Sudah cukup tarikh, tapi baby belum keluar lagi…. Ibu baby? Makin gemuk….
Sementara tunggu baby keluar, hari-hari saya dok belek diri sendiri.. Makin bulat dan tombam. Tak percaya? Sila compare gambar di bawah:
Me in Sept 2011.
Masa gambar ni diambil, baby dah ada dalam perut. Tapi masa tu saya dan Encik suami belum tahu baby dah ada dalam perut. Baby pun dalam bentuk embrio lagi… kecik sangat.
Sekarang ni Mei 2012. Usia kandungan dah 40 minggu. Dah overdue. Dalam perut ni InsyaAllah baby dah cukup sifat dan sihat. Baby membesar dalam perut, ibu baby pun ikut membesar sama-sama. So..cer teka macam mana ghupa saya sekarang?
The latest me:
Me in Mei 2012
Macam dua orang yang berbeza! Haih…
Gambar atas ni diambil hari sabtu lepas. Time ni nak gi kenduri kawin kawan En Suami. Ahad pun saya gi kenduri kawin lagi. Gigih berjalan kesana kemari padahal sepatutnya saya bersalin hari sabtu/ahad tuh. Dok umah pun still gigih wat keja-keja umah. Konon-konon nak bagi baby cepat kuar. Tapi baby totap tak mo kuar…
So today, gi checkup kat KK. 40th weeks checkup. First time sepanjang mengandung, berat badan saya turun. Turun 400g since last week. Uii…seronok. Sampai gi timbang 2 kali. Tapi…kalau dikira total pertambahan berat badan since disahkan mengandung sampai 40 weeks pregnant ni = 16.3kg. Kalau ikut jadual sepatutnya 12kg sahaja kan. So, saya dah terlebih 4.3kg. Ni belum bersalin lagi nih. Ada kebarangkalian nak tambah lagi berat badan.
Berat jer lar turun, tapi blood pressure (BP) saya tiba-tiba pulak tinggi. Memula check BP kat kaunter luar jer. 152/90. Uii..tinggi wokei. Nurse dah risau. Then masuk bilik nurse, nurse kat dalam bilik check bp lagi sekali. 140/90. Turun sikit, tapi still consider tinggi. So nurse kata kena jumpa doktor. And maybe kena admit masuk wad. Reason kena masuk wad:
- Saya dah overdue
- BP saya tinggi
So..gi jumpa doktor pulak. Alhamdullilah, time jumpa doktor, bp saya dah turun. 130/90. Tataw la kenapa memula check, bp tinggi. Aneh betul. Purata BP normal bagi wanita mengandung sepatutnya diantara 110/70 dan 120/80. Tapi bagi setiap wanita mengandung, tekanan normal BP masing-masing tak sama yer. So, ada yang mungkin BP tinggi, tapi normal bagi orang tu… But for me, sebelum ni memang tak pernah lebih 120/80. Hari ni jer tiba-tiba tinggi. Mungkinkah sebab saya dah overdue?
Anyway, doktor kata BP saya still ok, just a bit high. Tak perlu admit wad. Scan baby, baby dah turun. Ikutkan,kepala baby memang dah lama masuk saluran (engaged). Cuma..baby belum nak keluar lagi… And langsung takder tanda-tanda saya nak bersalin. So, starting tomorow, hari-hari kena gi KK, check BP, air kencing ngan jantung baby. After 7 days, kalau baby lom keluar, saya kena masuk hospital. Means, 3hb 6 ni ..kalau baby tak nak kuar jugak, saya kena menyerah diri ke hospital. Masuk wad. Nampak gayanya, baby memang ikut jejak langkah En Suami lar ni..kena induce baru nak keluar.. Tapi my sis bilang..sakit contraction bila di induce lebih sakit dari sakit contraction normal…
Aaa.. takutnyer saya.
6 Comments
mummyosh
huhuuu..da 40w…sabau sabau..tak lame je lg tuu….arap2 sume slmat la ye..pape kalu da bersalin roger la weh..tak pon hapdate le blog o fb heee
zila
kalau aku dah bersalin, aku rasa laki aku yg akan update fb dia dengan pantasnya…takper2..nnti aku suruh dia tag aku sekali.. nnti kuar lar kt news feed ko..InsyaAllah. hihi. 🙂
ainie
heh….. mcm aku juga dulu zila… 40 minggu 3 hari… br dier nak kuar… hr due aku… rileks jer aku dtg opis keje… bebudak opis cuak…. jerk… heheheh.. apa pun aku doakan sumer slmat k…
p/s,…. comel ko…. tu yg gambo baju biru,,, hehhehehe
zila
oo..ko pun lmbt ek.. hari2 dok tunggu baby kuar jer kan.. ni pun langsung lom ada tanda2 baby nk kuar… haih~~
tang mana yg comei?? muka aku dah kembang semangkuk. mata dah sepet mcm apa ntah. huhuhu.
kiki lala
skang ni saya 40 minggu 2 hari..baby ni syok dok dlm perut Ummi dia..mmg berdebar dan agak takut bila baca blog awak nie..walau apa pun, saya kene bersedia, betul tak?..mmg kalau leh nak normal..tp kita tak tau, apa yg bakal berlaku kan..hopefully smuanya OK…blog awak banyak membantu saya, dptkan experience..
zila
Alahai…saya tak niat nak takutkan org ngan pengalaman bersalin saya .. huhuhu. Bersalin memmang sakit, tapi..sakit kan penghapus dosa.. 🙂 harap-harap kelahiran bayi awak nanti dipermudahkan.. Anyway, thanks for reading my blog.