Baju-bajan makin banyak, maka saya bodek En Suami beli almari baru. Kebetulan salah sorang geng gojes promote almari kiub, laju-laju saya order almari baru.

Almari ni bentuk kiub-kiub segi empat, sampai pun dalam kotak. Kena pasang sendiri. Material dia apa ntah nama..dia macam plastik, tapi plastik tak mudah koyak lar. Saya order kaler hitam. Cute tak?

Almari kiub

Almari kiub

Pasang memasang almari kiub ni saya serahkan kat En Suami. Ikutkan takderlah susah sangat pasang almari kiub ni, tapi sebab Adam menyibuk sekali, memang sambil pasang sambil berperang ngan Adam. Bila saya tarik Adam, kemain lagi dia mengamuk. Haih.. lom siap pasang, Adam dah rasmi dulu keluar masuk almari kiub.

Adam 'tolong' daddy pasang almari

Adam ‘tolong’ daddy pasang almari

Saya memang biarkan kosong kiub belah bawah sebab Adam cukup suka main kat situ. Kalau letak baju, memang kena punggah ngan Adam jer lah. So biarlah yang bawah tu jadi ‘playground’ Adam.

Nyorok dalam almari pun boleh...

Nyorok dalam almari pun boleh…

Kenapa saya beli almari kiub, kenapa tak beli almari kayu? Sebab, saya tak plan nak duduk rumah ni lama-lama. Rumah kami duduk sekarang ni  rumah sewa. Kami laki bini dalam perancangan nak beli rumah sendiri. Almari kiub ni sangat ringan, leh dibukak, jadinya senang nak pindah-randah nanti.

Yang saya beli ni Jenis Wardrobe Series 8 Cubes. Ada yang jenis storage cubes, ada jenis wardorbe, shoe rack pun ada. Saiz pelbagai, 6 cube, 8 cube, 12 cube, 16 cube, paling besar 20 cube kot. Harga berbeza mengikut saiz dan bentuk.

If ada yang mencari almari cube macam ni, leh refer kat page fb ni; D’Dalilis Mom N Baby Corner

 Iklan

 Dapatkan Ephyra dengan harga lebih murah disini. 

Dapatkan Produk Tropika murah untuk anak-anak di sini