Assalamualaikum

Rasanya saya ada pernah mention yang Adam tu ada masalah alergi kan? Tapi saya tak cerita detail. Then bila ramai kawan update kat fb yang anak diorang pun ada masalah lebih kurang Adam and diorang pun tertanya-tanya apa nak buat..jadi saya nak share kat sini.. apa yang saya buat bila anak ada masalah alergi.

Adam dari kecik memang ada masalah alergi. Masa dia baby dulu, dia ada masalah ekzema. Antara punca ekzema ni, alahan pada makanan. Tak boleh salah makan.Antara makanan yang Adam tak boleh makan dulu telur dan ayam. Susu formula pun dulu Adam tak boleh minum. Jadi, dulu memang saya kena pantau dan jaga betul lah apa benda dia makan. Takut tersalah makan. Sebab bila Adam termakan benda yang dia tak boleh makan, memang teruklah kulit dia jadi gatal, ruam kemerahan atau kulit jadi kering berkerak. Now, dia dah tak ada masalah alergi makanan.  Semua makanan yang dia alergi dulu dia dah boleh makan. Makanan feberet dia sekarang, ayam! Masalah ekzema dia pun dah tak ada.

Cuma sekarang, Adam ada masalah Alergi Rhinitis. Ekzema, Alergi Rhinitis dan asma berkaitan antara satu sama lain sebenarnya. Alhamdullilah, Adam cuma ada masalah ekzema dan alergi jer. Dia tak ada asma.

Ekzema- alergi rhinitis - asma

Kaitan antara ekzema- alergi rhinitis – asma

Sumber gambar sini

Allergic Rhinitis ni alergi pada alergen seperti habuk, debu, hama, debunga, kulat dan bulu haiwan. Kadang-kadang cuaca sejuk pun boleh trigger alergi Adam. Bila dia dah start alergi, dia akan bersin-bersin, hidung berair, mata bengkak dan kemerahan, kulit pun gatal-gatal kemerahan. kalau teruk sangat, ruang rongga hidung dia akan jadi radang dan akhirnya keluarlah darah kat hidung dia tu. Darah yang keluar tu bukan sikit tau, banyak! Kadang-kadang berketul-ketul darah tu keluar.

Alergi Rhinitis

Alergi Rhinitis

Radang pada rongga hidung

Radang pada rongga hidung

Masa mula-mula Adam bleeding kat hidung, memang kami laki bini panik lah. Bawak gi jumpa doktor, doktor kata panas dalam. Pelik la jugak sebab masa first time dia bleeding, kami dalam kereta, pasang aircond. Dah kenapa pulak panas dalam? Then lepas -lepas tu, kalau dia bersin-bersin teruk, memang lama-lama akan bleeding. Saya memang risau lah. Pastu En Suami kata, dulu dia kecik-kecik pun gitu jugak. Kalau bersin/selsema teruk, memang akan berdarah hidung. Jadi rasanya Adam ni memang sama dengan daddy dia lah. Alergi.

Rumah mak saya ada kucing. Jadi memang bermasalah besar setiap kali kami balik rumah mak saya. Adam akan gatal hidung, bersin-bersin, mata berair dan gatal-gatal badan. Paling lama kami boleh duduk rumah mak saya, 2 jam. Kalau lebih dari tu, memang mata Adam akan bengkak teruk dan keluar darah kat hidung!

Kalau waktu jerebu, lagi teruk masalah alergi Adam tu. Hampir setiap masa hidung dia berair dan  bersin-bersin. Waktu malam lagi teruk! Sebab malam kan sejuk.. bila sejuk selsema dia lagi teruk. Oleh sebab kami dah boleh agak Adam ni ada masalah alergi pada habuk dan debu, jadi saya cari lah kat internet,  apa benda yang saya boleh buat untuk bantu Adam. Antaranya guna penapis udara. Kena guna penapis udara yang ada HEPA (High Efficiency Particulate Air) Filter. Hepa filter ni boleh tapis alergen-alergen macam debu, habuk, debunga  tu semua lah.

Penapis HEPA (HEPA Filter)

Penapis HEPA (HEPA Filter)

Jadi kami beli lah penapis udara yang ada Hepa Filter. Kami beli penapis udara jenama Sharp. Kurang lah sikit masalah alergi Adam lepas pasang penapis udara nih. Malangnya, penapis udara sharp kami sekarang dah tak boleh guna, sebab jadi sarang semut. Awal tahun lepas kami tinggalkan rumah 2 minggu, bila balik penapis udara tu dah penuh dengan semut. Dia buat sarang dalam tu. Ei!!! Geram betul tengokkan. Habis rosak penapis dalam tuh. Konon nak beli penapis baru kat kedai yang jual penapis udara tu, tapi kedai tu tak jual pulak spare part penapis. Sampai ke sudah tak repair lagi penapis udara tuh. Terbiar macam tu jer.

Penapis udara Sharp

Penapis udara Sharp yang dah rosak. Huhuhu

Selain penapis udara, kena jugak pastikan rumah bebas habuk dan debu. Kalau setakat sapu jer tak berapa berkesan sebab bila sapu, habuk debu tu ada lagi sebenarnya, cuma terbang ke tempat lain. Jadi better guna vacuum dan kena guna vacuum yang ada Hepa Filter jugak. Dan perlu vacuum rumah setiap hari.  Saya guna Vacuum Shimono. Vacuum Shimono ada Hepa Filter. Kalau nak guna vacuum lain pun boleh, tapi pastikan vacuum tu ada HEPA filter. Penting HEPA Filter ni untuk orang yang ada masalah alergi rhinitis. Perabot pun kena sentiasa lap untuk pastikan rumah tak ada habu debu tu semua.

 

Vacuum

Vacuum Shimono

Selain tu, kena jugak pastikan tuala, cadar, selimut, sarung bantal, langsir bebas hama dan debu. Jadi kena kerap tukar cadar, tuala, selimut dan langsir tu semua. At least seminggu sekali kena basuh dan tukar. Sebab hama suka membiak kat cadar, selimut tuala nih. Langsir pulak selalunya mengumpul habuk.

Walaupun dah vacuum rumah hari-hari, cadar tuala selimut bertukar ganti, tapi sometimes Adam tu tetap lah jugak bersin-bersin sampai berdarah hidung. Risau hati saya ni. En Suami jer relax, sebab dia kata dia pun macam tu jugak kan. Bila besar lama-lama hilang sendiri. Masalahnya..saya tetap risau. Takut Adam ada penyakit lain.

Jadi, kami bawak Adam pergi jumpa pakar ENT (Ear, Nose and Throat). Doktor tanya saya atau suami ada masalah alergi tak? Suami beritahu lah..dulu dia macam Adam tu jugak. Tak boleh kena habuk tu semua, memang gatal hidung, gatal mata, pastu keluar darah. Then doktor kata.. masalah Alergi Rhinitis ni memang boleh diwarisi dari ibu bapa ke anak-anak. Tapi untuk kepastian, doktor check la jugak Adam tu, takut ada penyakit lain ke kan.. Bila doktor check, Adam memang tak ada apa-apa masalah kat hidung dia. Bila masukkan scope, dalam hidung dia clear, cuma ada lendir sikit. Itu normal bagi orang yang ada masalah alergi, sebab hidung diorang memang sangat sensitif dengan habuk debu tu semua. So, memang confirm lah Adam ada masalah alergi, masalah genetik ikut daddy dia. Huhuhu.

Orang yang ada masalah alergi ni sebenarnya ada kaitan dengan sistem imunisasi. Sisitem imunisasi dalam badan diorang kenalpasti habu, debuk, debunga tu semua sebagai bendasing luar. Jadi sistem imunisasi ni akan hasilkan hestamine untuk lawan bendasing tu. Hestamine ni lah yang jadikan hidung tu gatal, beriar, mata kemerahan tu semua. Sebab hestamine tu tengah cuba keluarkan bendasing dalam badan.

Antara rawatan untuk anak yang ada masalah alergi rhinitis ni, bagi diorang ambil  antihestamine. Pakar ENT tu bagi Adam Zrytec (ubat minum) dan ubat sembur kat hidung, Sterimar dan Nasonex.

Ubat alergi Adam

Ubat alergi Adam

Zyrtec ni antihestamin tau. BUKAN steroid  Ada yang salah faham. Asal kata ubat alergi jer..terus jer kata benda tu steroid. Tak elok untuk anak. Haih…Ya, steroid memang digunakan untuk rawat masalah alergi. Tapi untuk masalah alergi yang serius jer. Kalau tak serius, cukup guna antihestamine. Antihestamin dan steroid TAK SAMA. Boleh rujuk doktor atau pakar farmasi kalau tak percaya.

Spray Sterimar tu air garam. Memang biasa orang guna untuk clearkan hidung tersumbat. Sterimar tu air garam semata-mata. Yang tak ada masalah alergi, tapi hidung tersumbat sebab selsema pun boleh guna. Tak ada masalah. Nasonex tu pulak, air garam + sedikit antihestamine. Yang Nasonex ni sesuai lah untuk anak yang ada masalah alergi macam Adam.

Doktor kata, kami boleh bagi Adam Zrytec setiap hari. Tak ada masalah. Jadi kami bagi Adam Zrytec setiap malam sebelum tidur. Waktu siang Adam jarang ada masalah alergi (kecuali bila jerebu). Waktu malam tengah tidur biasanya dia akan terjaga bersin-bersin sampai berdarah hidung sebab sejuk. Jadi bila bagi Zrytec ni memang jarang lah dia terjaga bersin-bersin. Ubat spray tu pulak kami sembur bila perlu jer. Contohnya  waktu siang kalau tiba-tiba dia bersin selsema atau waktu malam kalau tiba-tiba dia terjaga bersin-bersin selsema. Dia kalau dah start selsema malam-malam tu, kadang kahak tu berkumpul kat dada, batuk-batuk sampai termuntah! Bila dah spray, reda lah bersin selsema dia tuh.

Selain Sterimar dan Nasonex, Adam ada ubat spray lain.

Ubat spray Adam

Ubat spray Adam

Yang Oxy-Nase (botol putih) tu, memang antihestamin spray. Khas untuk kanak-kanak yang ada masalah Alergi Rhinitis macam Adam. Yang Flixonase (botol hijau) tu steroid! huhuhu.

Kami beli Flixonase tu kat farmasi kat Kundasang, Sabah. Kat Kundasang kat sejuk gila.. Jadi memang teruk la alergi Adam tu. Asyik bersin-bersin berdarah hidung jer ha. Sepanjang malam lansung tak boleh tidur walaupun dah bagi Zrytec. Kami pergi lah farmasi, then ahli farmasi tu cadangkan spray Flixonase tu kat Adam. Kami pun beli jer lah. Orang farmasi tu  memang ada pesan, tak boleh bagi selalu. Sehari sekali jer. Dan bagi bila perlu sahaja.  Tapi dia tak bagitahu pulak Flixonase tu steroid.

Masa kami balik rumah mak saya  minggu lepas, kami tertinggal ubat spray Flixonase tu. Rumah mak saya kan ada kucing, memang masalah besar lah untuk Adam. Dulu, kalau Adam start bersin jer kat rumah mak saya, memang kami terus balik rumah sendiri.. Tapi sekarang kami dah duduk Jitra, takkan nak patah balik Jitra bila balik rumah mak kat Seri Kembangan kan? Tak masuk akal sangat. Jadi kami pergi la farmasi, ingat nak beli Flixonase tu lagi. Then orang farmasi tu kata.. tu steroid kak.. untuk budak tak elok sangat. Jadi dia sarankan ambil Oxy-Nase. Sebab Oxy-Nase tu memang spray antihestamin  khas dan selamat untuk kanak-kanak. Terkejut jugak bila tahu Flixonase tu steroid.. nasib baiklah kami jarang spray kat Adam.  Lepas tu, memang kami dah tak guna dah Flixonase..kami guna spray Oxy-Nase tu jer.

Walaupun sebelum tidur, Adam tu dah ambil Zrytec, saya tetap kena vacuum bilik tidur. Kiranya double precaution and prevention. Ubat kena ambil, bilik pun kena vacuum. .Walaupun waktu siang  dah vacuum bilik dan seluruh rumah, tapi waktu malam sebelum tidur kena vacuum bilik sekali lagi untuk pastikan bilik betul-betul bebas habuk debu untuk pastikan tidur Adam dan tidur kami laki bini lebih lena. Kalau anak dah bersin selsema tengah-tengah malam, memang mak bapak pun kena bangun sekali lar kan. Kalau tiap-tiap malam tak cukup tidur macam tu, boleh sakit kepala weh.. jadi lebih baiklah kita mencegah sebelum terjadi.

So far, Alhamdullilah  memang nampak  semakin berkurangan masalah alergi Adam tu. Dia dah jarang bersin- bersin atau berair hidung dan mata. Kadang-kadang jer, tengah-tengah malam tu dia bersin-bersin selsema. Hidung dia pun dah jarang sangat dah berdarah. Alergi Rhinitis ni  lama kelamaan akan berkurangan semakin meningkat usia. Tapi tak lah hilang terus sebab En Suami tu pun kadang-kadang akan bersin selsema jugak bila terkena habuk debu. Cuma tak teruk macam Adam.

Jadi, korang kalau anak ada masalah alergi macam Adam, alergi kat habuk, debu atau cuaca sejuk.. boleh lah cuba guna penapis udara dan vacuum yang ada HEPA FILTER. Pastu kena rajin tukar cadar, sarung bantal, selimut dan tuala sekurang-kurangnya seminggu sekali.

Untuk rujukan berkaitan alergi rhinitis ni, boleh rujuk link link kat bawah ni

https://www.healthxchange.sg/children/childhood-conditions/treatment-allergic-rhinitis-children

http://www.stlouischildrens.org/diseases-conditions/allergic-rhinitis

https://www.healthline.com/health/allergic-rhinitis#symptoms

https://www.webmd.com/allergies/tc/allergic-rhinitis-overview#1

Tapi..seeloknya, dan memang saya sarankan sangat.. bawa anak pergi jumpa pakar ENT kat hospital untuk buat checkup yang lebih detail sebab takut ada masalah kesihatan yang lain.