Assalamualaikum

30 September 2018, Aiza Zahiya dah genap 3 tahun.Β  Tapi kami celebrate birthday dia pertengahan bulan September sebab masa tu adik beradik En Suami semua balik rumah kat Jitra ni, nak buat kenduri akikah untuk anak buah yang baru lahir. Dah alang-alang ramai-ramai berkumpul kat rumah ni, kita sambut lah birthday Aiza sekali, barulah meriah!

Kek kami beli siap kat kedai kek. Dah malas dah nak tempah-tempah kek, sebab kek tempah ni kan mahal sikit. Kami sekeluarga bukan jenis yang makan kek sangat, beli kek mahal-mahal, kang tak abis, dah membazir kan. Baiklah beli kek kecik kat kedai.. jadiklah.

Aiza tu nak kek My Little Pony. Jadi, sebelum birthday Aiza lagi, saya dah beli awal-awal cake topper My Little Pony kat Shoppee. 12 ketul hiasan my little pony tu baru RM9.90. Beli kek kat kedai RM35. Letak pony atas kek, jadi lah kek My Little Pony. Ha.. kreatif kan mommy Aiza? Hahahahaha

Ni rupa kek asal beli kat kedai

Ni rupa kek asal beli kat kedai

Atas ni kek asal. Saya buang patung dengan lollipop atas kek tu, saya ganti dengan cake topper My Little Pony. Maka jadilah kek My Little Pony

Kek My Little Pony setelah di make over

Kek My Little Pony setelah di make over

Ni pulak Video pendek Aiza sambut birthday

Alhamdullillah, dah 3 tahun umur Aiza. Walaupun lahirkan Aiza dulu pengalaman yang agak trauma bagi saya, sampai sekarang saya rasa seram nak bersalin lagi.. tapi saya bersyukur sangat dengan lahirnya Aiza Zahiya yang sangat comel perangainya. Yang berperangai Drama Queen sangat, terutamanya bila bergaduh dengan abang dia Adam Zafrie tu. Haih.. anak baru 2, tapi kalau berperang, macam anak 10 jer rasanya. Riuh rendah!

Semoga Aiza Zahiya terus membesar dengan sihat, ceria, comel, pandai, baik hati dan dengar cakap Mommy Daddy sampai bila- bila. Semoga jadi anak yang solehah yer Aiza. Mommy, Daddy dan Abang Adam love you!

Aiza Zahiya 3 years old

Aiza Zahiya 3 years old