Sambung dr entry lepas. Lambat betul  update… heh.

Raya Kedua

Pagi raya kedua, dalam pukul 10.00 pagi kami bertolak ke Kedah. dari Sabak Bernam nak ke Kedah biasanya kami guna jalan dalam (jalan bandaran), pastu exit kat Bidor untuk masuk highway PLUS. Hari kami bertolak tu, En Suami guna GPS, hah amik ko.. GPS tu route kitorang punya jalan, sampai ke Taiping guna jalan bandaran. Jalan bandaran ni, jalan kampung tu haa.. satu lane jer untuk setiap hala.. Dah lar banyak kereta orang pergi beraya..Jenuh kitorang follow bontot kereta orang. Sobs! Kt taiping baru kami dapat keluar jalan bandaran pastu masuk Highway Plus. Sampai Jitra pukul 4.30 petang. Lenguh tulang pungkok!

Plan hari tu, sampai Jitra, nak rehat kejap rumah mertua sebelum ke Kuala Perlis naik feri pukul 6 ke Langkawi sebab kampung halaman MIL kat Langkawi.  Tapi sebab dah lewat, sampai jer umah mertua, terus kemas bag balik, keluarkan yang mana patut, siap pinjam beg MIL lagi sebab beg kami besar sangat. Tak sesuai ok bawak barang banyak2 naik feri. Lepas mengemas, makan laju-laju, solat Asar pastu berdesup pergi Kuala Perlis. Kami gerak 2 kereta, sebab kami ramai (FIL, MIL, adik suami jer 3 orang, kami laki bini + Adam). Sampai jer jeti, feri dah sampai, dah nak bertolak pun. Laju-laju kitorang ramai-ramai berlari kejar feri. Dah macam amazing race jer ghupanya. Penat? jangan cakap la.. rasa nak pengsan!

Sampai Langkawi around 7.30 pm..terus pergi rumah Mak Ngah (adik MIL), sebab Mak Ngah wat makan-makan..semua adik beradik MIL berkumpul kat situ. Pastu ada bacaan tahlil untuk arwah atuk dan nenek (ayah dan mak MIL) pula… Sepanjang kat rumah Mak Ngah, saya dah lembik kepenantan.. makan pun setakat alas perut.. Pukul 10.00 saya dan suami dah penat sangat, kami ajak balik. So, kami pun beransur pulang. Pulang ke mana? Ke homestay yang MIL sewa kat Langkawi. ekekeke

Kami kalau balik langkawi, memang biasa tidur kat hotel atau homestay. Kami kan ramai.. ada 7 orang + Adam.. Rasa nyusahkan sedara mara pulak kalau kami ramai-ramai nak tumpang rumah diorang.. So memang sewa homestay. Lagipun..lebih selesa. hehehe. Homestay yang kami duduk ni dah upgrade.. Dulu tak ada aircond, now dah ada aircond kat bilik tidur. Ruang tamu and dapur ada kipas jer lar. Which is ok..still selesa. Ceita pasal homestay ni saya akan cerita lebih details kat entry lain ya.

Raya Ketiga

Pagi tu, kami ziarah kubur atuk dan nenek suami, pastu beraya umah pakcik makcik En Suami.

Pagi raya ketiga

Pagi raya ketiga

Beraya rumah Pak Su

Beraya rumah Pak Su (Adik MIL)

Lepas beraya, hantar FIL and salah sorang adik Somi ke Jeti Langkawi sebab diorang kena balik awal, ada kerja kena siapkan.  Petang, kami pusing-pusing Langkawi pulak. Gi kedai mak Ngah kat Telaga Tujuh, lepak-lepas situ makan-makan.  Sempat jugak nyoping baju Adam kat kedai baju Mak Anjang kat situ. hehe. Malam, makan-makan, rehat!

Sepanjang kat Langkawi nih, saya ngan En Suami dah macam pengantin baru sebab Adam langsung tak mo dgn kitorang. Dia asyik nak berkepit ngan Mak Tok (MIL) dan Tok Wan (FIL) jer. Saya ngan En Suami memang kemana-mana berdua jer lah. Macam pengantin baru honeymoon kat Langkawi jer lagaknya. Heaven sungguh rasanya.Mihmihmimihmih.

Berdua macam pengantin baru gi honeymoon

Berdua macam pengantin baru gi honeymoon

Raya Keempat 

Aktiviti kami – Mangroove Tour. Cerita pasal Mangroove Tour ni saya akan cerita kat entry lain sebab Mangrove Tour ni memang best sangat. Biasa orang gi Langkawi akan pergi Island Hopping kan? Bagi saya Mangrove Tour ni lagi best dari Island hopping. Serius berbaloi-baloi! Rugi pergi Langkawi kalau tak pergi Mangrove Tour nih!

Mangrove Tour -Sneak preview

Mangrove Tour -Sneak preview

Petang, kami balik Kuala Perlis. And again..kami terkejar-kejar feri. Feri pukul 6, tapi pukul 5 kami masih kat Pasaraya Haji Ismail Group borong coklat. Tsk! Pukul 5.30 petang  terkejar-kejar nak gi TM Point amik adik En Suami pulak (adik dia kerja that day, and yes, dia kerja kat TM Point Langkawi). Pastu on the way nak ke Jeti Langkawi, jalan sibuk pulak. Tsk! sampai jeti ngam-ngam pukul 6, makanya ramai-ramai kami lari kejar feri sambil heret beg dan barang-barang.  Apa ke peel kami sekeluarga, asyik kejar feri jer. Punya kelam kabut kejar feri, sampai berterabur barang yang saya bawak. Haru sungguh. Dok dalam feri, saya membuta kepenatan. Ginilah orang kurang stamina, baru lari sikit dah kepenatan. Sobs!

Sampai Kuala Perlis, berdesup pulak balik Jitra gi open house Taman perumahan mertua. Open house ni buat kat dewan serbaguna. Macam biasa, kami makan laju-laju pastu balik. Sampai umah, suap Adam makan, bersihkan Adam dan berjemaah tidur anak beranak.

Raya kelima

Sambung beraya lagi..kali ni beraya rumah pakcik makcik (adik beradik FIL dan MIL) yang kat Kulim dan Sungai Petani pulak. Beraya dari pagi sampai malam. Makan-makan-makan.

 

Beraya rumah Mak Andak (Adik FIL)

Beraya rumah Mak Andak (Adik FIL)

Raya keenam

Balik KL. Gerak pukul 5 petang rasanya, sampai KL lebih kurang pukul 12 tengah malam. Alhamdullillah, jalan clear. kami lambat sampai KL pun sebab banyak berhenti rehat. 🙂

Tahun ni punya raya, memang raya bersungguh-sungguh.  Tu yang sampai batuk selsema kami 3 beranak. ekekekeke.