aiza zahiya 5th birhday

Assalamualaikum

30 September lepas, Aiza Zahiya genap 5 tahun. Jadi kami pun buat birthday party untuk Aiza. Birthday Aiza kali ni meriah sikit, sebab selain ada Mak Tok dan Tokwan, kami jemput sekali jiran sebelah rumah. Anak-anak iiran sebelah rumah ni memang geng main Adam ngan Aiza. Setiap petang pukul 5-7 petang mesti main sama-sama. .

Tema birthday Aiza kali ni unicorn. Aiza yang mintak tema unicorn. Tapi takder lah kami deko unicorn tu beria sangat. Buat ala kadar jer. Jadiklah…. Alang-alang sambut birthday Aiza, sambut lah sekali birthday suami walaupun birthday En Suami tu bulan 10. Sambut sekali kan jimat..Hihihihi.

Unicorn Princess ; Aiza Zahiya

Kek unicorn untuk Aiza

Kek Unicorn Aiza

Kek ni tempah kat kedai kek. Murah jer. RM20. Cantik sangat. Dalam dia kek coklat. Sedap. Berbaloi-baloi sangat dengan harga.

Kek vanila untuk En Suami

Kek En Suami

Kek suami ni memang kek ready made kat kedai kek tu. Harga sama, RM20 jugak. Masa ambil kek Aiza, kami beli terus kek untuk En Suami. Sebab kek Aiza kek coklat, jadi kek En Suami ni saya pilih kek vanilla. Bagi saya kek vanilla dia lagi sedap dari kek coklat, sebab rasa dia macam aiskrim vanilla. Nyam nyam

Birthday celebration kami buat simple jer. Selain kek, kami order makanan kat pizza hut guna food panda jer. Pastu jiran sebelah bawak muffin coklat dan apam polkadot, bertambah meriah makanan. Kami buat majlis harijadi ni waktu petang, so kira makan petang sekali lah ni.

Ni lah dia yang sambut birthday sama-sama

Birthday girl dan daddynya

Lepas nyanyi lagu harijadi, potong kek, makan-makan lepas tu bagi hadiah. Kemain banyak hadiah Aiza tahun ni. Seronok sangat dia tu

Potong kek dengan mommy
Gambar dengan hadiah

Bila memasing dah kenyang, budak-budak semua pergi main dengan galaknya.

Geng main pukul 5 petang. dari kiri Rayyan, Adam, Aliya, Aiza

Tu jer lah cerita birthday Aiza yang ke 5. Simple, tapi bermakna. Selamat Hari Jadi Aiza. Daddy, Mommy & Abang Adam love you.