Assalamualaikum..

Aiza Zahiya dah 4 bulan. Yang sebenarnya , Aiza genap 4 bulan 30 Januari lepas.. tapi asyik bertangguh-tangguh update blog pasal Aiza..sudahnya dah tengah bulan Febuari baru nak update citer Aiza.. haih..

Aiza 4 bulan.. masih suka main air liur. Menyembur sana sini..

burr..burr..bestnya sembur air liur

burr..burr..bestnya sembur air liur

Selain makan tangan sendiri, Aiza suka jugak makan kain.. Apa-apa kain pun boley.

Sedapnya hisap kain

Sedapnya hisap kain

Kalau saya duduk tepi Aiza, tapi tak layan dia, pandai jer Aiza tarik baju/seluar/kain saya sambil merengek-rengek suruh main dengan dia. kalau duduk jauh sikit dari Aiza, Aiza akan gerakkan badan dia, ngesot-ngesot..tahu-tahu ada kat sebelah, dah tarik baju.

Waktu malam aiza tidur dalam kelambu dia.. tapi kang esok pagi, tengok-tengok dah separuh badan dia kat luar kelambu. Kadang-kadang, memang keluar kelambu terus. Buas benor anak dara ni tidur, sampai terkeluar kelambu

Aiza tak banyak mulut.., dia cuma suka senyum jer. Memang pemurah dengan senyuman..

Aiza yang suka senyum

Aiza yang suka senyum

Memang jarang dengar suara Aiza ni.. Sesekali jer lah dia sembang-sembang sebab Aiza lebih suka menyembur air liur. Burrr..burrr… Tapi..kalau dia menangis, mengamuk…time tu memang nyaring lah suara dia.

Aiza menangis mengamuk time nak tidur jer. Ntah naper..asal nak tidur jer ngamuk.. jenuh nak pujuk dia tidur..Pastu, tidur kejap pulak tu. Tidur 15 minit, pastu bangun.. Pastu kang ngamuk lagi nak tidur. Haih..

tidur tidur ayam jer nih

Tidur tidur ayam jer nih

Waktu siang jer lah Aiza problem nak tidur.. waktu malam Aiza tidur lamaaa.. pukul 8 malam dia  tidur, pukul 6 atau 7 pagi esoknya baru bangun. Aiza cuma berjaga bila nak menyusu jer. Tu pun kadang-kadang saya yang kejutkan dia. Kalau tak kejutkan, sampai pagi lah dia tidur.

Oleh sebab Aiza tidur malam lama, jadi memang biasanya saya settlekan kerja rumah waktu malam. Menyapu, mengemas, mengemop, basuh baju, sidai baju.. semua buat waktu malam. Waktu siang, saya buat kerja rumah sikit-sikit sambil settle order customer jer. Sebab waktu siang, saya banyak habiskan masa melayan Aiza jer lah. Tu lah rutin harian saya sekarang nih.

Cubaan Aiza mamam pipi mommy

Cubaan Aiza mamam pipi mommy