Assalamualaikum
Masa saya ke Krabi baru-baru ni, ramai yang tanya, senang tak nak bawak masuk kereta ke Thailand. Jadi saya nak share kat sini, sebagai rujukan pada sesiapa yang nak berjalan ke Thailand bawak kereta.
Setiap kali pergi Thailand, memang kami akan drive. Biasanya kami pergi Thailand dengan keluarga mertua. Rumah mertua kat Jitra, kira dekat jugaklah dengan Thailand tu. Jadi better drive jer kalau nak ke Thailand. Lagipun, senang nak berjalan kat sana kalau bawak kereta sendiri ni.
Nak drive kereta masuk Thailand ni, ada beberapa borang kena isi. Borang Arrival/ Departure (White Form) dan borang senarai penumpang (TM Form). White Form tu semua yang nak masuk Thailand kena isi. TM Form tu pulak, tuan punya kereta yang kena isi. Kena bawak sekali geran kereta (asal /salinan), dan tuan punya kereta kena ada sekali.

Borang Arrival/Departure (White Form)
Nak bawak masuk kereta ke sana, kena ambil insuran. Harga insuran bergantung pada berapa hari kita nak bawak masuk kereta tu ke Thailand. Borang dan insuran ni semua boleh dibeli kt travel agency (kedai) di Changloon. Harga borang White Form, TM Form dan insuran kereta ni berbeza ikut kedai yang jual. Ada yang jual murah, ada yang jual mahal. Masa kami pergi Krabi hari tu, abah (bapa mertua) bayar insuran kereta RM15 untuk 9 hari. Ada kedai yang jual insuran RM16, ada yang jual Rm17. Harga borang White Form RM1.50 sekeping. TM Form pula RM 6.00 sekeping.
Kalau nak senang, masa beli borang tu, boleh mintak orang kedai tu isikan siap-siap. Ada caj sikit lah kalau orang tu yang isikan. Tapi better diorang isikan sebab diorang dah biasa isi borang-borang tu semua, so takder lah salah isi borang ke apa. Kalau diorang salah isi, diorang akan ganti yang baru. Kalau isi sendiri, kang terkial-kial pulak, salah ke apa.. tak pasal jer kena beli borang baru.

Mama dan abah tengah isi TM Form
Paling penting, passport jangan lupa. Pastikan tarikh tamat passport sah sekurang2 nya 6 bulan sebelum nak keluar sempadan.
Kami keluar sempadan ikut Bukit Kayu Hitam. Kat Imigresen Malaysia, tak yah turun kereta. Bawak kereta dan berhenti jer kat kaunter imigresen tu pastu hulur semua passport pemandu dan penumpang kat pegawai kat kaunter tu. Lepas dia check, dia akan bagi balik.

Hulur jer passport ke pegawai dalam kaunter tu
After Imigresen Malaysia, ada 1 checkpoint (kastam). Kt sini kena tunjuk geran kereta. Biasanya pegawai kat situ akan tanya, mana satu tuan kereta, dari mana, nak pergi mana. Jawab jer soklan pegawai tu. Bila semuanya ok,boleh proceed terus ke sempadan Thailand.
Kalau dari Bukit Kayu Hitam, kita akan masuk Sempadan Thailand di Danok. Kena lalu imigresen Thailan dulu. Kat Imigresen Thailand ni, bila kereta dah sampai depan kaunter tu, semua orang kena turun. Hulurkan semua pasport, dan semua kena tunjuk muka kat kamera kat kaunter.

Tengah beratur ramai-ramai
Sepatutnya tak perlu bagi duit masa check passport, tapi biasanya pegawai tu akan mintak duit jugak. RM 2 atau 10 Baht. Standby jer lah duit siap-siap. Kalau dia mintak, baru bagi duit. Kalau tak mintak, tak payah bagi duit. Tu duit kopi jer tu rasanya.

White Form dan RM2 selit dalam passport
Pegawai Imigresen Thailand akan check passport dan White Form. White Form tu ada dua bahagian, Arrival dan Departure. Yang bahagian Arrival tu pegawai Imigresen Thailand akan ambil. Yang bahagian Departure, pegawai tu akan cop dan pulangkan balik beserta passport.

Departure Form yang dah dicop
Pastikan SIMPAN borang Departure ni dan passport elok-elok. Kalau tak ada salah satu, tak boleh keluar Thailand. Kena tangkap polis, masuk lokap. [ yang ni gambar lama, yang latest punya departure form kecik jer]
Lepas dah cop semua passport, naik balik kereta dan gerak ke bahagian kastam Thailand pulak. Tuan punya kereta sahaja kena pergi kaunter kastam . Bawak sekali passport, geran / salinan geran dan senarai penumpang. Kat kaunter kastam ni nanti dia akan bagi salinan printed decralation form. Simpan salinan printed ni. Sebab nanti nak keluar sempadan kena pulangkan balik salinan tu.

Mama dan abah di kaunter kastam Thailand
Bila dah settle semua, bolehla kembali ke kereta dan berjalan-jalan di Thailand. Pastikan off 3G dan telco line handphone memasing. Kang tak pasal jer kena caj roaming. Mahal oii caj roaming..
Kalau jalan-jalan sekejap jer kat Thailand, tak yah beli simkad sana pun takper. Tapi kalau berjalan kat Thailand tu lama.. better beli simkad sana. Ada banyak kedai jual simkad kat area sempadan tu. Cari kedai yang pekerjanya orang islam, sebab muslim kat Danok mostly boleh cakap melayu. Jadi, senang nak tanya itu ini.

Akak kedai tengah explain pakej telco
Pentingnya beli simkad Thailand ni, korang boleh on google maps supaya tak sesat masa kat Thailand. Better beli simkad yang Unlimited Data. So tak perlu risau data habis. Boleh main intenet, pesbuk, wassap. Boleh upload gambar, video kat fb atau ig sepuas hati. Kalau nak call satu sama lain, guna wassap call jer.
Murah jer caj telco sana.

Pakej telco untuk pelancong
Masa kami ke Krabi baru-baru ni, kami amik pakej yang harga 199 Baht tu. Unlimited Data. Speed 1Mb. Boleh guna seminggu.
Kadar tukaran matawang masa kami pergi tu RM1 = 7.80 Baht. 199 Baht tu bersamaan RM25.51. Kalau pergi 1 kereta, beli 1 simkad jer cukup. On Wifi Hotspot dan share ramai-ramai. Jimat banyak kat situ. Lagipun, unlimited data kan, jadi tak perlu risau data habis.
Selain tu, sebelum masuk Thailand, pastikan korang dah isi minyak full tank kat Malaysia siap-siap. Sebab minyak kat Thailand mahal sikit. At least kalau kena isi minyak kat sana, tak perlu isi banyak kali (bergantung pada destinasi). Toilet kat sana memang bersih. Kalau rasa nak terkencing/terberak, boleh singgah mana-mana public toilet atau petrol pump.

Public Toilet di Thailand
Seronok tau berjalan kat Thailand naik kereta sendiri ni. Suka hati nak pergi mana, nak singgah mana. Yang saya share kat sini, based on pengalaman saya ke Thailand naik kereta. Harap dapat membantu. 🙂

Welkam to Thailand
41 Comments
NAEEMAH HASBULLAH
Info yang lengkap plus enjoyed this article so much.
zila
Thank you 🙂
Azean Nordin
Sis kalau raya kedai jual insurans bukak x. Plan nak masuk thai raya kedua… tp takut kedai agent insurans tutup plak
zila
Alamak, tak sure pulak. Bukak kot sebab public holiday, ramai yang nak berjalan ke Thailand. Lagipun, mostly kedai yang jual insurn ni, ejen dia memang orang thailand. jadi diorang tak ada cuti raya.
mar
akk klau keta tu atas nama ayah n kita as second drver kat cver note insuran bleh ke?
zila
Erm…Rasanya boleh. Biasanya bila kami masuk thailand, walaupun kereta tu nama abah/mak mertua, tapi yang drive biasanya suami saya/adik suami. Jarang abah/mak mertua drive. Jd insuran tu mmg cover lar kot, tak kira saper yg drive. Yang penting, owner kereta kena ada sekali. kalau owner kereta tak ada, kereta tu tak lepas masuk kesana.
Wani
duit rm2 tu duit kopi bukannya duit cas…kalau cas mesti ade resit…hahahahaa
zila
hahaha..mmg masuk poket sendiri rasanya.. bayar jew lah..kang dia tak lepaskan masuk sana pulak.. hahahahah
aidi
dah tak payah bayar dah sekarang duit tips ni jika office hour. kalau malam baru kena bayar charge OT diorang.
https://www.thestar.com.my/news/nation/2017/07/13/no-more-tipping-at-checkpoints-thai-immigration-orders-officers-to-stop-imposing-charges-on-visitors/
zila
Saya baru balik dari Thailand ahad lepas.. Masih kena bayar. Tapi bergantung pada pegawai yang jaga kaunter tu lar. Ada pegawai yang mintak, ada yang tak mintak. Standby jer lah duit tu siap-siap.
Yati
di thailand, masih boleh gunakan lesen memandu malaysia utk memandu di sana? last year sy ke krabi, xde masalah tentang lesen tp baru2 ni kwn ada ke sana dan di saman ketika bwk motor sebab menggunakan lesen malaysia saje.. mintak pencerahan yer.. tq.
zila
Saya tak boleh jawab soalan ni sebab saya bukan penguatkuasa kat sana. Tapi masa kami pergi ke sana early this year, tak ada polis yang tahan. Kastam yang check kat border tu pun tak ada mintak international license. Jadi saya memang tak pasti, perlu atau tak international licence kalau nak bawak kereta/motor kat sana. To be safe, better tanya pihak berwajib sanalah.
Liana
boleh bagi nombo ejen insuran x ? atau kat sana nanti dah ada org dia jual insuran!!!
zila
ni tanya ke marah? byk betul tanda seru?
anyway, sy tak ada no ejen insuran. macam yang saya cerita dalam post ni, insuran biasanya bapa mertua beli terus kt kedai. Tak ada nak call2. Ada kedai-kedai yang dekat dengan border yang uruskan hal2 insuran ni. Boleh baca balik post saya ni yer.
nas
salam zila, nak tanya saya nk bawa kereta masuk cuma musyikil ttg geran kereta sbb sekarang JPJ dah x pakai geran dia pakai VOC atau sijil pemilikan dan x ada cop rodtax mcm dulu di belakang. boleh ke pakai VOC tu sahaja. tq
zila
Tak sure lah.. boleh kot.. sbb kami mmg guna geran jer. Tu pun salinan geran sebab geran asal kat bank. Loan belum habis bayar. Hehehe. Tapi lepas jer masuk thailand tuh. Kalau JPJ yang keluarkan VOC tu sepatutnya memang boleh guna lar kan.
Din
Pn Zila,
1. Mcmaner pula dgn makanan(restoran) disana? Mudah ke nk jumpa kedai mkn yg menunya halal? Bagaimana dgn hrganya?
2. Hotel di Hatyai dan Krabi kalau walk in senang dpt ke dan hrganya lebih kurang brpa RM?
3. Dimana lebih mudah dan berbaloi utk tukar matawang? Malaysia atau Thailand?
Terima kasih.
zila
1. Senang jugak cari makanan halal kat thailand.. terutama bahagian selatan Thailand,sebab kat sana ramai orang Islam. biasanya kat signborad kedai tu dia akan letak tanda halal.
2. Harga hotel berbeza, ikut jenis hotel. Tapi kat sana kita boleh dapat bilik yang selesa dengan harga yang murah. Hotel kat sana memang banyak, boleh walk in kalau nak. Tapi kalau nak harga yang murah, better book awal. Walk in price biasanya lebih mahal
3. Better tukar matawang di malaysia. Kalau tukar duit kat sana, kita rugi sikit.
harap membantu.
IdaHusain
Salam Zila, utk insuran kereta, bw fotocopy geran boleh ya?
zila
Ya, boleh.
WanieRose
Sangat membantu… time kaseh yer…
zila
Ya, sama sama 🙂
aloy
Salam nak tnya .. klau keta tu msih ats nama owner ? tak bole masuk ke .? bab bank kata , abis byr keta .. bru bole tukar nama
zila
Geran kereta atas nama siapa yer? Tuan punya nama kat atas geran tu kena ada sekali kalau nak bawak masuk kereta ke Thailand. Bawak salinan geran jer pun tak apa, sebab biasanya kalau belum habis bayar, geran asal memang ada pada bank.
Khairul affizi bin md wazir
Kak kedai tu buka dari pukol berapa ke berapa sebab saya nanti akn pergi pukul 3pg.adakah dah buka atau kena tunggu subuh
zila
Pukul 3 pagi kedai belum buka.. pukul 10pagi baru kedai buka di area changloon tu.
Khairil
As’salam Puan Zila,
Saya nak tanya kalau kereta still under loan bank tak ada geran kereta asal, sekadara salinan saja, adakah mencukupi syarat nak masuk kereta sendiri?..
zila
Ya, boleh guna salinan geran kereta. Ada saya bagitahu dalam post ni.
Diya
salam kak, nak tanya White Form dengan TM form tu amik kat imegresen sana je eh?
zila
haihhhh… kan ada saya beritahu kat dalam post ni, TM Form dan White Form tu boleh dibeli di kedai2 area changloon. Ni baca ke tak ni?
Khairunisa
Hi, I nak tanya kalau kereta ni atas nama company, dan kita nak bawa masuk thailand perlu buat surat kebenaran menyatakan meminjam kereta bawa masuk thai ke? kalau perlu, ada contoh format surat tu?
zila
Maaf, saya tak tahu prosedur untuk bawak kereta company ke Thailand sebab saya tak pernah guna kereta company. Maybe boleh tanya jabatan kastam kot??
Loon
Rasanya kalau bukan owner yang bawa kereta masuk boleh je… Kena suruh owner kereta tulis surat kebenaran kepada pemandu yang nak bawa kereta Dia masuk. Bawa Geran sekali
zila
Owh.yer ke. Saya tak pasti pulak. Kami tak pernah try bawak kereta tanpa owner sebab biasanya setiap kali ke sana, kastam malaysia dan thai akan tanya mana satu owner kereta. Siap mintak geran atau salinan geran dan passport tu semua sebab nak compare nama. Maybe boleh lar kot guna surat. Tapi kami memang tak pernah bawak kereta ke sana tanpa owner kereta.
abu
klu tiada lesen memandu bleh masok Thailand tak?tq
zila
Kalau tak drive kat Thailand, tak perlu lesen memandu. Tapi kalau drive dari Malaysia ke sana, memang kena ada lah lesen memandu. Mana boleh drive kalau tak ada lesen kan.
Hambalee
Boleh tak tapau minyak dalam botol kat malaysia bawa masuk Thailand? Untuk isi minyak kenderaan. Sana kan minyak mahal
zila
Rasanya agak bahaya bawak minyak petrol dalam botol sebabnya kalau kena tahan dengan kastam, takut dituduh menyeludup minyak ke nagara jiran pulak.
zila
Rasanya agak bahaya bawak minyak petrol dalam botol sebabnya kalau kena tahan dengan kastam, takut dituduh menyeludup minyak ke nagara jiran pulak.
Adi
terima kasih. info berguna nak cuba bawa kereta ke sana
zila
Ya, sama-sama