Assalamualaikum

Sekarang ni Adam cuti panjang sebelum masuk darjah 1 tahun depan. Oleh sebab cuti dia panjang, kena pastikan Adam tu ada aktiviti ketika cuti sekolah ni, kalau tak dia tu asyik tengok TV atau nak main game kat handphone ajer! Tengok TV tu saya tak kisah sangat. Main game kat handphone tu yang saya tak suka. Tapi kalau tak bagi, dia akan merengek non stop. Annoying tau bila Adam tu merengek. Serius rimas. Stress saya laki bini.

Jadi saya buat syarat. Nak main game boleh, tapi buat latihan dulu. Kalau tak nak buat latihan, tak boleh main game.

Saya suruh  Adam tu buat latihan menulis, membaca dan mengira. Penting buat latihan ni. Nak masuk darjah 1, anak-anak kena kuasai 3M ni. Kalau tak nanti dia ketinggalan. Silibus zaman sekarang tak sama macam dulu. Seram saya dengan KBAT tu. Tu yang masa cuti ni, setiap hari Adam kena buat latihan menulis, membaca, mengira. Tapi tak banyak mana pun latihan dia buat tu. Menulis dan mengira dalam 1 – 3 mukasurat jer biasanya. Membaca 3-4 mukasurat. Jadiklah dari tak buat langsung.

Buat latihan menulis

Buat latihan menulis

Malam, biasanya sebelum tidur, Adam tu suka main jengga. Biasanya dia main dengan daddy dia. Aiza tu pun main jugak, tapi Aiza tu baling dadu jer lah. Saya atau En Suami yang tolong tarik blok mainan tu untuk Aiza.

Main jengga

Main jengga

Kadang kadang main kad Uno. Kalau main kad Uno ni, Aiza main sendiri sebab dia pandai match warna dan nombor kat kad tu . Selalu memang Aiza yang menang tau. Kagum betul saya.

Most of the times, selain tengok TV, Adam tu main jer lah dengan Aiza. Baru-baru ni Mak Tok dia belikan lego, khusyuk la dia ngadap lego kecik kecik tu 3 hari nak buat robot.


Adam pasang lego, Aiza main sticker

Adam pasang lego, Aiza main sticker

Bila Adam tu dah bosan duduk rumah, bawak dia gi tengok Movie pulak. Sebelum cuti sekolah lagi memang rutin kami, seminggu atau 2 minggu sekali, keluar tengok movie. Tapi movie yang sesuai dengan Adam dan Aiza lah.   Hujung tahun ni ada banyak movie yang sesuai untuk budak-budak. Antara movie yang kami dah tengok, Fantastic Beast 2, The Nutcracker, Ralph Break the Internet, Spiderman dan yang paling latest, Aquaman. Sekarang ni kami tengah tunggu tayangan Bumblebee.

Tengok Spiderman

Tengok Spiderman

Selain tu, kami bawak jugak Adam ngan Aiza tu main kat playground atau Kidzoona. Tapi kami prefer bawak pergi outdoor playground sebenarnya. Budak tak ramai sangat, dan kuman-kuman kat outdoor playground kurang sikit sebab mati kena matahari. Hehehehe.

Main kat playground

Main kat playground

Main kat Kidzoona

Main kat Kidzoona

Kami bawak jugak budak-budak ni balik Langkawi masa cuti sekolah bermula hujung bulan November hari tu. Tapi balik sana 3 hari jer sebab En Suami tu ada kerja nak kena buat. Jadi tak boleh nak duduk Langkawi lama-lama. Tapi sempat jugak la kami pergi Wildlife Park kat sana.

Wildlife Park Langkawi

Wildlife Park Langkawi

Seronok jugak Wildlife Park Langkawi ni, sebab kita boleh tengok  haiwan -haiwan dalam tu dekat-dekat dan  bagi makan sekali. Cuma Adam tu tak suka binatang, Aiza tu pulak takut, jadinya saya jerlah yang bagi makanan kat haiwan – haiwan dalam tu. Haih…

Flamingo comel

Flamingo comel

Bagi makan kancil

Bagi makan kancil

Bagi makan rakun

Bagi makan rakun

Besar betul burung jinjang ni tau

Besar betul burung jinjang ni tau

Landak comel nak makan

Landak comel nak makan

Aiza ketakutan sebb arnab panjat kaki dia mintak makan

Aiza ketakutan sebb arnab panjat kaki dia mintak makan

Ikutkan Adam tu nak duduk Langkawi dengan Mak Tok dia. Tapi kami laki bini tak bagi, sebab Adam kat Langkawi tu nanti main game handset jer! Kami balik Langkawi hari tu, selamba jer Adam tu main game tak berhenti sebab ada yang bagi handset kat dia. Ei.. geram !! Sudahnya, bosan macam mana pun Adam tu kat rumah, memang kami tak bagi Adam duduk Langkawi masa cuti sekolah ni. Tapi takder bosan mana pun, sebab kami selalu bawak budak budak tu pergi berjalan.

Last week kami bawak budak-budak tu main air kat Fantasia Waterpark Jitra.  Tapi tak lama sangat lah main air kat dalam tu, 2 jam jer kot,  sebab panas. Ai tak suka panas-panas ni, nanti rentung. Hahahahaha

Waterpark

Waterpark

Gambar takder sebab kami simpan handphone dalam lokar. Malas pulak nak bawak handphone main air. Heheheh.

Ni jer lah antara aktiviti anak-anak ketika cuti sekolah. Lebih kurang 2 minggu lagi cuti sekolah ni. Rasanya kena fikir lagi, apa lagi aktiviti yang anak anak boleh buat masa cuti ni. Hantar Adam pergi kelas mengaji pun ok jugak kan. Kelas mengaji tu boleh sambung sampai dia dah masuk sekolah nanti.