Dah lama saya tak berbawal. Ada lar 3 tahun kot.. Sejak kawin memang malas berbawal. Pakai shawl jer.

Bulan lepas,  ada online seller jual tudung bawal ruffes kat fb. Eh..macam best jer, macam comel jer tudung nih. Terus order sehelai. Kaler hitam, benang pink. Rega pun murah RM20 termasuk postage.

 

Bawal Ruffle Hitam Benang Pink

Bawal Ruffle Hitam Benang Pink

Sampai jer tudung ni kat tangan, terus test pakai. Eh.. Memang best lar tudung bawal ruflles ni.   Pastu, bucu tudung ruffle ni bulat tau, bukan bersegi. Bila digayakan, elok jer dia terbentuk curve. Cantik! Tudung bawal ruffles yang saya beli ni, kain dia jenis bawal lembut, tapi senang bentuk. Giler best!! Senang bentuk tu penting ok! Tudung kalau jenis susah nak bentuk ni boleh menyebabkan saya bertukar jadi naga! Kalau nak tengok saya mencarut depan cermin, bagi lar saya pakai tudung degil, susah nak bentuk..Ha…memnag keluarlah segala jenis carutan. Seb baik tudung ni senang giler dibentuk..Ni yang rasa nak repeat order.

Bila saya tengok label tudung ni “Benang Hijau”. Eh… butik ni kat Bangi. Everytime gi Bangi memang akan lalu butik ni..cuma tak pernah singgah jer. Kalau macam ni… memang terus beli kat butik jer lah, jimat kos postage. Muahahaha.

Jumaat lepas, gi Bangi, memang harus singgah Butik Benang Hijau tuh. Sambar 2 helai tudung ruffles lagi. Sehelai bawal ruffle kaler oren, sehelai lagi chiffon ruffle kaler maroon. Yang Bawal Ruffle tu RM14 jer, yang Chiffon Ruffle Rm19, mahal sikit sebab material dia chiffon.  Dua-dua best, dua- dua cantik.

Bawal Ruffle Oren dan Chiffon Ruffle Maroon

Bawal Ruffle Oren dan Chiffon Ruffle Maroon

Ikut hati..nak borong banyak lagi..sebab tudung-tudung kat Butik Benang Hijau ni semua cantik-cantik. Murah-murah pulak tu… eii… geram betul tengok. Kualiti dia pun ok… serius, harga dia kira murah lar bila compare dengan kualiti kain yang superb tuh. Memang berbaloi-baloi. Saya menahan nafsu jer masa pilih tudung.

Takper-takper.. lenkali gi Bangi..singgah butik ni lagi. Shawl dia pun comel-comel..macam nak beli, nak tambah koleksi tudung/shawl Benang Hijau. Hehehe. Orang lain tambah koleksi Fareeda, Ariani, Adijuma, tapi saya kumpul koleksi Benang Hijau.  Sesuai lar ngan saya yang poket tak berapa tebal ni.. Mihmihmih..

Koleksi Tudung Ruffle Benang Hijau

Koleksi Tudung Ruffle Benang Hijau

Koleksi tudung Benang Hijau ni bukan setakat ruffles jer tau. Shawl printed, shawl halfmoon, shawl lace, semua ada.. Semua cantik! Boleh view koleksi Benang Hijau ni kat Website dia: Benang Hijau.com. atau fb Benang Hijau.  Yang mana tak boleh pergi butik, boleh beli online kat website dia.. Tapi, tak semua tudung Benang Hijau ni dia jual online tau.. ada yang boleh beli kat butik jer.. Selain Bangi, butik Benang Hijau ni ada kat Seksyen 16, Shah Alam.

Ni rupa saya pakai Tudung Bawal Ruffles Benang Hijau

Menggayakan Bawal Ruffle, molek dop?

Menggayakan Bawal Ruffle, molek dop?

Saya pakai tudung Bawal Ruffle ni style lilit-lilit macam shawl. Ada banyak lagi style menggayakan tudung ruffle ni. Ramai yang share tutorial dia..tinggal google jer. Hehehe.

Owh..hari tu saya ada cerita saya beli buggy utk Adam kan.. Alhamdullillah..keluar tadi, Adam nak naik buggy dia. Elok jer Adam duduk dalam tu, sampai nak balik pun tak mo keluar buggy. Yeay.. dah tak payah kejar Adam sana sini lagi….

Adam dalam stroller baru

Adam seronok naik buggy baru

Iklan:
Dapatkan Secret Skin White Kawaii Collagen dengan harga promosi di sini.