Assalamualaikum..

Entah kenapa kebelakangan ni rasa macam tak cukup masa nak update blog.. sampaikan perkembangan Aiza pun tak sempat nak taip dalam blog. Kesian Aiza, masa umur dia 5 bulan saya tak update kat blog. Jadi alang-alang nak update perkemabnagn Aiza 6 bulan ni, saya cerita sekali lah perkembangan dia masa 5 bulan.

Aiza Zahiya 5 months Old

29 Febuari 2016, Aiza genap 5 bulan. Sepanjang bulan Mac kami kat Jitra, jadi checkup Aiza buat kat Jitra jer.. Cucuk vaksin 5 bulan pun kat KK Jitra.

Masa umur Aiza 5 bulan, Aiza dah pandai meniarap, terlentang sendiri..

Berjaya meniarap sendiri

Berjaya meniarap sendiri

Aiza masih suka main air liur, masih suka makan tangan. Kalau letak kat stroller, kemain lagi kaki bertenggek kat atas.

Relaxing like a boss

Relaxing like a boss

 

Apa ntah lagi cerita Aiza masa umur dia 5 bulan.. dah lupa dah.. Huhuhu. πŸ™

Aiza Zahiya 5 months old

Aiza Zahiya 5 months old

Bawah ni gambar Adam 5 bulan dan Aiza 5 bulan pakai baju yang sama. hehehe

Adam dan Aiza - 5 months old

Adam dan Aiza – 5 months old

Nampaknya pipi Aiza lagi bulat dari Adam. Hehehe.

Aiza Zahiya 6 months old

Bulan April 2016, umur Aiza 6 bulan. Berat dah 6.3kg. Tak larat dah nak dukung Aiza lama-lama. Aiza sekarang takut orang. Sebelum ni memang dia takut orang. Tapi kalau setakat tengok atau main agah-agah dia ok jer..boleh gelak-gelak lagi. Tapi bila masuk 6 bulan ni, orang tengok dia jer..dia dah cebik-cebik..Kalau agah, atau sentuh, terus dia menangis. Kalau pergi tempat ramai orang, memang dia takut. Sudahnya nak berdukung ajer. Adoyai..lenguh tangan dukung kamu lama-lama Aiza oi..

Rasanya kena beli jugak SSC nih. Baby wrap yang ada dah tak muat. Kena kumpul duit pelan-pelan sebabnya SSC mahal oii.. Padahal dah beli stroller baru untuk Aiza bulan lepas. Tapi dia tak nak dok dalam stroller sebab takut orang tengok dia dalam stroller tu… Haih…

Aiza dah start makan solid food. Tapi saya tak bagi dia hari-hari. Sesekali jer. Sebab dia macam tak berapa nak makan sangat. Solid food pertama yang saya suap kat Aiza, puree betik. Aiza macam tak suka jer puree betik. Dia luahkan balik puree yang saya suap kat dia. Pastu tutup mulut rapat- rapat tak nak makan. Mungkin dia tak suka puree betik.

Tutup mulut rapat-raoat

Tutup mulut rapat-raoat

Lepas tu saya try bagi Aiza puree avokado. Jenuh pujuk dia bukak mulut, alhamdullilah, nak jugak dia telan.. walaupun lambat. Tapi at least dia tak luahkan balik avocado tu. Rasanya Aiza belum ready lar nak makan..

Adam dulu, masa umur 6 bulan, masa mula-mula bagi puree, laju jer telan. Kalau lambat suap, kemain lagi Adam marah. Tapi Aiza ni, memang tak nak makan.. Sebab tu lah saya bagi Aiza makan sesekali jer.. Lagipun susu badan Alhamdullilah masih banyak, jadi saya breastfeed jer Aiza banyak-banyak dulu. Kalau dia dah start mintak makan, baru bagi dia makan.

Badan Aiza lembik lagi. Kalau duduk, badan dia lembik. Setakat nak dudukkan dia kejap-kejap atas sofa tu boleh lahr, tapi kalau dibiarkan lama-lama dia melurut ke bawah atau tunduk ke depan.. hahaha

Duduk macam bos

Duduk badan senget

Takper lah Aiza.take ur time.. Mommy ngan daddy ok jer.. Yang penting Aiza sihat, gembira…ceria..

Aiza Zahiya 6 months old

Aiza Zahiya 6 months old