Assalamualaikum
Sabtu depan, 30 September 2017 Aiza Zahiya genap 2 tahun. Rasanya saya tak pernah beritahu kat blog ni yang Aiza tu lambat berjalan. Sebenarnya, Aiza boleh berjalan sendiri masa umur dia 20 bulan (1 tahun 8 bulan). Lambat kan? Dan Aiza memang ikuti pemulihan cara kerja (Occupational Therapy, OT) untuk bantu dia belajar berjalan.
Dari umur 8 bulan Aiza merangkak jer kesana kemari. Memanglah elok kalau budak merangkak lama.. tapi kalau terus merangkak tak boleh berjalan pun masalah juga.
Memang berbeza sangat dengan Adam. Adam memang cepat berjalan. Umur 10 bulan lebih, dia dah pandai berjalan sendiri. Jadi bila Aiza umur 12 bulan, masih merangkak ke sana kemari, bila berdiri masih berpaut pada benda, kami dah mula risau.

Aiza 12 bulan – berdiri mesti berpaut pada benda

Aiza 12 bulan- kesana kemari masih merangkak
Makcik saya suruh kami bawak Aiza ke pantai, bagi kaki dia pijak-pijak pasir. Jadi kami bawak lar Aiza ke pantai. Kat pantai Aiza langsung tak nak pijak pasir. Bila kaki dia sentuh pasir jer, terus dia meronta-ronta. Sungguh-sungguh dia tak nak. Geli sungguh kaki dia. Bila turunkan dia kebawah, dia lipat kaki dia. Bila diletakkan atas pasir pantai tu, memang meraung terus. Kat situ saya dah syak Aiza ada masalah sensory. Tapi belum confirm lagi.

Aiza 15 bulan – meraung bila letakkan dia atas pasir

Aiza – 18 bulan. Kaki masih geli dengan pasir. Jadi dia letak kaki dia atas daddy
Masa umur Aiza 15 bulan, kami bawa Aiza untuk checkup kat KK. Macam biasa, nurse akan check perkembangan anak. Kat situ dia dah kesan ada yang tak kena sebab Aiza belum boleh berdiri sendiri. Umur 15 bulan sepatutnya dah boleh berdiri lepas tangan. Jadi dia refer kami jumpa doktor. Doktor tanya soalan itu ini, lepas tu dia keluarkan surat, suruh kami buat appointment dengan jurupulih OT (Occupational Therapist).
Umur Aiza 16 bulan, bermulanya perjalanan kami ajar Aiza berjalan dengan bantuan jurupulih OT. Masa appointment pertama dengan jurupulih carakerja tu, dia tanya soalan itu ini untuk tentukan masalah Aiza. Dari pemerhatian dan soal selidik, Aiza ada masalah sensory motor dan behavior. Dia gayat, tak pandai imbangkan badan, terlalu takut nak cuba, sudahnya tak nak buat. Lebih kurang gitulah.

Aiza ada masalah dibahagian sensory motor
Sumber imej Pyramid of Learning: Sini
Bila dah kenalpasti masalah Aiza, baru jurupulih tu boleh ajar aktiviti yang sesuai dengan Aiza. Tapi memang sangat-sangat mencabar sebab Aiza ni pulak ada masalah terlalu takut dengan orang yang dia tak kenal/tak rapat. Aiza tak nak bagi kerjasama dengan jurupulih OT tu. Everytime jurupulih tu cuba pegang Aiza, dia akan meronta-ronta menangis mintak lepas, lepas tu dia baring meraung tertiarap atas lantai. Sudahnya, jurupulih Ot tu ajar saya, dan saya kena buat aktiviti tu dengan Aiza kat rumah.
Appointment Aiza dengan jurupulih OT dia sepatutnya 2 minggu sekali. Setiap sesi lebih kurang 40 minit. Tapi, atas masalah kesihatan saya masa awal tahun hari tu, then kami asyik balik ke Kedah, appointment Aiza jadi sebulan sekali jer. Dengan Aiza yang berperangai takut orang, tak nak bagi kerjasama, memang susah sangat jurupulih tu nak ajar Aiza buat aktiviti pemulihanan cara kerja. Jadi kebanyakan terapi tu saya buat sendiri kat rumah dengan Aiza. Memang sepatutnya macam tu lah. Sesi dengan jurupulih tu sebagai panduan jer. Ibu bapa yang kena rajin buat aktiviti tu semua kat rumah untuk bantu anak.
Selain tu, Aiza ni flat feet. Kaki dia rata. Tak ada lekuk kat tapak kaki. Kanak-kanak yang ada flat feet biasanya memang bermasalah untuk berjalan, sebab susah nak balance badan dan berjalan dengan betul. Sebab tu Aiza kalau berdiri, postur kaki dia pelik. Memang nampak tak balance. Kalau dia cuba berjalan, dia berjalan senget, macam ketam.

Kaki Aiza flat feet
Jadi saya nak share kat sini antara aktiviti untuk anak yang lambat berjalan.
Betulkan Postur Berdiri
Mula-mula, jurupulih tu suruh saya betulkan postur berdiri Aiza. Oleh sebab dia flat feet(tapak kaki rata), jadi bila dia berdiri, tapak kaki dia tak betul-betul atas lantai. Tak stabil. Antara cara untuk betulkan postur berdiri Aiza, letak insole (lapik kaki) dalam kasut Aiza. Insole flat feet ni untuk kaki yang flat feet jer lah. Kalau kaki normal, tak perlu insole ni.
Saya dah cuba cari insole khas untuk flat feet kat kedai, farmasi dan pasaraya. Tapi tak jumpa!. Nak beli online, mostly dihantar dari luar negara. Lambat. Dan tak tahu saiz tu sesuai ke tak dengan kaki Aiza. Jadi jurupulih OT tu ajar buat insole sendiri guna span foundation. Potong span tu dalam bentuk separuh bujur. Lepas tu tampal guna double side tape kat bahagian dalam kasut. Masalahnya, span tu asyik la tercabut. Dah letak double side tape yang kuat pun tercabut jugak. Kejap-kejap kena check dan betulkan

Insole d.i.y untuk flat feet

Tampal span(insole)dalam kasut Aiza
Untuk pemulihan carakerja pulak, berikut antara aktiviti yang jurupulih ajar saya untuk buat kat rumah. [Note: Gambar aktiviti yang saya share ni gambar lakonan semula. Gambar ni saya baru ambil sebab nak tunjuk contoh aktiviti. Dulu masa saya buat aktiviti dengan Aiza, saya tak pegang phone. Memang kena fokus 100%. Jadi tak ambil gambar. Sekarang dia dah boleh berjalan, boleh la kita buat lakonan semula aktiviti tu semua untuk ambil gambar. Hehehehe]
Ajar Aiza untuk cuba lepas tangan ketika berdiri.
Maksudnya tak perlu berpaut. Caranya, bila dia berdiri pegang meja, saya duduk tepi atau belakang dia, dan panggil dia supaya dia berpusing dan paut tangan saya. Ataupun, letak benda/mainan yang dia suka dan suruh dia ambil. Jadi bila dia pusing badan dia, dia akan lepas tangan kan. Walaupun sekejap, at least dia cuba untuk lepas tangan.

Aktiviti ambil barang di belakang badan
Ajar Aiza melangkah
Untuk ajar Aiza melangkah kedepan, caranya dengan ajar Aiza sorong benda. Contohnya kerusi. Bila Aiza sorong kerusi, kaki dia berjalan ke depan kan. Selain tu, suruh Aiza ambil benda yang jauh, yang buat dia melangkah 1-2 tapak tanpa perlu berpaut atau pegang benda.

Sorong kerusi
Balance
Untuk ajar dia imbang badan, dudukkan dia dekat bantal peluk yang keras. Yang biasa orang guna untuk senaman tu. Bukan bantal jenis lembik tu tau. Then saya kena duduk belakang Aiza, dengan perlahan-perlahan, tolak dia ke kiri, ke kanan dan kedepan.. Kat rumah saya tak ada bantal peluk gym tu, jadi saya improvise guna kambing mainan tu la.

Bantal peluk gym

Tak ada bantal peluk gym, ganti dengan kambing
Betulkan postur kaki
Pimpin Aiza untuk berjalan di permukaan yang meninggi (elevated). Yang ni untuk betulkan postur berjalan. Sebab Aiza tu kan jalan ketam.

Contoh elevated surface
Balance and stability
Aktiviti yang betul-betul bantu dia, yang betul-betul nampak perubahan, golek atas bola gym. Sebab Aiza jenis yang gayat tau. Bila berjalan, mesti kena pegang something. Bila saya cuba lepaskan tangan dia, dia terus duduk. Pastu merangkak. Jadi kat situ dah nampak, masalah utama dia gayat. Tak pandai balance badan.
Jadi jurupulih tu suruh buat aktiviti guna bola gym. Antaranya, tiarapkan Aiza atas bola gym. Pegang pinggang dia. Then golekkan bola tu kedepan, kebelakang, kekiri, kekanan. Ajar dia untuk balance. Aktiviti lain, dudukkan dia atas bola tu, pegang pinggul Aiza, dan gelekkan dia atas bola tu kedepan, kebelakang, kekiri dan kekanan.

Golek atas bola kedepan

Golek atas bola ke tepi

Gelek atas bola
Lepas 2 minggu buat aktiviti atas bola ni, akhirnya Aiza boleh berjalan tanpa perlu dibantu atau berpaut pada benda. Ya Allah.. rasa seronok sangat bila tengok Aiza boleh berjalan. Walaupun lambat. Walaupun masa tu umur Aiza dah nak masuk 1 tahun 9 bulan. Tapi saya syukur sangat-sangat. Allah bantu Aiza, izinkan Aiza untuk boleh berjalan sendiri. Sekarang Aiza dah tak perlu jalani OT lagi. Jurupulih tu kata Aiza dah boleh berjalan. Jadi tak perlu datang lagi. Sejak dapat kaki ni, memang nampak seronok sangat Aiza tu berjalan kesana kemari. Adam pun kemain seronok sebab dah boleh main lari-lari dan kejar-kejar dengan Aiza.

Laju dah Aiza ni berjalan. Dah pandai lari dah pun
Walaupun Aiza dah boleh berjalan, tapi Aiza masih ada masalah sensory. Dia tak mahu pijak/sentuh benda yang tak rata atau kasar. Contohnya pasir. Aiza masih geli dengan pasir. Kalau pergi pantai, kena pujuk dia perlahan-lahan, bagi dia sentuh sikit-sikit, barulah dia nak pijak pasir tu. Takper.. kita cuba pelan-pelan yer Aiza yer. Rasanya saya kena buat jugak aktiviti sensory yang lain. Ada banyak contoh aktiviti sensori yang ada kat internet. Nanti saya nak cuba buat dengan Aiza. InshaAllah.
22 Comments
Ibuanak3
Thanks. Maklumat & perkongsian yang menarik.
mzn
Tq sangat bmanfaat anak saya seusia anak cik miza..dia lahir 29/9/2015..skrg dah 2th3bulan..lum jln lagi saya baca kisah awak ni sama mcm keadaan anak saya..n insyaallah saya yakin anak saya akan jln juga wlupun mb lambat sikit..insyaallah
zila
ermm..Cik miza tu siapa yer?? Anak saya Aiza lahir 30/9/2015.. mmg sebaya betul lah.. Kena rajin buat aktiviti terapi, inshaAllah boleh jalan nanti.
Nadz
Alhamdulillah trima kasih puan kongsi ilmu.anak sy dah 1 tahun 8 bulan masih belum boleh berjalan. Dah pergi OT Pun tapi masa terapi takda dia buat aktviti macam ni. Dia takde pun ajar saya buat aktviti camni. Entahlah dia tengok je aktvti anak sy lepastu bagi saya borang sensory profile suruh isi kat rumah. Then dia suh saya beli berus terapi siruh berus kat rumah. Alhamdulillah jumpa blog ni .
zila
Yang borang tu ada jugak saya isi, tapi saya isi masa first time pergi OT tu. Isi sama-sama dengan juruterapi tu, dia tanya soalan, saya jawab..then dia isi dalam borang. Kat situ dia boleh kenalpasti masalah anak. Puan boleh cuba aktiviti yang saya share ni dengan anak puan yer.. InshaAllah kalau kita rajin buat, lama-lama anak boleh jalan nanti. 🙂
IDA RAMLI
Assalam puan blog,
Saya blog walking pasal anak lambat jalan, then terjumpa blog puan ni.
Anak sy pun lps 2x buat fisio, bleh berjalan pada umurnya 18bln.
Anak sy takde prob flat foot/sensory. Cuma dia gayat.
Sama macam puan tulis ni, gym ball mmg banyak membantu.
Nanti sy tulis pengalaman anak sy yg kena pergi fisio tu plak 🙂
zila
Untuk anak gayat, gym ball memang banyak membantu kan? Cuma aiza tu flat foot, walaupun dah boleh berjalan, tapi masih pelik sikitlah gaya jalan dia. Heehehehe.
yana
Alhamdullilah dengan perkongsian ini..sangat membantu. untuk ajar anak saya berjalan..
anak saya 1 tahun 7 bulan..pandai berdiri sendiri tapi gayat nak jalan..tak yakin..asyik nak merangkak dan duduk je..masa umur 1 tahun 6 bulan..berjalan 5 ..6 langkah..skrg tak nak pulak..
sebenarnya hati nie pedih & sedih..apabila org asyik tanya & bandingkn gan anak org lain..
apbl baca kisah Aiza ..
zila
Memang saya harap sangat post saya ni dapat bantu ibu bapa lain yang ada anak lambat berjalan macam Aiza..
Perkembangan anak-anak memang tak sama, tapi bila kita sedar anak kita ada masalah, kita kena cepat-cepat bantu. Kena rajin buat terapi.. InshaAllah.. lama-lama boleh berjalan.
azrie
sedih kan. sama situasi puan dengan saya.
azrie
ya allah. semua sama macam anak saya. elisa da 1 tahun 3 bulan. kalau saya ajar die tatih… dia mmg tak suka. elisa akan duduk dan merangkak. susah hati rasa mcm x normal pula. anak saya lahir 2.02kg cukup bulan.
tiarap dan merangkak pun lambat. rasa sedihnya. tapi redha jela
terima kasih kongsi cerita yg cukup membantu saya untuk melatih elisa berjalan.
zila
Bila checkup kat KK, jangan lupa inform kat nurse/doktor yang check anak. Mintak surat untuk refer occupational therapist. Pastu kena rajin bawak pergi terapi. Kat rumah pun kena rajin buat.. inshaAllah lama-lama anak akan berjalan nanti.
Siti rafhanah
Assalamualaikum puan.. Sama la dengan anak sy sekarang dah nk masuk 1thn 4bulan.. Tp dia still gayat dan takut nk lepaskan tgn berdiri lama2.. Mst nk kene pegang.. Kalau lepaskan tgn sure die nk merangkak.. Bile nk akak jln pon kejap je pastu da xnak da.. Lg prefer dukung or merangkak.. Sy risau gak ni.. Kalau puan ad nasihat utk sy.. Sy amat perlukan nasihat.. Tq
zila
Waalaikumussalam. Kat dalam post ni, panjang lebar saya share tips dan terapi yang saya buat untuk anak saya. Siap ada gambar lagi. Boleh ikut tips yang saya share kalau nak. Ataupun, seeloknya, masa puan bawa anak untuk checkup kat KK, beritahu nurse dan doktor KK yang anak puan belum boleh berjalan. bagitau nak refer anak ke pakar terapi cara kerja. Nanti mereka akan buat appointment untuk jumpa pakar terapi cara kerja. Bila dah dapat appointment, jumpa pakar terapi tu ikut tarikh temujanji. Pakar tu nanti akan kenalpasti masalah anak puan dan akan bantu anak puan. Dan puan sendiri kena rajin bantu anak buat terapi tu semua. InshaAllah, lama-lama anak puan boleh berjalan nanti.
eka
salam. nak tnya yg kasut tu pkai yg tapak dia keras or yg biasa je? malsh anak saya sama mcm awak. sekrng dh 1tahun 3 bulan risau sgt tak jalan2……
zila
untuk anak belum berjalan, boleh guna yg pre walker shoe. tapak lembut
Hasliza
anak sy umur 12bulan. Masih blm boleh bjalan lg. Tp sume simptom kt ats tu sume sama dgn anak sy. Xnk pijak pasir, xnk bdiri, xnk btatih asyik nk merangkak je. Sy dah beli gym ball tu tp xpsti btl atau x cara sy apply pd baby. 😢
zila
Umur baby 12 bulan belum berjalan tu dikira normal lg puan.
Dekat dalam buku pink/biru KK tu, ada carta perkembangan kanak-kanak. Kat situ dia bagitahu. anak akan mula berjalan pada umur 11.5 – 14.5 bulan. Jadi kalau 12 bulan belum berjalan, masih dikira normal.
Rasanya belum sesuai untuk guna bola gym tu lagi untuk anak puan sebab dia pun masih kecik lagi.
Rosazlina Rosslan
Assalammualaikum..boleh saya tanya..anak puan skrg masih pakai insole dalam kasut lg ker.Sb anak saya pun flat feet..skrg TGH tunggu insole YG dibeli secara online..
zila
Waalaikumussalam. Sekarang anak saya dah tak pakai dah insole tu. BIla dia dah boleh berjalan, saya pakaikan dia kasut biasa. Elok jer dia berjalan.
rabiah
Ya Allah kak.. Terima kasih share bnda cmni.. And actually anak sy pun skg 1y8m tp still xbole jln lg.. Bila bca yg akak share ni sebiji sma mcm anak sy.. Sma juga ank sy pn refer pegi fisio jga tp info2 yg akak share ni dorg xshare dgn sy.. Syukur bca tips2 nie.. Terima kasih n doaakan anak sy cpt berjalan mcm aiza nt.. 😊
zila
Ya, sama-sama. Kena rajin buat terapi dengan anak, inshaAllah boleh berjalan nanti. 🙂