Assalamualaikum..

Baru-baru ni saya beli perabot katil Ikea online. Dah lama sebenarnya nak beli katil Ikea. Dari 3 tahun lepas, setiap kali birthday, bila En Suami tanya saya nak apa..jawapan saya sama jer.. “Nak katil Nesttun Ikea”.

Saya berkenan dengan katil Ikea Nesttun ni. Katil ni simple jer. Tapi saya suka.

Nesttun Bedframe by Ikea

Cumanya tak beli-beli, sebabnya kena la kumpul duit dulu. Bila duit dah cukup, masalah tak boleh nak bawak balik pulak…. Kami cuma ada kereta sedan jer. Kalau beli katil ni, kena guna trak pikap atau van sebab ada bahagian katil ni tak muat masuk dalam kereta sedan.

Boleh jer arrange penghantaran.. Mintak Ikea hantarkan.. Tapi mahal sikit lah sebab kos penghantaran dikira ikut jarak. Kami duduk Jitra. Ikea terdekat di Batu Kawan Pulau Pinang. Jadi masa tu kami fikir, nanti dululah beli katil ni. Kot-kot ada katil cantik lain kat Jitra. Bila survey kedai perabot area Jitra dan Alor Setar, tak ada design katil yang saya suka.

So memang nekad, nak jugak katil Nesttun. Tapi dari bulan Mac hari tu dah start PKP kan.. Dah tak boleh nak kemana-mana. Jadi suami kata..kita order online jer lah katil Ikea tu ..

Masa mula-mula nak order tu, risau jugak sebab ada banyak bad review kata penghantaran Ikea lambat lah.. barang tak cukup lah.. customer service lambat response lah.. Uihh.. seram..

Tapi sebab saya nak sangat katil tu.. jadi En Suami pun tawakkal jer lah order. Alhamdullillah.. order kami tak ada masalah. Bahkan barang kami dihantar lebih awal dari tarikh penghantaran.

Jadi, saya nak share kat sini macam mana cara nak beli perabot Ikea secara online.

Oleh sebab saya beli katil Ikea, jadi contoh yang saya bagi ni cara nak beli katil lah yer. Tapi kalau beli perabot Ikea yang lain, sama jer caranya.

Bila beli katil Ikea ni, kita kena pilih saiz bed frame dan bed slate. Bed frame ni rangka katil. Saiz Queen; 150 X 200cm. Saiz King; 180 X200cm. Harga bed frame berbeza mengikut saiz. Bed slate pula; alas katil yang untuk letak tilam tu. Harga bed slate pun berbeza ikut jenis material yang digunakan.

Pilih bedframe Nesttun

Sebelum Add to shopping cart, check dulu stok kat store Ikea yang berdekatan dan kena pastikan item ni Available for delivery. Lepas tu baru lah klik Add to shopping cart

Ramai yang kata, kalau beli katil Ikea, better beli tilam kat Ikea jugak. Sebabnya susah nak cari tilam yang ngam ngam muat dengan katil Ikea kat kedai perabot biasa. So.. kami pun belilah tilam sekali dekat online store Ikea ni.

Pilihan tilam di Ikea

Ada banyak jenis tilam kat Ikea ni. Harga berbeza ikut jenis tilam dan material yang digunakan.. Lepas pilih jenis tilam, kena pilih saiz tilam ikut saiz bed frame yang kita pilih sebelum ni dan keanjalan tilam yang kita nak.

Pilih saiz tilam dan keanjalan tilam

Dan saya tambah mattress protector untuk lindungi tilam dari sebarang kotoran. Kadang-kadang, masa period, saya overflow, habis bocor ke cadar dan tilam..Susah tau nak bersihkan bila terkena tilam. Jadi baiklah guna mattress protector ni..At least kalau saya ‘bocor’ masa period, yang kotor cuma cadar dan mattress protector. Tak terkena tilam.

Pilihan mattress protector di Ikea

Masa nak checkout, En Suami tanya, nak beli apa-apa lagi tak..Ish.. saya ni pantang dioffer, maka laju jer saya tambah lagi 1 barang. Beli bunga kecik, nak letak kat dapur.

Bunga kecik nak letak kat dapur

BIla dah selesai pilih barang, boleh terus Checkout, dan isi jer lah form yang disediakan.

Checkout

Lepas isi alamat penghantaran, dia akan calculate jarak penghantaran dari stor Ikea yang terdekat. Lepas tu sistem akan bagi jumlah untuk dibayar. Masa saya beli katil Ikea ni semua, kos penghantaran RM258. Agak mahal bukan? Tapi sebenarnya kos penghantaran ni munasabah sebab barang-barang ni besar, berat dan dihantar menggunakan lori.

Kalau dikira kos kami pergi beli sendiri kat Ikea, kos pergi dan balik Pulau Pinang tu ditambah dengan kos nak sewa pulak trak pikap bawak balik katil tu.. rasanya lebih tinggi berbanding order online dari Ikea. Selain tu, jika order online, jimat tenaga. Walaupun kos penghantaran agak mahal, bagi kami masih berbaloi.

Untuk barang Ikea yang tidak terlalu berat atau besar, Ikea akan hantar menggunakan courier seperti Pos Laju. Kos penghantaran bermula dari RM15 bergantung pada berat dan besar barang tersebut .

Selepas masukkan alamat, kita kena pilih tarikh dan masa penghantaran. Masa mula-mula kami order, tiada tarikh penghantaran yang kosong. Kecewa sungguh. Tapi kami tidak berputus asa. Kami cuba lagi minggu hadapan. Alhamdullilah, ada 1 tarikh kosong dan kami cepat-cepat pilih tarikh tersebut.

Pilih tarikh dan masa penghantaran

Lepas pilih tarikh dan masa, barulah kita boleh teruskan buat bayaran. Ada 3 pilihan pembayaran.. Samada bayar guna credit card, fpx (online transfer) ataupun installment (ansuran). Terpulang lah nak bayar macam mana.

Lepas buat bayaran, Ikea hantar invoice ke email sebagai rujukan.

Kami order perabot katil Ikea ni 21 Mei 2020. Tarikh penghantaran yang kosong waktu tu cuma 4 June 2020. Maksudnya kena tunggu 2 minggu. Pastu 27 Mei, orang Ikea call, tanya boleh tak nak hantar barang 28hb? Eh.. Haruslah boleh kan.. Lagi kitorang suka..

28 Mei, pukul 11 pagi lori Ikea pun sampai.. masa lori ni sampai, saya tengah masak kat dapur. Dan saya lupa pulak nak mintak tolong En Suami ambil gambar. En Suami kata, lepas pekerja Ikea tu letak barang -barang dalam bilik, diorang ambil gambar setiap barang dan scan barcode yang ada pada setiap kotak. Lepas kami check semua item cukup, en suami tandatangan kat tablet, terus simpan dalam sistem sebagai bukti penerimaan.

Katil ni kami pasang sendiri jer. Masa pasang katil pun, kami lupa nak ambil gambar. Sebab excited nak siapkan cepat pasang katil, langsung tak teringat nak ambil gambar tau. Awal-awal nak pasang tu, kami blur jugak.. bila dah faham cara pasang..laju jer proses pemasangan tu.

Tilam Ikea ni, masa sampai, dia dalam keadaan leper dan bergulung tau sebab tilam ni dipack dalam vacuum pack. . Walaupun leper, tapi berat ya ampun.. angkat berdua pun menggigil tahan sebab berat sangat. Bila bukak jer plastic vacuum tu, terus mengembang dan tegap tilam tu jadi macam bentuk tilam biasa.

Bila dah siap pasang semua, rasa happy sangat sebab dah dapat katil idaman. Katil cantik, tilam selesa..takkan tak gembira yer dak?? Hihihi

Akhirnya dapat juga katil idaman 😛

Rasanya lepas ni kalau saya nak beli barang Ikea, maybe saya order online jer lah. Jimat duit, masa dan tenaga.

p/s: lepas ni nak cat dinding bilik tidur ni putih lah. Baru lah matching dengan katil. hihihi