Assalamualaikum

3 Jun lepas, Adam Zafrie genap 8 tahun. Alhamdullillah. Jadi nak cerita kat sini, sambutan harijadi Adam Zafrie yang ke lapan…

Dari bulan lepas lagi Adam tu dah sebut-sebut birthday dia. Asyik sebut kek birthday, hadiah birthday, siap tanya nak sambut kat mana.. Adoi.. sambut kat rumah jer lah Adam oii..mana boleh berjalan masa PKP ni.. Hadiah birthday Adam tu pun terpaksa beli online jer..

Mula-mula kami ingat akan sambut birthday Adam berempat sahaja. Rupa-rupanya mertua saya balik Jitra sebab bapa mertua saya ada appointment di Hospital Alor Setar. Rezeki Adam dapat sambut birthday dengan Mak Tok dan Tok Wan sekali. Kemain seronok dia. Maklumlah.. Adam tu cucu emas Mak Tok dia tu.

Birthday boy Adam Zafrie

Kek Adam

Cuba tengok kek Adam. Bukan macam ni tau yang saya mintak baker tu buat. Saya mintak deco lain..tapi dapat yang macam ni. Dah la baker tu lambat siapkan kek, buat pulak kek macam ni. Adam pun pelik tengok kek dia macam tu. Memang drama la saya pagi birthday Adam, marah sangat saya dengan baker tu. Walaupun berkali kali dia minta maaf, tapi ntah la..rasa susah sangat nak lega perasaan marah tu. Memang kecewa sangat-sangat la dengan baker tu.

Tapi masa sambut birthday Adam, saya tak tunjuk la dekat Adam perasaan moody saya. Saya cuba untuk let go jer perasaan kecewa saya. Lagipun, Adam pun ok tengok kek dia macam tu.. So saya pun ok la juga… Bila semua dah ready, kami pun teruslah sambut birthday Adam…

Lepas nyanyi lagu birthday, acara bagi hadiah pulak..Banyak la hadiah yang Adam dapat sebab Mak Tok dan Tok Wan pun bagi hadiah jugak…

Hadiah dari Tok Wan
Hadiah dari Mak Tok
Hadiah dari Mommy Daddy
Hadiah dari Aiza (walaupun daddy yang beli hadiah tu.. hehehehe)

Lepas acara bagi hadiah, acara makan makan pulak..Selain kek, ada pizza dan nasi arab.

Kek, pizza, nasi arab, buah mangga.

Alhamdullilah, kek sedap. Kena dengan tekak saya. Terus hilang rasa marah dengan baker.

Walaupun deco fail..tapi rasa kek memang sedap

Adam tu pulak, bila dah dapat hadiah, sibuk belek hadiah jer lah. Kek dia pun Adam dah tak pedulik.

Seronok dapat Lego

Dari bulan lepas lagi Adam tu dah berzikir nak hadiah birthday Lego Spiderman. Tu yang kemain seronok dapat 2 lego Spiderman. Haih… yang benornya mommy tak suka mainan lego ni tau… sakit mata betul tengok lego kecik-kecik tu bersepah sepah sana sini . Tapi dah Adam suka, terpaksa lah mommy pasrah…

Dah 8 tahun dah umur Adam tu. Dah Darjah 2. Tapi, disebabkan PKP, dah 3 bulan sekolah di Malaysia ditutup. Dan selama tu jugalah Adam dan Aiza, tak kesekolah.. tak jumpa kawan-kawan. Duduk terperap jer kat rumah. Kesian tengokkan anak-anak.

Mommy risau juga tentang pembelajaran Adam ni. Mommy bukan pandai sangat mengajar anak-anak. Asyik menjadi naga dan singa jer. Kurang kesabaran mengajar anak-anak. Profession guru sangatlah tidak sesuai untuk mommy. Jadi daddy lah yang banyak mengajar Adam…tu pun kadang2 tinggi juga suara daddy tu mengajar Adam.

Ntahlah bila sekolah akan dibuka semula. Bila dah boleh start sekolah nanti, mommy harap Adam boleh catch up dan tak ketinggalan.