Assalamualaikum

Alhamdullilah, Aiza dah selamat disunatkan rabu lepas. Lambat sikit sunatkan Aiza sebab asyik bertangguh jer, pastu lupa. Huhuhu. Agaknya Allah nak ingatkan saya yang asyik bertangguh sunatkan Aiza, dibaginya saya batuk selsema. Huhuhuhu.

Alang-alang gi klink jumpa doktor nak amik ubat batuk selsema,  kita sunatkan  Aiza sekali.   Sunatkan Aiza kat klinik  yang sama saya buat checkup masa ngandungkan Aiza dulu, Klinik  Impian Ehsan kat Balakong. Klinik ni memang klinik untuk ibu mengandung dan keluarga.

Tunggu turn nak bersunat

Mommy ngan Aiza tunggu turn nak jumpa doktor

Masa sunatkan Aiza, saya tak tengok pun. Saya adalah seram dan ngeri. Lebih baiklah suami yang tolong pegang Aiza masa proses sunat tu. Saya dok kat belakang jer. Yang sunatkan Aiza doktor perempuan. Memang kitorang nak doktor perempuan yang sunatkan Aiza.

Doktor tengah sunatkan Aiza

Doktor tengah sunatkan Aiza

Yang baju hitam tudung  purple tu lah doktor yang sunatkan Aiza. Baju biru tu assistant doktor. Kejap sangat proses sunat baby perempuan ni. Lebih kurang seminit jer ha. Somi kata potong sikit jer kat hujung. Time disunatkan tu jer Aiza nangis, lepas pakaikan pampers, Aiza dah ok.. dah diam. Tapi still sedih cebik-cebik lah.. Aiza kalau sedih,memang pandai buat muka cebik-cebik dia tuh. Bila letakkan Aiza dalam stroller, terus jer dia ok, sambung main sembur air liur.

512af4b1-9ecb-4003-8600-b73cf6304fd4

Aiza yang suka menyembur

Aiza sekarang ni kuat menyembur oiii.. Suka sangat main air liur, sampai basah-basah baju dia ngan air liur. Muka pun penuh ngan air liur. Orang kata kalau baby menyembur, rambut mak baby nanti gugur. Memang betul lah tu. Berterabur rambut saya gugur kat rumah. Sedih betul tengok rambut di sana sini. Adam dulu pun cenggitu jugak. Masa tengah kuat menyembur main air liur, memang berterabur jugak lar rambut mommy  gugur. Huhuhuhu.

Lepas sunatkan Aiza, gi kedai makan kat sebelah klinik. Mommy adalah lapar kebulur. Pekena western kat situ. sedap jugak.

Lamb Chop

Lamb Chop

Balik dari klinik, malam tu..saya demam pulak. Aiza yang sunat, mommy dia pulak yang demam. Huhuhuhu.

Anyway, kalau ada saper-saper area sini (Seri Kembangan dan Balakong) yang tengah cari klinik untuk sunatkan baby perempuan, saya rekomen Klinik Impian Ehsan kat Balakong ni. Tak mahal pun. Caj bil semua sekali termasuk ubat batuk ngan selsema saya RM60.

Iklan:

Nak beli Ephya kolagen dengan harga diskaun? Klik sini