Assalamualaikum..

Aiza Zahiya dah genap 8 bulan.. Oh my.. Cepat betul masa berlalu. Masa umur dia 7 bulan, saya langsung lupa nak update perkembangan Aiza. Hah..teruk betul perangai mommy Aiza ni..

Aiza Zahiya 7 bulan

Aiza Zahiya 7 bulan

Aiza 8 bulan

Aiza Zahiya 8 bulan

Aiza 8 bulan, dia belum pandai merangkak. Tapi..dia cukup pandai berguling kesana kemari. kalau dibiar dia kat lantai..tahu-tahu kang dah berguling ke bawah meja jepun depan TV. Kalau letak dia atas katil, kena kepung katil tu ngan bantal. Tu pun tak boleh tinggal lama, sebab kadang-kadang Aiza tolak bantal tu jatuh ke bawah, dia dah kat hujung katil. Rasa nak luruh jantung tengok.

Lepak bawah meja

Lepak bawah meja

Aiza sekarang dah pandai main tepuk tangan. Kalau dia tengah seronok main sendiri, dia tepuk-tepuk tangan dia. Hobi feberet, tarik rambut/tudung saya. Kalau dukung dia, laju je tangan dia tu genggam rambut/tudung saya. Sakit ok..dia tarik rambut. Kalau dia tarik tudung, memang sampai tercabut lar peniti. ahu-tahu dah terburai jer tudung atas kepala. Huhuhu

Dulu jarang dengar suara Aiza.. sekarang ni kalau dia tengah seronok, kemain kuat dia jerit-jerit. Tapi kalau dia dah bosan..dia jerit jugak. AaaAaaaAaaa… Ha gitu. Aiza masih kuat menyembur..  Bila menyembur, satu muka penuh air liur…

Aiza masih takut orang. Takut sangat. Baru-baru ni balik kampung, ada kenduri arwah. Orang kan ramai… memang tak boleh letak Aiza langsung. Menangis. Aiza nak dukung jer. Punyala Aiza ni penakut,  orang tengok jer pun, dia dah nangis. Kalau pegang dia, kemain teruk dia menangis. Hoih.. ni raya kang, jenuh lar berdukung kesana kemari.. Bengkok tangan Mommy asyik dukung kamu jer Aiza oiiii.

Bab makan..masih struggle. Aiza masih tak berapa suka makan. Kadang-kadang ok, kadang-kadang tak ok. Kalau time dia nak makan, elok jer dia telan. Kalau dia tak nak makan..memang dia tutup mulut rapat-rapat. Kalau kita suap jugak, memang dia nangis. Nak kata dia tak suka makanan tu, tak logik pulak. Sebab kalau semalam laju jer dia makan makanan tu, hari ni belum tentu dia nak. Kadang-kadang dia nak, kadang-kadang tak nak.. Ikut mood. Haih..

Budak susah makan

Budak susah makan

Takper..mommy tak putus asa. Sebelum ni bagi Aiza makan puree jer.. Now dah 8 bulan, nak introduce bubur nasi. Tengok cemana.. Harap-harap Aiza nak makan. Dah nak puasa ni oii.. Kalau Aiza tak makan, semata-mata harapkan susu badan jer.. Memang besar harapan Mommy kamu posa tak cukup ni kang. Serius saya tak larat nak puasa penuh kalau fully breastfeed. Sedangkan time tak posa pun, lepas susukan Aiza boleh lapo gigil-gigil.. ni lagikan posa… Saya ada masalah gastrik pulak tu. haih…

Belum puasa, saya dah kurus macam papan. Bulan posa ni, saya akan bertukar jadi papan lapis pulak. Silalah percaya.

'Papan' dan anak -anak

‘Papan’ dan anak -anak