Assalamualaikum..

Sekejap jer Aiza Zahiya dah 10 bulan.. Serius.. memang rasa kejap sangat. Rasa macam eh? eh? biar betul…

Masa umur Aiza 9 bulan, asyik bertangguh jer nak update cerita Aiza. Bila dah masuk 10 bulan baru teringat.. Haih.. asyik lupa nak update perkembangan Aiza.

Jadi saya combine jer lah perkembangan Aiza 9 dan 10 bulan.  Lebih kurang jer pun. Hehehe

Aiza Zahiya 9 Bulan

Aiza Zahiya 9 Bulan

Aiza masih belum  boleh merangkak. Angkat bontot pun belum. Dia cuma berguling dan mengesot sikit-sikit. Nurse KK kata, manja. Dah lar manja, takut orang pulak tu. Kalau gi mana-mana, memang dia menangis kalau ada yang datang tengok dia. Kalau dipegang, terus meraung.

Umur Aiza 9 bulan, dia boleh duduk sendiri tanpa perlu dipegang. Cuma belum pandai duduk sendiri. Kiranya kena didudukkan lar. Walaupun boleh duduk tegak, biasanya saya letak bantal belakang Aiza, sebab kalau dia penat, dia main baring jer. Takut terhempas kepala. Uiih..bahaya.

Rutin tidur Aiza masih sama. Waktu siang Aiza tidur kejap-kejap jer. Kalau tidur dalam 30-40 minit jer. Jarang sangat tidur sampai sejam KECUALI kalau saya tidur sekali dengan dia. Amboi sangat tau,  tidur siang pun berteman. Dah kalau saya tidur sekali dengan Aiza, bila masa pulak saya nak buat kerja rumah. Time dia berjaga, kena layan dia pulak. Kalau tak layan dia, sepanjang saya buat kerja rumah..sepanjang tu lar dia merengek dengan gaya macam nak tidur gosok-gosok mata. Bila saya tidurkan dia, eh..elok pulak dia berguling atas katil main sendiri. Bila saya bangun jer, nangis balik mintak tidur. Main-main tau. Grrrrrr

Sengih-sengih berjaya tipu mommy

Sengih-sengih berjaya main-mainkan mommy

Tapi kalau tidur malam, Aiza tidur lama. Pukul 9 malam biasanya dia dah tidur. Nak tidurkan dia pun senang jer. Susukan dia kejap. Pastu nanti dia berguling sana sini atas katil sampai tertidur sendiri. Yang penting, saya kena teman dia atas katil sampai dia tertidur. Bila dah tidur, elok jer dia tidur lama. 3-4 jam sekali jer dia bangun nak susu.

Alhamdullillah, masa umur Aiza 9 bulan, dia dah nak makan. Tak gaduh-gaduh, menangis kalau disuap makan macam sebelum ni. Dulu, nak habiskan setengah mangkuk kecik tu pun, memang berperang ngan Aiza. Beria-ia Aiza tolak sudu, siap ketap mulut tak mo bukak. Sekarang, dah senang dah suap Aiza makan.  Sekali makan, 1 mangkuk kecik tu habis licin. Tp sehari dia makan 2 kali jer.  Most of the time, still saya bagi susu badan.

Aiza dah pandai bebel-bebel dah. Dia kalau bebel, bebel bahasa baby lah. Ba..ba..pa..pa..ma..ma.. ta..ta… da..da.. ha..tu jer lah ulang-ulang. First word Aiza “Mamam”. Kah kah kah. Dia bukan tahu pun mamam tu apa..cuma dia selalu sebut mamam. Adam dulu.. first word dia pakum. Tataw la apa benda pakum tu. Tapi memang selalu adam sebut pakum tu dulu.

Dah masuk 10 bulan, gigi Aiza masih belum ada walau sebatang pun. Bila nak tumbuh gigi ni Aiza oiiii. Jadinya, bubur Aiza saya masih lagi tapis halus… Kalau tak tapis, Aiza tak berapa nak makan.  Jenuh lar Mommy nak menapis bubur kamu Aiza…

Aiza Zahiya 10 bulan

Aiza Zahiya 10 bulan

Aiza dan pandai dah main mainan. Kalau bagi drum, dia tahu ketuk-ketuk drum tu. Dia akan tiru apa yang kita tunjuk kat dia. Tu yang kadang-kadang dia berebut mainan ngan Adam. Adam tu kan sajer jer tayang mainan dia depan Aiza. Bila Aiza ambil mainan tu dia marah. Dia nak ambil balik. Aiza pulak tak nak lepas. Dah sudahnya bergaduh tarik-tarik mainan. Biasanya memang Adam berjaya lar ambil balik mainan kat tangan Aiza tu. Pastu nanti Aiza menangis. Ei..geram betul ngan Adam tu tau. Sajer jer suka menyakat adik dia.

Selit sekali lah gambar Adam ngan Aiza kat sini. hehehe.

Aiza 10 bulan, Adam 4 tahun 2 bulan

Aiza 10 bulan, Adam 4 tahun 2 bulan

Baru dua orang, mommy ngan daddy dah pening kepala melayan.