Assalamualaikum..

Minggu lepas kami balik Langkawi. Macam biasalah,balik kampung mertua kat sana. Tiba-tiba jer En Suami ajak balik sana, jadi ikut jer lah. Petang Rabu lepas Adam balik tadika, kami gerak ke Langkawi.

Budak dua orang ni tak tahu diam dalam feri. Berlari kesana kemari

Budak dua orang ni tak tahu diam dalam feri. Berlari kesana kemari

Turun feri kat Jeti Kuah

Turun feri kat Jeti Kuah

Sampai sana lebih kurang pukul  4 petang. Hantar barang ke rumah jap..lepas tu terus pergi makan  kat tepi pantai. Perut lapor.. Kami pergi pantai tepi airport . Apa ntah nama pantai tu. Pantai tu yang paling dekat dengan kampung mertua kat Langkawi tu. Naik kereta 3 minit dah sampai. Ada banyak gerai-gerai makanan tepi pantai tu..Tapi tak pernah pulak kami singgah makan. Kali ni sajer nak try, aduhh..mahalnya! ABC kosong jer RM5. Cucur udang sekeping RM2.50. Haih, dah lapar kan..order jer lah makan.

Bertiga jer lah.. Adam tak ikut. Dia sibuk ikut Mak Tok beli barang

Bertiga jer lah.. Adam tak ikut. Dia sibuk ikut Mak Tok beli barang

Lepas makan, lepak-lepak tepi pantai kejap, tengok laut. Dalam pukul 6 lebih..balik rumah.

Hari  Khamis, kami tak berjalan sebab  kami laki bini mengadap laptop siapkan kerja sikit. Tapi bila dah sepanjang hari ngadap laptop, bosan lar pulak. Jadi petang Khamis tu ajak En Suami pusing-pusing Langkawi. Tengah jalan kat kawasan berbukit, tiba-tiba burung enggang terbang betul-betul depan kereta.  Slow jer tau dia terbang. Santai2 jer. Punyalah banyak kali saya pergi Langkawi , tu lah first time nampak burung enggang terbang depan mata. Kalau helang tu, memang selalu nampak. Excited pula rasanya nampak enggang terbang depan mata. Hehehe

Hari Jumat, lepas solat Jumaat kami pergi pantai Tanjung Rhu pulak. Ni kali kedua lah saya ke sini. Kali pertama dulu masa nak naik bot untuk mangrove tour. Kali ni saja pergi sana untuk santai-santai. Pantai-pantai kat Langkawi cantik-cantik tau. Pantai Tg Rhu ni pun antara pantai yang cantik kat Langkawi. Ada banyak sangat pokok Rhu kat sini. Sebab tu lah nama pantai ni Tanjung Rhu. Tapi sebab pantai ni agak jauh dan tersorok, jadi tak ramai yang datang sini.

Pantai Tg Rhu Langkawi

Pantai Tg Rhu, Langkawi

Yang ramai kat pantai ni, foreigner yang berjemur half naked. Free show di sana sini. Dah macam kat Krabi pulak rasanya. Hehehe.

pantai tanjung rhu

Kami di pantai Tg Rhu. Jenuh nak ambil gambar ni sebab budak-budak tu tak mahu masuk air

Ni Mak Tok rakam video kami


 

Adam ngan Aiza..macam biasa, sejenis takut air laut..jadi duduk tepi pantai jer lah. Adam tu ok lagi..dia seronok main pasir..Aiza tu…pasir tu pun kalau boleh dia tak nak pijak..sabar jer lah. Jenuh pujuk dia masuk laut..akhirnya nak jugak dia masuk dalam air.  Tapi kejap jer lah, kena pukul ombak sikit, meraung balik dah macam kena dera jer. Haih..

Main kat tepi pantai jer lah budak Adam ni

Main kat tepi pantai jer lah budak Adam ni

Tak sampai 5 minit pun Aiza duduk dalam air tu.

Tak sampai 5 minit pun Aiza duduk dalam air tu.

Air kat pantai Tanjung Rhu ni jernih sangat. Boleh nampak ikan berenang-renang dari tepi pantai tu. Kawasan pantai ni pun bersih. Mungkin sebab tak ramai yang pergi pantai ni kan.. so sebab tu bersih dan terjaga. Separuh dari pantai Tanjung Rhu tu, milik hotel Tanjung Rhu Beach Resort. Pantai yang kat dalam kawasan resort tu, orang luar tak boleh masuk. Tapi pantai yang untuk  public pun luas jugak, jadi ada banyak tempat untuk lepak dan mandi-mandi.

Cantik dan bersih

Cantik dan bersih

Kawasan pantai yang luas untuk orang awam

Kawasan pantai yang luas untuk orang awam

Sejam lebih jer kami kat sini..lepas tu mertua ajak pergi makan. Kat pantai Tg Rhu tu ada kedai2 makan jugak..tapi mertua nak pergi tempat lain. On the way nak pergi makan, nampak pasar malam. Singgah pasar malam,makan kat sana jer lah. Kat sana ada disediakan kerusi meja.. jadi makan terus lah kat sana kan. Lepas makan, balik rumah, rehat.

Hari Sabtu, kami pergi Langkawi Nature Park. Tempat ni baru sangat dibuka. Dekat jer dengan bird park tu. Bird park kami dah pernah pergi dulu, jadi kali ni nak tgk lah apa yg ada dekat Langkawi Nature Park ni.

Langkawi Nature Park

Langkawi Nature Park

Kat Langkawi Nature Park ni ada haiwan-haiwan lebih kurang zoo. ..Tapi  masa kami pergi, tak semua haiwan ada. Banyak kandang kosong.. sebab baru bukak kan.. pokok pun belum ada. Memang panas lah kawasan tu.  . Nasib baik dia ada provide payung. Boleh lah beredup bawah payung tu. Saya, En Suami ngan Aiza jer masuk dalam park ni. Adam tak suka tengok binatang, jadi dia lepak kat cafe dengan mak tok dia.

Harga tiket Langkawi Nature Park untuk dewasa RM28. Kanak-kanak RM18. Kanak-kanak bawah 90cm free, jadi Aiza tu tak dikenakan bayaran. Hehehe

Harga tiket Langkawi Nature Par

Harga tiket Langkawi Nature Park

Antara haiwan yang ada kat sini masak kami pergi tu; beruang, harimau, singa, dubuk, musang, rusa, kambing, unta, burung dan ular. Masa beli tiket tu, staff tu kata gajah dan chimpanzee  jer yang belum ada. Bila dah masuk dalam, punya banyak lah kandang kosong, rupanya banyak lagi binatang lain yang belum ada. Sabar jer lah. Patutnya bagilah diskaun sikit kan, sebab bintanag belum cukup. Tapi kena bayar full pulak.

beruang grizzly

3 ekor beruang grizzly

Kemain dekat ha singa tu kat tepi kaca

Kemain dekat ha singa tu kat tepi kaca

Harimau pulak nun jauh kat sudut dinding

Harimau pulak nun jauh kat sudut dinding

Aiza pelik tengok dubuk, dubuk pelik tengok Aiza

Aiza pelik tengok dubuk, dubuk pelik tengok Aiza

Panas terik. Berpayung lah kami kesana kemari tengok haiwan.

Panas terik. Berpayung lah kami kesana kemari tengok haiwan.

Selain haiwan, tarikan lain kat sini Mangrove Board Walk; laluan merentasi hutan paya bakau. Jauh jugak laluan ni 800 meter. Kat hujung laluan tu ada jeti. Boleh naik boat untuk tengok Kilim Geoforest Park. Tapi kami tak jalan sampai hujung pun.  Masing-masing dah kepanasan, kehausan dan kepenatan..

Mangrove Board Walk

Mangrove Board Walk

Hutan paya bakau

Hutan paya bakau

Nanti lah next time nak pergi lagi masa semua haiwan dah ada, pastu jalan kat Mangrove Board Walk tu sampai hujung, pastu naik bot pusing-pusing Kilim Geoforest Park.

Langkawi Nature Park ni bukak dari pukul 10 pagi – 9 malam. Waktu malam ada show orang main api rasanya. Kami pergi hari tu petang, jadi tak dapatlah nak tengok show tu. Lepas habis pusing park, kami minum kejap kat cafe kat sana. Lepas minum, balik.

Cafe Langkawi Nature Park

Cafe Langkawi Nature Park

Hari Ahad kami pergi ke Telaga Harbor Park pulak. Telaga Harbor Park ni tempat yacht dan bot-bot berlabuh tu ha. Ada pesta Coral Day hari ahad tu. Makan minum semua free. Ada banyak aktiviti dan pameran kat sana. Lepas makan, kami pergi tengok pameran, lepas tu naik bot Maritim. Lepas naik bot, naik Duck Tour pulak. Duck Tour ni pun Free jer.

Pelbagai jenis makanan ada kat sini. Semua FREE

Pelbagai jenis makanan ada kat sini. Semua FREE

Nom nom nom makan FREE

Nom nom nom makan FREE

Ada permainan untuk budak-budak

Ada permainan untuk budak-budak

Macam biasa, tempat ramai orang ni Aiza buat perangai tak nak jalan sendiri, mintak dukung jer

Macam biasa, tempat ramai orang ni Aiza buat perangai tak nak jalan sendiri, mintak dukung jer

Atas bot Maritim

Atas bot Maritim

Duck Boat - boat dua alam. boleh jalan kat laut dan darat

Duck Boat – boat dua alam. Boleh jalan kat laut dan darat

Seronok jugak Duck Tour ni. Pusing-pusing laut tengok view laut yang cantik

Seronok jugak Duck Tour ni. Pusing-pusing laut tengok view laut yang cantik

Lepas naik Duck Tour, Adam tu nak main pasir pulak. Jadi bawak lah dia main pasir kat Pantai Kok  tu. Pantai Kok ni pantai yang dekat Telaga Harbour Park tu lah.  Sebelum ni kami tak pernah pun singgah pantai ni. Lalu jer.  Cantik jugak Pantai Kok ni. Halus sangat pasir kat sini.

Sambil tunggu Adam main pasir, kami tengok budak-budak kecik naik sail bot kecik. Fuh.. kagum kejap tengok budak-budak tu kawal sail bot mini tu tau. Memang kecik tau budak-budak tu, rasanya sekolah rendah lagi. Tapi pandai sangat kawal sail boat tu.

Main pasir kat Pantai Kok pulak

Main pasir kat Pantai Kok pulak

Tu bot layar yang kecik-kecik kat tepi laut tu, budak-budak kecik yang bawak

Tu bot layar yang kecik-kecik kat tepi laut tu, budak-budak kecik yang bawak

Tak lama pun kami kat Pantai Kok ni. Dalam 15 minit jer. Lepas tu kami balik sebab ada guest nak masuk roomstay mertua kat Langkawi tu.

Petang Ahad tu kami balik Jitra balik. Oleh sebab kami dah duduk Jitra, rasanya lepas ni memang kerap lah kami balik Langkawi. Tiap kali balik Langkawi, ada jer tarikan baru kat sana tau. Balik kali ni pun ada beberapa tarikan baru yang under construction antaranya waterpark dan diving park. Nanti dah siap, boleh lah pergi tempat-tempat tu pulak.