Assalamualaikum

Masa pergi Langkawi minggu lepas, Aiza demam. Sejak Aiza lahir, ni kali pertama Aiza demam. Asalnya Aiza cuma batuk selsema jer. Tak teruk sangat pun. Tak sangka masa tengah tunggu feri kat Kuala Perlis, tiba-tiba badan Aiza panas. Aiza demam. Takkan nak patah balik kan.. So kami bawak jugak lar Aiza ke Langkawi.

Sampai jer Langkawi, terus bawak Aiza ke klinik. Pastu doktor bagi ubat demam, ubat batuk, ubat selsema dan antibiotik. Pelik jugak, kenapa ada ubat batuk ngan selsema? Bukan ke bayi bawah setahun tak boleh bagi ubat batuk dan selsema? Jadi saya pun tanya pakcik saya (doktor). Saya tunjuk gambar ubat-ubat tu semua kat pakcik saya. Terkejut dia tengok ubat-ubat tu.  Dia kata ubat tu tak sesuai untuk bayi bawah setahun. Aiza baru 11 bulan. So better jangan bagi. Yang boleh bagi cuma ubat demam sahaja. Jadi kami pun bagi ubat demam jer kat Aiza. Ubat lain tak bagi.

Ubat-ubat Aiza

Ubat-ubat Aiza

Masa kat klinik tu, saya pun dapat ubat jugak sebab saya pun batuk dan sakit tekak.  Pakcik saya kata antibiotik yang saya dapat pun tak sesuai untuk ibu yang menyusukan anak. Jadi saya cuma makan ubat batuk dan ubat sakit tekak jer.  Saya dan Aiza dapat ubat batuk berasingan, tapi saya makan yang Aiza punya. Ubat batuk Aiza ubat untuk kanak-kanak. Ubat batuk saya ubat untuk orang dewasa. To be safe, saya ambil yang kanak-kanak punya. Tu pun ambil sikit jer sebelum tidur. Kalau tak makan, langsung tak boleh tidur. Tekak perit dan gatal sangat.

Ibu menyusukan anak tak boleh suka-suka makan ubat tau. Kesan ubat tu akan dapat kat anak melalui susu ibu.  Kena ingat tuh. Kalau sakit, kena bagitahu doktor yang saya ni breastfeed anak. Hari tu kat langkawi, saya lupa nak bagitahu. Maybe sebab tu doktor tu bagi jer ubat macam biasa.

Saya memang risau kesan ubat kat Aiza. Bahaya tau bagi sebarangan ubat kat bayi bawah setahun.

Kadang-kadang doktor kat klinik ni tak alert benda-benda macam ni. Pelik kan? Saya ni fobia bagi ubat kat Aiza sebab dulu masa Adam baby, Adam pernah kena tahan wad sebab tak sedarkan diri lepas saya bagi dia ubat. Ubat tu doktor kat klinik swasta yang bagi, sebab masa tu Adam demam, batuk selsema jugak.

Masa doktor pakar kat hospital tengok ubat tu, dia terkejut dan marah kenapa ada klinik yang bagi ubat tu kat Adam. Dia kata dos ni tinggi. Doktor pakar ambil nama dan alamat klinik tu. Rasanya ada kot tindakan yang diambil kat klinik tu. Masa tu kami risaukan Adam jer..jadi hal klinik tu kami malas nak ambil tahu.

Sejak tu kami suami isteri fobia nak bagi ubat kat anak kecik. Jadi bila Aiza tiba-tiba demam dan dapat ubat kemain banyak, benda pertama kami buat, tanya pakcik saya. Nasib baik kami bertanya dulu.. Rupanya sekali lagi kami dapat ubat yang tak sesuai dengan bayi bawah umur setahun. Huhuhu.

Alhamdullillah.. Aiza demam tak lama. Hari kedua kat Langkawi, demam Aiza dah kebah. Cuma Aiza masih batuk selsema sikit-sikit. Saya jer yang masih batuk macam nak terkeluar anak tekak.

Balik jer dari Langkawi, saya start lemon bath untuk Aiza. Hiris lemon  pastu masukkan dan perah hirisan lemon tu dalam air mandian Aiza (air suam). Saya biar Aiza berendam  sambil layan dia main dengan lemon-lemon tuh dalam 5 minit, kemudian mandikan Aiza macam biasa. Lepas mandikan Aiza dengan lemon bath,  bila tidur malam, kemain lena lagi Aiza tidur. Takder terjaga sebab batuk-batuk lagi.

Lemon bath

Lemon bath

Untuk buat lemon bath ni biasanya saya guna sebiji setengah lemon. Baki lagi setengah tu saya buat air lemon+madu. Air lemon madu ni untuk saya minum tau. Bukannya Aiza. Hehehe. Saya kan batuk-batuk dan sakit tekak, jadi air lemon madu ni boleh bantu redakan masalah batuk dan sakit tekak saya.

Air lemon madu

Air lemon madu

Selain tu, sepanjang Aiza batuk selsema, saya memang kerap sapu Baby Herbal Cream Tropika. Saya sapu kat bahagian  leher, dada, belakang badan dan sapu nipis-nipis kat batang hidung Aiza. Memang nampak Aiza lebih selesa lepas sapu krim herba bayi tropika ni. Masa gi Langkawi, ada setengah botol lagi. Balik Langkawi, habis terus. Memang kerja saya sapu krim tu jer lah kat Aiza. Ni jer kekdah saya rawat batuk selsema Aiza. Walaupun lambat baik, tapi cara ni lebih selamat dan Aiza pun alhamdullillah makin kurang batuk selsema dia.

Krim herba bayi tropika - legakan selsema dan batuk

Krim herba bayi tropika – legakan selsema dan batuk

Pakcik saya advise, kalau bayi bawah umur setahun demam dan batuk selsema, bawak pegi hospital/klinik kerajaan sebab mereka memang ada ubat khas untuk bayi dan dos diberi ikut umur dan berat bayi. Kalau berkemampuan, tak nak tunggu turn lama-lama, bawak anak pegi jumpa doktor/klinik yang memang pakar kanak-kanak.