Assalamualaikum…

Saya ada baby wrap untuk dijual. Baby Wrap ni kain untuk gendong bayi. Yang saya punya ni, brand Baby Wrap by Mak Yang.

Harga Asal: RM98.00 (POSTAGE RM10 KE SEMENANJUNG MALAYSIA/ RM15 SABAH SARAWAK)

Harga Jual: RM70. 00 SAHAJA ( FREE POSTAGE KE SEMENANJUNG MALAYSIA/ RM5 SABAH SARAWAK)

Gendong Aiza guna Baby Wrap By Mak yang

Gendong Aiza guna Baby Wrap By Mak Yang

Baby Wrap By Mak Yang ni..jenis semi instant wrap. Lebih mudah dipakai berbanding wrap baby yang biasa. Kalau wrap baby biasa tu, jenuh nak kena lilit sana lilit sini, belit sana, belit sini,ikat sana, ikat sini.  Belum siap belit, baby dah meraung-raung. Haru.

Kalau yg dah biasa guna wrap baby, mungkin rasa senang jer nak belit-belit wrap ni. Tapi kalau yang tak biasa guna wrap, yang newbie macam saya, better beli semi instant wrap. Sarung jer, pastu masukkan baby, ikat sikit untuk ketatkan. Done!

Boleh  tengok video ni untuk tengok cara pakai Baby Wrap by Mak Yang:

Kalau tak nak tengok video, boleh tengok gambar ni:

Cara Pakai Baby Wrap by Mak Yang

Cara Pakai Baby Wrap by Mak Yang

Mudah sangat guna Baby Wrap By Mak Yang ni. Selesa pulak tu. Kalau dukung anak guna tangan, lenguh kan.. Aiza tu, walaupun kecik, tapi dukung lama-lama lenguh jugak. Lagipun tak selesa kan berjalan sambil dukung anak lama-lama. Tapi bila guna wrap ni, senang sangat nak gi jalan-jalan. Tak lenguh tangan. Tak lenguh pinggang.  Aiza pun lena jer dalam tu.  Sebabnya dia selesa,  macam dipeluk.

Lena Aiza tidur dalam wrap nih

Lena Aiza tidur dalam wrap nih

Bila tangan dah tak dukung anak,  pergi shopping pun senang nak pilih-pilih barang. Heheheh

Shopping di Pasar Siti Khadijah

Shopping di Pasar Siti Khadijah

Memang best lar gendong baby guna Baby Wrap By Mak Yang ni.

Tak percaya? Ada banyak review positif dan testimoni ibu-ibu lain yang guna wrap Mak Yang ni. Korang boleh boleh tengok kat sini. 

Sambil makan pun boleh gendong Aiza

Sambil makan pun boleh gendong Aiza

Mesti korang tertanya-tanya kan.. Kalau best sangat wrap ni, kenapa nak jual? Ikutkan memang tak nak jual.. Sayang oii… Tapi, terpaksa jugak jual.. Sebab Aiza dah tak muat dok dalam tu. Dari terbiar dalam beg jer..Baiklah jual jer kan… Ni lah kekurangan wrap semi instant ni. Tak boleh nak adjust saiz. Bila baby dah semakin membesar, tak boleh guna dah wrap ni .. Huhuhuhu

Baby Wrap By Mak Yang ni,  saiz dia ikut saiz orang yang bawak/ gendong baby. Kalau beli direct dengan official seller, saiz paling kecik XS. TAPI saya punya ni custom made. Saiz XXS.  Sebabnya bila saya try saiz XS, still longgar. So seller tu buatkan saiz XXS untuk saya.

Saiz XXS ni sesuai untuk yang berat badan antara 38kg – 43KG SAHAJA. Berat ibu tau. Bukan berat baby. Oleh sebab wrap ni kecik, jadi saiz baby yang boleh masuk dalam wrap ni, between 3kg – 6kg sahaja.

Baby Wrap untuk Dijual

Baby Wrap Untuk Dijual

Baby Wrap Untuk Dijual

Harga saya beli dulu RM98.00 ( Tak termasuk kos postage)

Saya nak jual RM70.00 SAHAJA.

FREE POSTAGE ke Semenanjung Malaysia. Sabah Sarawak kena tambah RM5 untuk kos postage. 

Saiz:  Ibu yang bersaiz kecil (XXS) dan sesuai untuk bayi yang berat badan 3kg – 6KG sahaja.

Keadaan wrap masih elok.. masih cantik. Condition dia 8/10

Untuk pembelian, boleh sms/whatsapp saya; 012.692. 2025. (NO PHONE CALL PLS)

 

Soalan lazim tentang Baby Wrap by Mak Yang ( saya ambil dari facebook Baby Wrap by Mak Yang)

1. Material ?

 Material adalah’ jersey knit, interlock’, daripada cotton-polyester blend. Material ini ada berbagai gred dan pihak kami pastikan hanya jersey-knit yang berkualiti digunakan. Untuk corak bahagian depan, kain adalah ‘designers cotton’.

2. Kain ‘stretchable’ ke? 

Ye stretchable.

3. Kain tu tak panas ke?

Tak panas, tak sejuk. Sederhana.

4. Kain tu tebal ke?

 Tak tebal tak nipis. Sederhana.

5. Boleh dibasuh?

Boleh dibasuh dengan mesin basuh (delicate-wash) atau basuh dengan tangan.

6. Macam mana nak pakai?

Cara pemakaian macam video ini ya https://www.youtube.com/watch?v=ZOFE7490xxM

7. Material semua tested baby-safe?

Jahitan selamat? Material adalah jersey knit, interlock yang sesuai untuk stretchy wrap (jika dipakai mengikut berat yang bersesuaian). Ia meregang sehala, bukan dua hala. Jahitan ‘double-stitched’ supaya lebih kuat jahitannya dan meggunakan ‘ball-point needle’ yang bersesuaian dengan material ini.

8. Boleh ‘handsfree’ ke?

Ya boleh.

9. Boleh breastfeed baby ke?

Ya boleh. Sila google/youtube cara-cara nye untuk menyusu bayi dalam wrap.