kesabaran. Sampai sekarang masih suka cakap jerit-jerit. Ntah lah kenapa. Padahal boleh jer cakap elok-elok, tapi dia suka jerit-jerit. Makin besar makin kuat melawan. Memang sunguh-sungguh menguji kesabaran. Haihhh

Mommy doa banyak banyak, biarlah Adam ni kecik-kecik susah bela, tapi bila dah besar nanti mommy harap sangat Adam jadi anak yang baik budi pekerti, yang mendengar kata, yang hormat dan yang sayangkan mommy, daddy dan Aiza.

Mommy, Daddy dan Aiza sayang sangat dengan Adam Zafrie. Tahun ni sambut birthday Adam, tak ada gambar 1 family. Mommy lupa. huhuhu