Assalamualaikum

Kami sekeluarga sekali lagi diuji dengan masalah kesihatan. Sebelum ni kami  kena jangkitan Rota Virus. Baru-baru ni, saya dan anak-anak dijangkiti Influenza A pulak.

Mula-mula Adam yang demam dulu. Malamnya Aiza pulak.   Suhu masing-masing mencanak naik 38-39 terutamanya waktu malam. Memang tinggi suhu anak-anak. Dengan batuk selsemanya, lembik terus budak-budak tuh. Memang nampak lembik sangat sangat. Masing masing merengek jer.

Lepas 3 hari demam anak-anak tak kebah, kami bawak pergi check kat hospital. Buat ujian darah, confirm budak budak tu dijangkiti Influenza A. Patutlah teruk sangat budak-budak tu demam. Memang lembik betul tau. Paling ketara Adam. Nampak tak larat sangat.

adam positive influenza A

Test result Influenza A- positive

Seminggu lebih jugak lah budak budak ni demam. Lepas budak- budak ni demam, saya pulak yang demam berjangkit dengan anak-anak. Walaupun simtom Influenza A ni sama macam demam selsema biasa, tapi rasa sakit sebab demam Influenza A ni memang tak sama dengan demam biasa.

Simtom Influenza

Hampir 2 minggu anak-anak dan saya demam berganti ganti. Alhamdullillah, akhirnya  kesihatan kami semakin pulih. Cuma waktu saya menaip ni, saya masih lagi batuk-batuk. Degil betul kuman nih. Tak hilang-hilang. Geram betul.

Ada kawan-kawan yang tanya, kami tak kena kuarantin kat hospital ke, sebab kami positive Influenza A. Jawapannya, tak. Doktor advise rawat di rumah, tak perlu masuk wad sebab masa kami bawa Adam dan Aiza ke hospital, suhu badan Adam dan Aiza tak cecah 40 dan diorang tak dehydrated.  Kalau suhu cecah 40 dan dehydrated(kurang air), mungkin kena tahan wad kot.

Jadi selama anak-anak dan saya sendiri kena Influenza A ni, saya pastikan kami minum air secukupnya, makan ubat yang doktor bagi, rehat dengan cukup, dan sentiasa pantau suhu terutamanya suhu anak. Bila suhu anak tinggi , memang saya jerlum budak -budak tu dengan air asam jawa sampai suhu turun balik.

Sebenarnya, bila disahkan kena influenza A ni, tak semestinya  kena tahan wad dan dikuarantin kat hospital. Tapi, oleh sebab penyakit ni sangat mudah berjangkit, jadi kami kuarantin diri kami sendiri kat rumah. Memang tak kemana-mana. Duduk rumah, rehat dan makan ubat. Sepatutnya begitulah. Walaupun doktor tak kuarantin anak kita, tak bermakna kita boleh lepas tangan hantar anak ke sekolah bila anak sakit. Kan? Bila anak sakit, atau diri kita sendiri yang sakit…tolonglah jadi manusia bertanggungjawab, jangan sebarkan penyakit tu kat tempat awam.

Influenza A ni lebih kurang H1N1. Dulu negara kita pernah panik bila dilanda H1N1 kan.. masa tu belum ada lagi ubat untuk H1N1 ni. Alhamdullillah, sekarang dah ada antibiotik. Antibiotik ni hanya akan diberi bila kita disahkan dijangkiti H1n1. Dan antibiotik ni lah yang kami ambil sepanjang kami demam.

Vaksin untuk influenza ni pun ada. Kalau ada yang nak ambil vaksin ni untuk anak-anak, boleh cuba tanya klinik atau hospital. Vaksin ni optional. Terpulanglah nak ambil ke tak. Tapi kalau nak ambil, kena bayar.

Ada mak bapak yang tahu anak tu demam, batuk selsema, tapi tetap jugak hantar ke taska, tadika atau sekolah. Tak pasal jer  berjangkit kat anak orang lain. Haih… Kami syak Adam dapat Influenza A ni dari tadika dia. Sebab cikgu dia kata selain Adam, memang ramai yang demam. Jadi Adam pun terkena jangkitan tu dari sekolah, bawak balik, berjangkit kat Aiza pulak. Lepas tu jangkit ke saya dan suami.

Serius, saya geram sangat dengan orang yang jenis tak bertanggungjawab dan lepas tangan macam nih.  Tak kisah la apa pun alasan, bila anak kita sakit, jangan hantar / bawak anak ke tempat yang ramai budak-budak lain.  Sistem imunisasi budak -budak ni tak sama. Ada yang antibodi kuat, ada yang lemah. Dan budak-budak tu mungkin ada adik baby kat rumah. Bila berjangkit, baby kat rumah pun berisiko untuk terkena jangkitan. Tak kesian ke tengok baby kena demam panas? Tak ada hati perut aniaya budak-budak macam tu?

Sekarang memang tengah musim Influenza. Tolong jangan sebarkan penyakit nih. Bila ada simtom-simtom batuk, selsema dan demam panas berpanjangan, cepat-cepat check kat hospital dan kalau positive Influenza, makan ubat, minum air dengan banyak dan tolong duduk rehat kat rumah diam-diam.

Info tentang penyakit Influenza A ni boleh baca kat sini dan sini.