Assalamualaikum

Aiza Zahiya dah 14 bulan. Adoyai..saya ni asyik bertangguh jer update perkembangan Aiza tau.

Aiza Zahiya 14 Months

Aiza Zahiya 14 Months

Rasa macam banyak sangat yang termiss, lupa nak catat dlm blog nih. Huhuhu.

Jadi sy update yang mana ingat jer lah.

Aiza 14 bulan, ada 4 batang gigi dah. Gigi bawah depan belah kanan tumbuh masa umur dia 12 bulan. Gigi atas depan belah kanan tumbuh masa umur 13 bulan. Gigi  bawah dan atas kiri depan tumbuh masa umur 14 bulan.

Gigi 4 batang

Gigi 4 batang

Aiza masih belum pandai berjalan. Berdiri sendiri pun tak lepas lagi. Masih perlu dipegang.

Kemain lagi berdiri atas meja

Kemain lagi berdiri atas meja

Walau belum pandai berjalan, aiza ligat merangkak / mengesot satu rumah. Kalau tiba2 tak nampak dia, carilah dia kat hujung sofa tepi kotak mainan Adam atau dalam bilik tidur. Port feberet aiza lar tu.

Aiza dah pandai dah masuk bilik selongkar barang. Sebelum ni dia selongkar mainan abang Adam jer. Now dia dh pandai masuk bilik selongkar baju Abang Adam ngan pampers pulak. Baju Adam kat rak belah bawah, kemain seronok dia tarik sehelai..sehelai.  Jenuh nak kemaskan balik. Huhuhu

iza-sepah-pampers

Seronok ‘mengemas’ yer dik

Alhamdullilah, Aiza sekarang takder masalah nak makan. Dia dah tahu waktu makan, tengah hari dan petang. Pukul 12 jer dia dah start sebut mamam. Petang pukul 6 pun sama. Sebut mamam mintak makan. Kalau orang makan depan dia pun dia sebut mamam, mintak makan padahal dia baru jer makan. Selagi tak bagi selagi tu dia akan sebut mamam kadang-kadang sampai menangis. Jadi sy cubit lar sikir apa-apa yang saya tengah makan suap mulut dia bagi dia kunyah-kunyah.

Selain mamam, Word baru Aiza, Ma Mak. Everytime nangis, dia akan sebut word ni. Rasanya Ma Mak ni panggilan untuk saya kot? Sebab dia nangis sebut ma mak sambil tangan gapai-gapai panggil saya. Dah kenapa pulak mommy jadi mamak ni? Huhuhuhu.

Dia dah pandai tunjuk kalau nak apa-apa. Contoh kalau dia atas katil kat bilik, dia akan tunjuk pintu sambil bunyi uuu..uu..ha..tu maknanya dia nak keluar dok depan. Kalau dia nak main sesuatu benda, tapi tak boleh nak ambil sendiri, dia tunjuk la benda tu sambil mulut bunyi-bunyi suruh ambilkan.

Handphone lama yang dha tak pakai biasanya Aiza yang buat main. Pandia pula dia gayakan macam tebgah cakap kat telephone. Padahal sya ngan suamai sangat jarang guna phone utk call. Sesekali jer. Tapi Aiza tahu gayakan phone tu utk bersembang. Amboi sangat nih.

Aiza ngan Adam sama-sama takut dengan Tv bila setting TV  lari. Hilang terus siaran, keluar dot-dot hitam putih, pastu bunyi statik yang otomatik jadi kuat giler. Memang menangis ketakutan lar Adam ngan Aiza.

Takut betul Adam ngan Aiza bila TV jadi macam ni

Takut betul Adam ngan Aiza bila TV jadi macam ni

Setting TV tu tiba-tiba jadi macam tu kalau remote TV tu ada yang tekan. Biasanya Aiza la..dia main remote. Dia tekan remote tu sambil halakan ke TV. Terus lar lari mode setting TV tu kan.  Bila dh jaid macam tu, berlari lar adam nangis2 bagi remote TV kat saya suruh betulkan. Aiza pun meraung ketakutan. Takut betul budak2 tu bila TV jadi macam tu.

Ada sekali tu, saya solat dalam bilik. Adam ngan Aiza dok depan TV. Tiba-tiba dua-dua menangis. Pastu Adam berlari masuk bilik tunjuk remote suruh betulkan. Time tu saya dah rakaat akhir, malas lar nak berenti semata-mata nak betulkan TV tu kan. Gigihla saya teruskan solat sambil Adam menangis kat tepi tunjuk remote, Aiza meraung kat depan TV sorang-sorang. Memang dah tak khusyuk lar solat saya tuh. Lepas bagi salam, saya tengok Aiza dah tengah merangkak masuk bilik sambil nangis-nangis. Masa tu serius saya tataw nak kesian ke nak gelak. Kesian..tapi kelakar. Hehehe

Adam dah boleh harap jaga/pujuk Aiza. Kalau Aiza nangis time saya mandi atau solat, biasanya memang Adam akan pujuk. Sayang betul Adam tu ngan Aiza.

kalau Aiza buli Adam, contoh tarik rambut atau ketuk Adam,  Adam tak pernah balas. Biasanya Adam akan cakap aduh adik..sakit..sakit. macam mana kuat Aiza tarik rambut Adam pun, Adam cuma akan nangis2 kata sakit. Memang sakit oii Aiza tarik rambut. Huhuhu.

Harapnya sampai besar lah Adam akan mengalah ngan Aiza. Jaga Aiza. Lindungi Aiza.

Cepat betul budak-budak ni membesar kan..

Adam, Mommy, Aiza

Adam, Mommy, Aiza