Assalamualaikum

Tahun 2019 nanti, Adam dah masuk darjah 1. Jadi kenalah sediakan apa yang patut untuk dia . Kat sini saya nak share antara barang barang kelengkapan Adam tu masuk sekolah.  Kot-kot ada ibu bapa yang masih terfikir-fikir apa barang kelengkapan untuk anak masuk darjah 1.

Kami beli barang keperluan masuk sekolah ni sikit-sikit. Jadi tak lah rasa berat bila nak  membayar tu kan. Kalau beli sekaligus, mahu menggigil tangan nak bayar. Hahaha

Barang kelengkapan masuk darjah 1

Barang kelengkapan masuk darjah 1

Barang pertama kami beli, beg sekolah. Ada 2 beg sekolah dia.. Padahal Adam tu nanti sekolah Kebangsaan jer. Dia tak pergi sekolah KAFA. Tapi beg dia tu 2, sebab mula-mula beli beg Spiderman tu dulu. Beli bulan 8  kat GM Kenanga. Pastu bulan 9, jalan-jalan kat Parkson, daddy dia berkenan pulak dengan beg Marvel tu. Adam tu memang peminat Marvel, jadi dia pun tak nak lepas dah beg tu kat Parkson. Jadi beli la jugak. Sudahnya ada dua beg. Harga lebih kurang jer. Dalam RM80 ++. Takperlah. Kang kalau salah satu rosak, ada bag spare siap-siap. tak yah beli baru. Beg ni boleh ditarik, dan boleh jugak galas kat belakang. Jadi kalau kelas dia kat tingkat atas, boleh la dia galas beg tu naik turun tangga.

Beg sekolah Adam

Beg sekolah Adam

Lepas tu, beli baju sekolah pulak. Baju sekolah ni beli pertengahan bulan November. Baju, seluar, singlet, stokin semua beli kat Pasaraya Hari-Hari. Brand No Problem dan Jony Jeny. Walaupun brand berbeza, tapi kualiti, jahitan, butang semua sebijik sama. Rasanya kilang yang sama jahit baju baju ni, cuma letak 2 jenama berbeza. Harga pun sama. Harga baju dan seluar berbeza ikut saiz. Baju sekolah Adam saiz 14, harga dia RM16.80. Seluar sekolah saiz 21, harga RM23.40. Seluar sukan saiz 30, harga RM18.70. Singlet saiz 28, harga RM5.50.  Stoking hitam 3 pasang RM7.00. Kami tak beli stoking putih sebab Adam dah ada banyak stoking putih. Sapu tangan tu beli kat Giant. 6 helai RM8 rasanya. Tak ingat pulak. Baju sekolah kami beli 3 pasang jer, sebab kat sekolah nanti 3 hari jer pakai baju sekolah, 2 hari lagi pakai baju sukan.

Pakaian sekolah

Pakaian sekolah

Akhir bulan November, kami beli alat tulis pulak. Pembaris, pemadam dan gam kami beli kat kedai Eco. RM2.10 satu pek. Alat tulis lain macam pensel, pensel warna, pengasah pensel, pembalut buku tu kami beli kat Giant. Harga murah sikit dari harga biasa sebab ada sale Back to School. Contoh macam pensel warna 24 batang tu, harga dia RM6.90 satu pek. Murah sangat lar tu kan. Tapi kalau pergi sekolah, Adam tu nanti bawak pensel warna 12 batang tu jer. Yang 24 batang tu untuk guna kat rumah. Pensel 2B Stabilo tu, satu kotak RM6. Beli 3 kotak terus. Budak budak kalau guna pensel mudah hilang kan, jadi standby jer lah stock banyak-banyak.

Alat tulis

Alat tulis

Kasut sekolah kami beli awal Disember. Kami beli kasut sekolah jenama Pallas. Harga kasut ni RM46.99. Ada jer kasut yang lagi murah, tapi nanti Adam guna kasut ni untuk bersukan, jadi biarlah kasut tu selesa untuk dia lari-lari.  Kasut putih kami tak beli, guna jer yang lama. Adam dulu masa tadika, kami belikan dia kasut putih. Tapi rupa-rupanya tak guna pun. Dia pegi tadika pakai selipar jer. Kasut sekolah putih tu masih elok lagi, saiz pun masih boleh pakai, jadi guna jer lah yang tu. Sekolah Adam nanti boleh pakai kasut putih/ hitam. Jadi nanti, hari yang pakai baju sekolah, Adam tu pakai kasut putih. Hari yang pakai baju sukan, Adam tu pakai kasut hitam.

Kasut sekolah

Kasut sekolah

kami belikan jugak Adam jam tangan. Adam dah pandai dah tengok jam. Jadi belikan lah dia jam tangan supaya dia boleh tahu masa. Jam ni murah jer, tapi water resistant. Kalau kena air sikit sikit tu InshaAllah tak rosak. Tapi kalau bawak gi mandi tu, tak sure la pulak. Harap dia tak lupa la bukak jam masa mandi.

Jam tangan untuk Adam

Jam tangan untuk Adam

Selain tu, saya ada tempah sticker nama untuk Adam. Tempah online. 25 pcs, RM6. Saya order 75 pcs. Kalau buat sticker sendiri, lagi murah sebenarnya, tapi en suami banyak kerja, jadi tempah jer lah. Sticker ni nanti nak tampal kat buku-buku sekolah Adam. Senang, tak yah nak tulis nama. Barang sekolah yang lain, saya tanda dengan marker jer lah. Permanent marker. Kalau tampal sticker kat barang sekolah, takut tercabut pulak. Jadi better guna marker.

Sticker nama

Sticker nama

Rak buku untuk Adam pun dah siap beli dah. Beli kat Giant jugak. Rak ni RM19.00. Kami beli 2. Buku anak-anak sekarang banyak kan, jadi beli jer lah 2.

Rak buku

Rak buku

Ada lagi few items yang saya nak beli, contohnya macam folder untuk simpan kertas dan luggage tag  untuk letak kat beg sekolah Adam.  Rain coat pun saya nak beli jugak. Sebabnya jarak dari pintu pagar sekolah ke bangunan sekolah Adam tu agak jauh. Kang kalau hujan, jalan kaki confirm basah kan. Jadi standby jer lah baju hujan dalam beg sekolah dia tu.

Buat masa sekarang, rasanya dah settle dah barang keperluan untuk Adam tu masuk darjah 1.  Yang tinggal cuma barang yang kena beli kat sekolah nanti, macam buku latihan, baju sukan, name tag dan lain-lain. Benda tu semua beli masa orientasi rasanya. Orientasi Adam hujung Disember nanti. Jadi standby jer lah duit siap-siap. Yuran pun bayar masa orientasi jugak kot. Surat dari sekolah Adam belum sampai lagi ni.. entah bila la surat nak sampai ni.

Anak yang nak masuk sekolah, mommy pulak yang berdebar. Serius, saya nervous. Sebabnya Adam tu masih manja dan tersangat lah sensitif, bak kata orang; hati tisu. Selalu merengek dan mudah menangis.  Aiza yang adik tu kadang-kadang nampak lagi matang dari abang dia. Tu yang saya selalu mengadu kat En Suami, macam mana lah Adam tu kat sekolah nanti. Risaunya mommy ni.  Haihhh.