Aiza Zahiya 2 Months Old

Assalamulaikum..

Isnin lepas Aiza Zahiya genap 2 bulan. Maknanya 2 bulan saya berstatus ibu anak 2.  Kadang-kadang saya memang rasa macam mimpi jer..Hehehehe.

Bila umur baby 2 bulan, kena bawak gi checkup kat KK. Alhamdullilah, berat Aiza naik, BMI pun cantik. Berat Mummy pulak turun.. sama macam sebelum mengandung dulu. Ya.. itu yang kita mahu. Miyahahahaha.

Aiza checkup 2 bulan

Aiza checkup 2 bulan

Aiza sekarang  susah sangat tidur siang. Dari umur dia sebulan lagi, dia dah ada masalah tak leh tidur siang. Serius..waktu siang dia susah sangat tidur. Bila dia tak cukup tidur siang, dia penat,  jadi cranky sangat. Menangis mintak dilayan, didukung. Haih…

Jadi waktu siang saya, dihabiskan dengan melayan Aiza jer lah. Tu yang payah nak update blog. Jangan kata nak update blog, nak buat kerja rumah pun susah. Rumah memang sangat huru hara, macam rupa tongkang pecah jer. Biasanya waktu siang, Aiza tidur dalam 30 minit – 1 jam jer. Waktu tu lah saya curi-curi buat kerja rumah laju-laju atau uruskan Adam.

Tapi.. Aiza sebenarnya baby yang jarang nangis. Yang penting kena dok depan dia,  layan dia. Kemain lagi dia senyum, gelak..siap ajak sembang-sembang lagi. Hehehe.

Main cak-cak ngan Aiza

Main cak-cak ngan Aiza

Adam pulak.. kalau Aiza bangun, cukup suka duduk dekat-dekat ngan Aiza. Main tepi Aiza. Tapi..tak leh biarkan Adam dok berdua jer ngan Aiza, sebab kadang-kadang dia pegang tangan/kaki Aiza tu kuat-kuat..siap nak pusingkan lagi.. Ngeri oiii..takut terseliuh. Huhuhu.

 

Abang usik adik

Abang usik adik

Tapi kan..kesian Adam. Selalu kena marah sebab bising.. Aiza kan susah tidur siang.. Nak dodoikan Aiza tidur kadang-kadang sampai 2 jam tau. Jadi bila Aiza dah terlelap tu.. memang kena betul-betul senyap. Tak nak dia terjaga. Masalahnya, Adam lar..tataw diam. Bila dia seronok main, mesti nak jerit-jerit. Sudahnya, Aiza yang tdur dalam bilik tu terkejut, bangun..nangis. And saya kena pujuk Aiza tidur balik. Tu yang jadi geram sangat ngan Adam, marah- marah dia. Haih…