Tajuk entry macam terbalik jer kan? Biasa orang tanya apakah alergi..tapi saya tanya alergi apakah? Tak…bukan saya salah tulis[taip], sebab entry ni bukan nak bagitau apa itu alergi, tapi nak bagitau, saya tak tahu apa alergi saya. Serius, sekarang saya tengah ada masalah alergi, dan saya tak tahu alergi apa? huhuhu.

Simptom alergi saya start seminggu sebelum puasa rasanya, masa tu kelopak mata saya ni gatal sangat-sangat… ya ampun! gatal kat area bulu mata tu. Kan ke pelik gatal kat situ? Bila dia gatal kat situ, sedikit sebanyak akan effect pada mata sebab saya dok tonyoh- tonyoh, kegatalan. Yer.. memang tak elok gosok mata, I know that.. Tapi gatal oiiii. Sudahnya mata saya merah. Gi kedai makan, pun orang kat kedai makan boleh tegur “Apsal mata merah?” Sobs!

Masuk seminggu puasa, mata still gatal. Aih..ingatkan makin hilang..rupa-rupanya makin gatal. Moh ler kita gi klinik.

Doktor: ” Dah berapa lama mata kamu gatal?”

Saya: “Dah dekat 2 minggu dah ni, gatal sangat kt kelopak mata”

Doktor: ” Kenapa tak tunggu 2 tahun, baru jumpa doktor”

Pang! kena sound sedas dengan doktor. Padan muka. Huhuhu. Anyway, setelah di check itu ini, doktor kata ..”Ni alahan nih. saya bagi kamu ubat alahan, ubat tahan gatal dan ubat titis kat mata”.

Lepas makan ubat, titik ubat mata tu.. kejap-kejap ok..kejap-kejap gatal balik. Haih.. Tapi bila gatal balik tu, makin teruk ok.. Bukan setakat gatal kat mata jer, siap gatal kat hidung, pipi, even lelangit dalam mulut pun gatal.. Tensi..tensi.. Biasanya simptom gatal saya memuncak waktu lewat petang hingga malam. Macam petang semalam, time nak berbuka tu..Ya ampun, sampai saya tak lalu nak makan sebab terlalu gatal.

Tak leh jadi nih, pergi jumpa doktor lagi. Pergi klinik yang sama, tapi doktor lain.

Saya: “Doktor, mata saya gatal lagi. Kali ni makin teruk.”

Doktor (tengah baca rekod saya): “Aik? tak hilang-hilang lagi masalah alergi kamu?”

Saya: “Kali ni makin teruk..hidung, pipi..lelangit semua gatal. Makin teruk nih. ”

Doktor: “Kamu ni alergi. Kamu tak tahu ke alergi apa? Ada cat rumah nak raya ke?”

Saya: “Takder”.

Doktor: “betul takder cat rumah, nak raya? Selalu pergi bazar? Mungkin asap orang bakar ayam kat bazar ramdhan?

Saya: “Betul, saya takder cat- cat rumah. bazar pun jarang sangat pergi sebab saya surirumah, masak jer.”

Doktor: “Saya tak boleh nak tolong kalau kamu tak tahu apa yang buat kamu alergi.Alergi ni buat mata kamu gatal, hidung gatal, keluar jerawat dan berdesing kat telinga.”

Saya: “Ha..patutla..Cuba doktor tengok ni jerawat ni” (sambil tunjuk jerawat baru kat tepi dagu)

Doktor: “Ha..ni dah dekat nak raya nih. Kurang lar sikit cantiknya bila muka kamu keluar jerawat time raya nih.”

Hampeh betul. Ai sedih ok, muka keluar jerawat. Sobs! Doktor suruh saya kenal pasti punca alergi, sebab ubat-ubat yang doktor bagi tu kesan sementara jer.. Simtom alergi akan berterusan selagi saya tak kenal pasti  dan elakkan benda yang buat saya alergi..

Masalahnya.. Saya ni alergi apa??? Tak pernah alergi teruk macam ni.. Memang sebelum ni hidung saya akan gatal-gatal kalau makan udang/sotong banyak sangat Tapi dah lama saya tak makan seafood tuh. Belacan pun sama. Dah lama tak makan sambal belacan atau apa-apa makanan ada belacan..  Saya kat rumah masak memang tak guna belacan, somi tak suka belacan. Dah tu?? Alergi apakah?? Huhuhu.

Somi kata, maybe ayam. OK. Nak try stop makan ayam. Nak makan ikan jer. Kita tengok hasilnya nanti. Kalau gatal-gatal ni stop, terpaksa lar saya stop makan ayam. Makan daging dan ikan jer lah.. harap-harap bukan sebab ayam. 🙁

**Entry tak ada gambar, takder mood nak snap gambar. Huhuhu.