“Jangan beri air kosong/masak kepada bayi dibawah umur 6 bulan”

Statement ni banyak ditampal kat klinik dan hospital kerajaan. Eh! Kenapa tak boleh?

  1. 88% susu ibu adalah air, so dah tak perlu beri air kosong kat baby
  2. Usus bayi bawah 6 bulan belum matang sepenuhnya, kalau bagi air kosong kat bayi, usus dia kena kerja kuat. Dan ini mungkin akan sebabkan masalah pencernaan, penghadaman dan kesihatan yang lain..Kesian baby..
  3. Air kosong yang diberi pada baby mungkin tercemar dan mengandungi bakteria..Tak pasal-pasal jer baby sakit perut..Kesian baby
  4. Bila baby dah kenyang minum air kosong, dia tak mo minum susu. Kalau kurang minum susu, macam mana nak besar. Baby perlukan khasiat dan zat dari susu ibu, bukan dari air kosong atau air masak.

Banyak lagi sebab kenapa air kosong tidak boleh diberi pada bayi. Kesian baby…

Masa baby Adam baru lahir..ada lar sedara mara yang sibuk suruh bagi air kosong kat Adam. Alasan diorang: supaya bayi kenyang. Eiii!! Susu badan ada, apsal pulak nak bagi air kosong pulak. Tak munasabah betul. Padahal masa tu umur Adam baru 2 minggu, masing-masing kecoh suruh bagi air kosong. Balik-balik ulang benda yang sama. Rimas. Malas nak layan. Saya dan En Suami buat tataw jer ngan ‘pendapat bernas’ diorang tu.

Baru-baru ni balik raya, makcik saya pun cakap benda yang sama. Mula-mula saya buat tataw jer..then dia explain.. Bagi air kosong bukan untuk bagi bayi kenyang.. tapi untuk cuci mulut dia. Hah? Cuci mulut? Kenapa?

So dia pun cerita, masa anak sulung dia dulu..dia pun tak bagi air kosong. Then masa umur anak dia sebulan lebih, anak dia asyik nangis jerit-jerit. Non-stop. Memula ingat kembung perut, tapi takkan lar sampai berhari-hari kembung perut. Bawak balik kampung..berubat… Ada yang kata kena sampuk la..sawan tangis la..siap ada yang bagi tangkal lagi. Kurafat jer kan.

In the end, makcik saya bawak gi jumpa doktor..So doktor check mulut dia. Rupa-rupanya mulut baby dah kena ruam susu. Sebab tu dia nangis, mulut dia sakit. Doktor nasihatkan, every time lepas feeding, bagi sikit air kosong. Bukan untuk bagi baby kenyang..tapi untuk cuci mulut baby sahaja. 1- 2 sudu kecik dah mencukupi. Kalau reason yang logik macam ni, saya terima. Memang munasabah.

Baru-baru ni gi KK untuk checkup baby Adam, nurse pun pesan benda yang sama.  Rajin-rajin cuci lidah baby. Tapi kaedah dia lain sikit. Lembabkan kain yang bersih ngan air kosong/masak, then gosok kat lidah baby. Kat lidah baby ada kesan susu, kalau dibiarkan, leh jadi ulcer!  Uih, kalau sampai ulcer..lagi kesian kat baby kan.

Kawasan mulut  dan lidah baby Adam ada putih-putih kesan susu, so memang patut kena cuci. Tapi saya tak guna kain bersih lembab untuk cuci mulut Adam..Susah betul nak masukkan kain lembab dalam mulut dia sebab dak kecik ni tak nak bukak mulut. Dia tutup mulut dia rapat-rapat. Haih…

So, saya  bagi Adam 1 sudu teh air zam-zam, 2 kali sehari.  Rasa lagi molek kalau guna air zam zam. Nak sudukan air zam zam dalam mulut baby Adam pun berpeluh-peluh. Kena bersilat dulu ngan dia. Adam kan tataw diam.. Sampai tumpah-tumpah lar air tu kena tangan ngan kaki dia yang asyik gerak-gerak tuh.  Nak tak nak, kena guna kekdah 2 (saya ngan En Suami) lawan 1 (baby Adam). En Suami pegang kaki ngan tangan Adam, tangan kiri saya pegang kepala dia, tangan kanan sudukan air zam zam masuk mulut dia. Settle. Tapi, dia selalu luahkan balik. Eii..gosok lidah tu ngan kain lembab baru tau…

 

Iklan:

Dapatkan Produk Tropika untuk anak-anak dengan harga lebih murah di sini.