Anak..anak..kenapakah kamu ganas sangat? Eh..apsal pulak saya cakap Adam ganas? Meh sini saya nak cerita.

Remember kisah Adam terkunci dalam bilik sebab suka sangat main pintu? Lepas dia terkunci, adakah dia serik?Oh..nehi nehi. Tidak serik sama sekali. Dia totap suka main pintu bilik. Natijahnya, semalam dia tersepit pintu. Padahal ada door stopper kat pintu. Tapi leh tersepit jugak.

Nak tahu kenapa door stopper tu tak berkesan? Sebab door stopper tu terkoyak. Tu hasil kerja Adam lar jugak. Door Stopper tu kan dibuat dari getah. Hari-hari Adam asyik  main hempas pintu, lama-lama door stopper tu koyak la. Bila dah koyak, door stopper yang sangkut  kt pintu tu jadi longgar sikit. Ntah macam mana Adam main pintu semalam, sampai tertanggal door stopper, tu yang jari dia tersepit pintu. Ha..amik! luka terus jari tu. Pastu meraung guling-guling, mummy nak masak pun tak boleh.. haih.

Door stopper kat umah ni ada dua, dua -dua dah koyak. Kena beli baru.

Door Stopper ynag koyak (dalam butalan)

Door Stopper yang koyak (dalam bulatan)

Bukan setakat door stopper jer kena beli baru, door lock pun sama. Segala pintu kabinet, pintu almari, laci semua kena letak door lock sebab Adam suka punggah barang. Konon-konon bila letak door lock ni, barang dalam almari tu semua selamat lar kan. Huh! Takder maknanya! Adam sentap pintu kabinet/almari sampai tercabut/ patah lar door lock tu. Dah 4 door lock yang tercabut. Diulangi, 4. Baru ganti 2, kena beli lagi 2.

Dua-dua door lock ni dah berganti dua kali.

Dua-dua door lock ni dah berganti dua kali.

Pintu laci ngan kabinet yang belum berganti door lock, barang-barang kat dalam tu, memang Adam punggah jer hari-hari. Hari-hari jugak lar kena mengemas.

Door lock yang belum berganti, yang belah atas tu tercabut terus. Door lock bawah patah.

Door lock yang belum berganti, yang belah atas tu tercabut terus. Door lock bawah; patah.

Weekend ni nak gi terjah Daiso, beli door lock ngan door stopper lagi. Seb baik murah. Rasa macam nak beli borong jer door stopper ngan door lock nih.