Adam ada alergi. Alergik kentang ngan ayam. Kalau bagi dia makan kentang ngan ayam, sure akan timbul ruam. Memula ruam kat mulut, then merebak kat pipi, pastu nanti terus ke leher sampai dada! haih~~

Mulut muncung merah merah

Mulut muncung merah merah

Bila dah ruam tu, memang Adam moody jer lar, sambil tangan tu tergaru-garu kawasan ruam tuh. Kesian +susah hati tengok Adam macam tuh.. Masa mula-mula dia kena ruam , ingatkan sebab habuk/kuman. Kot-kot lar tangan Adam kotor kan, pastu masukkan dalam mulut pulak. Tapi,  hari- hari dia masukkan tangan dalam mulut, apsal pulak certain days jer yang ruam. Kalau dah kena ruam, 2-3 hari baru sembuh. Then, saya perasan, everytime bagi Adam ayam jer jadi macam tuh. So, soheh! Memang tak leh bagi ayam. Ingatkan ayam jer yang dia tak leh makan, rupa-rupanya kentang pun sama. Last 2 weeks, sajer try bagi makan kentang lagi, tak sampai setengah jam, terus timbul ruam. Arrgh!! Menyesalnya bagi Adam kentang. Rasa nak hantuk kepala sendiri kat dinding. Huhuhu.

So, jumpa paed, paed bagi krim. Lepas sapu krim, ruam tu tak hilang, tapi Adam stop lar garu-garu. Maybe krim ni leh hilangkan rasa gatal tu kot. Tapi, lepas mandi, Adam start garu-garu balik sambil merengek-rengek. Maybe sebab krim tu hilang bila kena air kan.  Haih… tak leh sapu banyak kali. Krim tu leh sapu 2 kali jer sehari.. Kalau sapu lepas mandi, kang nanti nak tidur dah tak leh sapu lagi. Kalau gatal-gatal balik macam mana..ada budak yang tak leh tidur malam kang. Sambil pujuk Adam.. saya dok belek-belek ubat lain yang paed bagi.

Kebetulan time jumpa paed tu Adam selsema dan batuk-batuk, so sekali harung paed bagi ubat yang berkaitan. Belek punya belek ubat Adam, terperasan yang ubat selsema dia tulis ‘Untuk selsema, alergi dan gatal-gatal’. Eh.. Eh.. leh try kot bagi ubat ni kat Adam. So saya tawakkal jer lar bagi ubat selsema tu kat Adam.  Alhamdullilah. Lepas setengah jam makan ubat tu, ruam terus surut. Malam nak tidur, almost 80% ruam tu hilang. Adam pun dah tak garu-garu lagi. Bukan main seronok jer dia  bila dah tak gatal lagi. Lepas ni kalau dia ruam alergik balik, bagi ubat tu jer. huhuhu.

 

Adam

Yea~ Ruam tiada lagi

Maybe lepas umur Adam setahun, saya nak try bagi ayam ngan kentang kat Adam. But for now, say no to ayam dan kentang. Haih~~ apa bondo lar Mummy nak suap kat kamu ni Adam.. terpaksa lar sumbat ikan hari-hari. Jangan muak, sudah.