Assalamualaikum

Makin lama makin teruk sangat tahap kerajinan saya update blog ni. Huhuhu. Ada banyak benda yang saya nak cerita kat blog ni  sebenarnya, tapi saya cerita pasal Aiza kena pneumonia dulu lah.

Aiza kena pneumonia bulan lepas. Lepas raya haji. Rasanya berjangkit dari Adam sebab Adam tu yang demam dan batuk batuk dulu. Seminggu lebih jugak Adam tu demam dan batuk selsema. Tapi on off. Kejap ok, kejap tak ok. Hari ni dia demam. Esoknya elok main lompat-lompat. Kang malam lembik balik. Adam start demam dan batuk batuk dari 19 August, sebelum Raya Haji lagi. Tapi masa kami balik dari Taiping, 25 August tu yang nampak Adam betul betul lembik. Dalam kereta dia tidur jer. Aiza pulak masa ni dah start dedar dah badan dia.

Esoknya, 26 August, Aiza start demam.  Adam pulak dah tak demam. Cuma masih batuk selsema. Masa ni Aiza ni masih boleh main main lagi dengan Adam walaupun demam. Suhu badan dia pun tak panas sangat. Tapi bila malam, badan Aiza dah start panas. Masa ni dia dah start lembik. Tak nak main. Baring jer merengek-rengek, batuk batuk. Esoknya pun sama. Memang tak nak bangun langsung. Tapi nasib baik dia masih  ada selera nak makan. Dia cuma bangun untuk makan jer. Lepas tu sambung tidur. Tapi tidur tak lena mana la..sebab asyik batuk batuk jer. Malam tu, saya perasan nafas Aiza laju. tak sedap hati, terus bawak pergi emergency kat Hospital Jitra sebab hospital tu dekat sangat ngan rumah. Kat hospital, doktor check suhu, dengar nafas Aiza pastu suruh Aiza amik neb (nebulizer).

First time Aiza amik neb, memang jerit-jerit la dia. Takut agaknya. Lama-lama dia ok. Lepas amik neb, doktor just bagitau kalau nafas anak laju lagi, datang lagi amik neb. Pastu dia suruh continue jer bagi Aiza ubat yang sedia ada kat rumah. Tu jer. Doktor tak explain apa-apa pun kat kitorang. Blur jer kitorang laki bini.

27 August, Aiza masih demam panas lagi. Batuk-batuk tak berhenti. Kami bawak pulak Aiza pergi klinik swasta. Kat klinik ni, doktor memang check detail. Dengan Adam sekali doktor check sebab Adam masih batuk selsema.  Tapi Adam tu tak teruk macam Aiza.

Doktor kata  paru paru Aiza ada bunyi sikit. Ada bunyi crackle kat paru paru Aiza  bila dia bernafas. Tengok pada simtom -simtom Aiza, doktor syak Aiza kena pneumonia. Radang paru paru akibat dari jangkitan kuman. Jadi doktor bagi antibiotik, ubat batuk, ubat pecah kahak, ubat demam ngan ubat ubat selsema. Dan Aiza kena ambil neb 3 kali sehari. So berulang lah kami ke klinik tu 3 kali sehari untuk bagi neb kat Aiza. Neb kat klinik ni gas oksigen sekali dengan ubat. Doktor masukkan ubat dalam neb tu sebab doktor nak pecahkan kahak yang berkumpul kat paru paru Aiza. Kahak tu yang buatkan paru paru berbunyi dan nafas Aiza jadi laju.

First day neb kat klinik swasta. Masa ni Aiza memang lembik sangat

First day neb kat klinik swasta. Masa ni Aiza memang lembik sangat

Doktor kat klinik tu tak advise Aiza masuk wad sebab kat hospital sebenarnya lagi banyak kuman. Lagi tinggi risikonya kalau kuman tu kena kat Aiza. Rawatan kat hospital pun cuma neb dan antibitiok yang masuk melalui drip. Oleh sebab simtom Aiza tak teruk sangat, dan Aiza pun masih ada selera nak makan dan minum, jadi better rawat kat rumah. Suap sendiri antibiotik tu kat Aiza, pastikan Aiza minum air banyak, pastu kena berulang ke klinik amik neb. Kami pun prefer macam tu. Sebab nya lagi leceh kalau duduk kat wad tu kan. Tahun lepas masa budak-budak tu kena Influenza A pun sama. Tak masuk wad sebab tak teruk sangat. Kami rawat kat rumah jer.

Ubat Aiza masa kena pneumonia

Ubat Aiza masa kena pneumonia

29 August, waktu malam lepas ambil neb, doktor yang check Aiza tu kata Aiza ada banyak improvement. Bunyi crept/crackle kat paru paru Aiza dah semakin kurang. Demam Aiza pun dah tak tinggi sangat macam sebelum ni. Aiza pun dah tak lembik.  Suhu dia pun dah tak panas sangat. Alhamdulillah

31 August, hari last Aiza ambil neb. Masa ni Aiza pun dah tak demam dah. Tapi doktor nak pastikan lung dia betul betul clear, jadi ambil neb lagi untuk kali terakhir. Lepas last neb, doktor check kata almost dah tak dengar bunyi crept tu.

Amik neb last. Mentang mentang dah sihat, amik neb pun boleh main main lagi

Amik neb last. Mentang mentang dah sihat, amik neb pun boleh main main lagi

Oleh sebab paru paru Aiza dah dijangkiti kuman, jadi  ambil masa 6 bulan untuk bagi paru-paru Aiza kuat balik. Dalam masa 6 – 12 bulan akan datang, kami kena elakkan Aiza dari kena batuk selsema lagi. Sebab kalau kena, memang teruk paru-paru Aiza tu nanti. Jadi tempat yang berpotensi untuk dapat penyakit batuk selsema ni, macam indoor playground atau kawasan sesak macam pasar malam tu semua memang kami akan cuba elakkan. Asap rokok pun kena jauhkan dari Aiza sebab paru paru dia lemah lagi.

Kami siap beli air purifier baru sebab air purifier lama dah rosak. Beli yang jenama Sharp jer.  Jadiklah. Yang penting air purifier Sharp ni ada HEPA Filter untuk tapis udara. Lagipun Adam tu kan ada alergi, jadi memang perlu ada penapis udara ni. Sebelum ni asyik bertangguh jer nak beli air purifier baru, bila Aiza dah kena pneumonia ni, memang En Suami terus beli jer yang air purifier baru. At least bila kat rumah, udara tu bersih sikit bila pasang air purifier nih.

Air purifier

Air purifier jenama Sharp

Pneumonia pada kanak-kanak memang bahaya terutamanya kanak-kanak bawah 2 tahun. JIka tidak dirawat dengan betul, boleh menyebabkan kematian! Sebab tu penting untuk ambil vaksin pneumococcal. Sebab vaksin ni boleh kuatkan antibodi badan anak-anak melawan virus punca pneumonia. Adam dulu kami bawak dia pegi klinik swasta untuk ambil vaksin ni. Tapi Aiza kami tak bawak dia pegi ambil vaksin ni. Memang nampak tau beza dia. Rasanya Adam tu pnemonia jugak dan Aiza tu berjangkit dari Adam. Tapi Adam tu tak teruk sangat sebab dia dah cucuk vaksin. Aiza tak cucuk vaksin.

Korang kalau ada anak kecik bawah 2 tahun, saya advise ambil lah vaksin pneumococcal tu. Buat masa sekarang, kena ambil sendiri kat klinik atau hospital swasta. Maksudnya kena bayar lah. Tak semua klinik atau hospital ada. Kena tanya dulu. Harga dia memang agak mahal. Rm200 keatas. Dengar khabar kerajaan nak bagi percuma vaksin ni nanti, tapi tak tahulah nak laksanakan tu bila. Maybe lagi 3- 4 tahun. Takkan nak tunggu? Jadi kalau ada duit lebih, bawak lah anak ambik vaksin tuh.  Paling penting, jagalah kesihatan anak sebaik mungkin. Info lanjut tentang pneumonia boleh klik sini dan sini.