Barut bayi penting lagi-lagi for newborn baby. Kenapa penting? Untuk mengelakkan perut baby masuk angin/kembung perut. Ada sesetengah ibu yang pakaikan barut sampai ke dada baby so that dada baby tak sejuk.

First time saya beli barut baby, time kakak bersalin dulu. Dia pantang kat umah mak, then dia kena bebel ngan mak sebab barut baby dia tak banyak. Lalu, adik saya yg kecik call saya:

Adik: Kak Chik, ko balik tak tengok Along ngan baby?

Saya: Balik arr.. weekend ni. Naper?

Adik: Ko beli barut baby sekali. Mak dok bebel-bebel kat along sebab dia beli barut tak banyak.

Saya: ok

Kebetulan time adik call tu saya kat Tesco, so terus je gi dept baby. Nak pilih-pilih tak reti, jadi sambar jer barut yang ada kat situ.

Now I am expecting my own baby, nak kena beli barut baby lagi. Mula-mula, kita google-google dulu. Cari review jenis barut baby yang mana yg best. Then, jumpa banyak online shop yang jual barut baby. Menarik jugak ni. Tapi time tu, awal lagi…so, tak mo order lagi.

Pastu, gi jalan-jalan ngan En. Suami, masuk kedai baby. Uiih..ada barut baby comel lar, ada corak-corak…. Nak beli boleh tak? Mata kedip-kedip pandang En. Suami. Dia kata, ambiklah. Zas! pantas saya pun ambil.

Jenama pureen, harga RM 4.50. Saiz S. Jenis lekat-lekat. Tempat nak lekat tu panjang, so leh lar adjust ikut saiz baby. Amik sehelai jer. Hihi. Time ni awal lagi. Baru 4 bulan kot. Lagipun still blur-blur tataw barut apa yang sesuai.

Then, masa kandungan 5 bulan,  mood shopping barang baby dah membuak-buak. Ajak En. Suami cari barang baby lagi. Masuk kedai baby, amik lagi barut baby Pureen tuh. Amik kaler lain,  2 helai.

Pastu, amik yang plain white colour jugak. Jenama Tolljoy,  2 helai RM7.50. Saiz S jugak.

Yang ni, pelekat dia lebar and boleh adjust ikut saiz baby jugak. Tapi, barut Tolljoy ni macam tak best sangat. Pelekat dia macam tak tahan lama jer nih. Isk. Menyesal pulak beli. Seb baik murah.

Then, saya usha-usha balik kedai yg jual barut baby online. Ala…barut online macam lagi best jer! Pelekat dia ada tiga baris, so tak senang tertanggal kan. 5 helai RM 23 jer. Maknanya sehelai dalam RM4.60. Saiz M pulak tu. Eii..naper la tak beli kat sini jer dari awal.  So, saya pun order lar set barut kaler putih, zap on. And dah dapat dah pun. Tadaa!!

Saya beli barut ni kat sini. Kenapa barut saya semua jenis lekat-lekat? Sebab…errr.. rasa macam leceh jer kalau beli yang jenis ikat-ikat. Nanti, kalau rasa perlu beli yang tali-tali tu, leh order kat kedai online tu lagi. Lepas bersalin nanti pun leh beli lagi kan…. En. Suami pun leh tolong order kan… hihihi