Assalamualaikum

30 September 2016, Aiza Zahiya genap 12 bulan. Tapi baru hari ni nak cerita dalam blog. Maafkan mommy yer Aiza..mommy tak sempat. Ada jer benda kena buat. Bila dah lapang, laptop pulak buat hal. Kena format baru. Tu yang jadi lambat update kat blog. Haih..

Aiza Zahiya 12 bulan

Aiza Zahiya 12 bulan

Walaupun tak update kat blog, tak bermakna kami tak sambut birthday Aiza. Aiza Zahiya 1 st birthday celebrate kat rumah mak saya kat Serdang. Kebetulan kakak saya pun balik.. So berkumpul semua anak cucu kat rumah mak.

Celebrate birthday Aiza hari ahad, 2 Oktober. Konon-konon nak celebrate dengan semua sepupu Aiza. Tapi sorang  tak dapat join, sebab kena hfmd. Jadi bapak dia bawak balik rumah dia, kuarantin kat sana. Kesian Mika.

Walaupun cucu mak kurang sorang, tapi tetap  huru hara rumah mak saya masa celebrate birthday Aiza tu. Kemain seronok Adam main ngan anak-anak kakak saya. Bertiga jer pun diorang tu main, tapi huru hara macam 30 orang!

Punyalar risau takut kek ngan air terbalik, lepas kuarkan kek, laju-laju amik gambar, laju-laju potong. Tak sempat nyanyi lagu birthday pun. Hahaha. Makan kek pun laju-laju pastu terus simpan baki kek. Celebrate birthday secara ekspress kekdahnya. Hahahaha.

Dah kata semua kena buat laju-laju, jadi gambar pun tak berapa nak banyak. Ha.. ni jer lar antara gambar 1st birthday Aiza.

Kek Birthday Aiza

Kek Birthday Aiza

Gambar satu family

Gambar satu family

Ni lah dia geng yang menghura-harakan rumah nenek di hari kejadian

Ni lah dia geng yang menghura-harakan rumah nenek di hari kejadian

Potong kek laju-laju

Potong kek laju-laju

Aiza dah setahun.. alhamdullillah..Aiza senang dijaga. Tak banyak ragam.   Cuma Aiza susah tidur lama waktu siang. Jadi susah sikit saya nak buat apa2 kerja  waktu siang sebab kejap-kejap kena layan dia.

Aiza ni  banyak dah akalnya. Antara akal dia

Tepuk muka mommy kejut bangun tidur. Sakit oii. Dia tepuk kuat tau. Kadang-kadang dia tak tepuk muka, tapi dia sepak terajang saya sampai saya bangun. Ni biasanya berlaku waktu malam time tidur. Aiza bangun nak susu, tapi mommy dia tidur mati. Hahahaha.

Kalau dia tak nak makan, kemain lagi pandai palingkan muka.. Jenuh nak memujuk dia makan. Habis comot muka -acahbila dia paling kiri kanan time makan tau. Eee.. geram betul.Dah pandai dah pegang sikat acah-acah sikat rambut sendiri. Tu yang lepas sikat rambut dia, rambut dia jadi kusut masai balik. Sebab dia gi sakit balik rambut tu. Lanak lah nak. Janji bahagia.

Aiza dah pandai sebut mamam bila lapar. Ha..memang rasmi lah, perkataan pertama Aiza mamam. Kah kah kah.  Aiza kalau dengar lagu ke, atau bila saya atau en suami nyanyi, kemain lagi dia goyang-goyang badan dia, menari. dah pandai jugak main ba cak. Aiza tutup muka dengan kain, pastu cak -cak dengan kita. Siap bunyi lagi. Amboi sangat tau.

Tapi Aiza lom pandai jalan lagi. Gigi pun belum keluar. Memng agak lambat lah, sebab dia dah 12 bulan kan..

Bila nak jalan ni dik..

Bila nak jalan ni dik..

Cepatnya Aiza membesar.  Tak terasa dah 12 bulan Aiza lahir. Mommy tak puas lagi tengok Aiza baby tau.. Sedar-sedar Aiza dah setahun. Kenapa cepat sangat ni..huhuhu..

Proses kelahiran Aiza, tak mudah, dan saya pun tak sanggup nak ingat balik. Sebab tu saya belum lagi cerita proses kelahiran Aiza kat blog ni.  Bukan rezeki saya lahirkan anak dengan mudah. Adam pun sama. Masing-masing tak mahu keluar dari perut kot.. Sebab tu dua- dua lahir czer. .

Takperlah, itu bahagian saya. Dan saya bersyukur kerana Allah beri saya peluang jadi ibu kepada Adam dan Aiza.

Semoga Allah lindungi Adam dan Aiza dan panjangkan usia saya suami isteri untuk menjaga dan mendidik Adam dan Aiza menjadi anak yang soleh, beriman dan berjaya dunia dan akhirat.

Adam dan Aiza buah hati mommy

Adam dan Aiza buah hati mommy

Happy 1st birthday Aiza Zahiya sayang..